Sebenarnya
saya amat takut untuk menulis tentang ukhuwwah. Apatah lagi tentang ukhuwwah
fillah yang dicanang-canang dalam usrah. Jujur saya katakan saya sendiri agak
bermasalah when it comes to ukhuwwah. Cewah, cakap omputih gitu. Saya akui
selalu juga diri ini tergelincir dalam dalam percubaan saya untuk berukhuwwah.
Ukhuwwah yang dimaksudkan bukanlah sekadar bercipiki-cipika, berpeluk-pelukan,
bersweet-sweetan dan sebagainya. Tapi ia lebih kepada manifestasi tingkatan
ukhuwwah yang digariskan oleh Imam Hassan Al Banna, iaitu serendah-rendah
ukhuwwah ialah berlapang dada dan setinggi-tinggi ukhuwwah adalah itsar, yakni
mendahulukan kepentingan saudaranya berbanding kepentingan diri sendiri. Nampak
tak permainan di situ? Even untuk mencapai tahap terendah dalam ukhuwwah sahaja
sudah menyebabkan saya tidak cukup oxygen. Itsar apatah lagi.
Saya
teringat akan luahan hati secara tidak sengaja seorang ikhwah semasa berborak-borak
dengan saya.
“Musab, aku rasa Allah nak
uji ukhuwwah aku”
“Kenapa?”
“Entahlah, aku rasa Allah
nak uji sama ada ukhuwwah aku betul-betul kerana Allah atau sebab aku boleh
masuk dengan orang tu.”
Pada
mulanya, saya memandang enteng luahan hati dia. Pada saya, biasalah, belum
rapat lagi. Tapi setelah saya fikir-fikir semula tentang hal ini, ternyata saya
juga terjerumus dalam kancah ini. Ukhuwwah plastik.
Sedih
juga saya memikirkan tentang fenomena ukhuwwah plastik ini. Apatah lagi diri
sendiri turut terkena tempiasnya. Sedangkan perjuangan sudahpun hampir sampai
ke penghujungnya. Menanti masa untuk terjun ke medan yang baru. Tetapi rupanya
ukhuwwah yang mendasari perjuangan selama ini hanyalah bersalutkan plastik.
Apa
yang saya rasa ini tidaklah ditujukan kepada semua ikhwah yang saya kenali.
Bahkan ada sebahagian ikhwah yang saya benar-benar cintakan mereka kerana
Allah. Saya berasa selesa dengan mereka. Gembira, sedih, gundah-gulana, resah,
cemas semuanya saya kongsikan bersama mereka. Dan saya sangat-sangat bersyukur
ditemukan dengan insan seperti mereka. Kami saling memahami. Dalam erti kata
lain, ikhwah boleh masuk.
Tapi
yang menjadi perhatian di sini adalah ikhwah yang tak boleh masuk. Bukannya
disebabkan perangai mereka ataupun sikap mereka yang menjengkelkan. Susah untuk
saya nyatakan di sini. Ianya lebih kepada persoalan hati. Hati kita tidak mampu
untuk menerima kehadiran mereka. Apa yang mampu dilakukan adalah bekerja secara
professional dengan mereka. Tetapi itu sahajalah.
Apa
pendapat kalian tentang hal ini? Saya kira semua ini berlaku lantaran diri saya
yang masih belum cukup ikhlas dalam berukhuwwah. Saya masih lagi belum memahami
erti ukhuwwah fillah. Saya masih lagi memilih bulu dalam berukhuwwah. Saya
hanya memilih mereka-mereka yang sekepala dengan saya sahaja untuk berukhuwwah.
Sedangkan ikhwah-ikhwah yang tidak boleh masuk ini hanya sekadar di pinggiran.
Bertemu di jalanan pula hanya sebutir senyuman dihantar. Berbalas-balas mesej
langsung tidak pernah. Berborak-borak bantal apatah lagi. Persoalannya kenapa
harus memilih dalam berukhuwwah?
Jujur
saya katakan saya cukup buntu memikirkan solusi kepada perkara ini. Hendak bertemu
mata ke mata dengan mereka, bimbang melahirkan awkward moment pula. Apa hendak
diperkatakan? Berdiam diri dan mengikut sahaja arus yang mengalir langsung
tidak mengubah apa-apa. Sampai bila harus berterusan begini?
Seringkali
saya mendengar, iman dan ukhuwwah itu berkait rapat. Di saat ukhuwwah kita
bermasalah, pasti iman yang menjadi puncanya. Dan saya sangat-sangat bersetuju
dengan kata-kata ini. Apakah mungkin
saya masih belum cukup beriman? Apakah iman saya masih lagi koyak rabak? Apakah
iman saya dalam keadaan compang-campeng?
Anda
dipersilakan untuk melontarkan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Mungkin
sedikit nasihat buat diri saya, apa yang perlu saya lakukan, dan apakah solusi
terbaik kepada permasalahan ini.
Saya
tidak pasti apakah ada ikhwah-ikhwah yang berkenaan membaca blog marhaen ini.
Sekiranya ada, ketahuilah bahawa saya masih lagi berusaha untuk mencintai
kalian. Mungkin manifestasi cinta itu tidaklah sehebat seperti ikhwah-ikhwah
yang lain di mana sudah boleh sampai tahap tidur sebantal dan berqadhaya hingga
larut malam, tetapi yakinlah cinta itu tetap ada. Mungkin ia terpendam di dasar
hati yang paling dalam. Mungkin pada suatu masa ia akan bercambah dan menjalar
terus membelah angkasa. Satu hari nanti. Dengan izin-Nya.
Ya Rabbi, bimbinglah kami.
| Ukhuwwah |

