Hani berdiri di
hadapan cermin empat segi itu sambil membetulkan pelipat tudungnya. Tudung
labuh berwarna purple kekuning-kuningan itu pemberian naqibah kesayangannya, Kak
Mira.
“Akak bagi Hani
tudung ni, Hani kena rajin pakai taw, banyak nanti pahala akak dapat”
Begitulah
kata-kata Kak Mira sewaktu menyerahkan bungkusan berisi tudung itu kepada Hani
sewaktu setelah selesai usrah mingguan mereka. Berseri-seri wajah Kak Mira.
Bahagia.
“Okay, mesti
Hani nampak ayu kan pakai tudung ni,” balas Hani sambil tersipu-sipu manja.
Selain dari
tudung labuh pemberian Kak Mira, Hani juga menyimpan sehelai lagi tudung labuh
yang menjadi kegemarannya. Tapi tudung labuh itu berwarna merah. Orang cakap
merah tu warna cinta. Mungkin ada benarnya juga kata-kata itu sebab tudung itu pemberian
Ahmad Safwan, rakan sekelasnya.
“Saya ternampak tudung
ni kat Jalan Tar semalam, tetiba je dah terbeli, macam taw-taw je nak kena bagi
kat awak,” kata Ahmad Safwan pada waktu rehat setelah habis kelas Calculus.
Ahmad Safwan.
Kacak orangnya sekacak namanya. Orangnya sederhana tinggi. Berkulit sawo matang
ala-ala Aeron Aziz. Style rambut belah tengah, ada anak-anak rambut yang jatuh
ke dahi. Macam orang korea gitu.
“Mesti dulu Wan
ramai makwe kan?,” tanya Hani pada suatu petang. Waktu itu mereka baru balik
dari pusat sumber.
“Eh, mana ada,
Wan tak pernah ada makwe pun,” balas Ahmad Safwan. Tersenyum bangga.
Hani selalu
mengimpikan untuk bersuamikan seorang lelaki yang suci. Yang tidak pernah
sangkut dengan mana-mana wanita dalam hidupnya. Setakat ini, Ahmad Safwan lah
calon yang terbaik.
“Hani selalu ke
jumpa Safwan tu?,” Kak Mira memulakan bicara.
Ketika itu Kak
Mira dan Hani sedang berjalan-jalan menghirup udara segar petang. Kak Mira
memang concern orangnya. Baik, penyayang. Susah nak jumpa orang macam Kak Mira.
“Kalau jumpa
berdua tu tak lah selalu sangat, tapi kalau jumpa hari-hari tu banyak lah, lagipun
kami classmate,” balas Hani perlahan, semacam sudah dapat mengagak mengapa
persoalan itu dilontarkan.
“Hani…”
“Pandang Kak
Mira sayang…”
“Akak sayang
Hani…”
Hani kaget. Speechless.
Hampir tertumpah air matanya. Hani tak tahu apa yang patut dijawab.
Kak Mira peluk
Hani. Harapnya dapat meleraikan kekagetan Hani.
“Jom kita
sambung jalan-jalan. Nak taw tak banyak lagi tempat yang belum kita explore kat
sini….
…………………………………………………………………………………………………….
“Kak Mira, it’s
over..”
“Hani sedar
benda tu salah..”
“Hani dah tak
nak buat lagi..”
……………………………………………………………………………………………………
Kepada ikhwah
dan akhawat yang dirahmati Allah sekalian,
Benar, cinta itu
fitrah manusia. Namun perhubungan antara lelaki dan wanita tanpa mempedulikan
batas-batas ikhtilat itu adalah salah satu sumber fitnah yang boleh
menjerumuskan diri antum semua ke lembah dosa.
Kita sering
berhujjah atas dasar fitrah tanpa kita mempedulikan bahawa hakikat fitrah
manusia itu Allah jadikan untuk menambahkan keimanan kepada Allah. Adakah antum
yakin fitrah rekaan antum itu mampu melonjakkan keimanan antum ke tahap yang
lebih baik dari sebelumnya?
Sesungguhnya,
ana sedang menasihati antum bukan bererti ana yang terbaik dari kalangan kita.
Bahkan ana sendiri terlalu banyak kekurangannya. Tapi perkara inilah yang kerap
kali yang ana lihat seringkali berlaku dalam kalangan ikhwah dan akhawat.
Orang-orang yang faham Islam. Ia sangat menyedihkan. Mungkin tidaklah
sedramatik kisah di atas. Namun ia tetap berlaku. Kadang-kadang atas urusan
yang tidak perlu pun.
Sudah-sudahlah
wahai ikhwah dan akhawat sekalian. Muhasabah itulah yang terbaik. Tak perlu
untuk kita bertegang leher meluruskan benang yang basah. Kita kata kita da’ie
ilallah. Tapi kalau macam ni, da’ie ila apa ya?
Rigidkah aku
jika aku katakan TIDAK PERLU? Syadidkah aku jika aku tegas dengan prinsip TIDAK
PERLU?
Ketahuilah wahai
ikhwah dan akhawat sekalian. Kita sudah tidak seperti dulu. Kita membawa amanah
yang besar. Kita hidup dalam atmosfera dakwah. Orang akan melihat kita sebagai
orang dakwah. Sanggupkah kita jika dakwah terfitnah dek nafsu kita itu?
![]() |
| Jagalah hatimu. Aku akan menjaga hatiku |



