Thursday, 31 October 2013

Kembara Tarbiah #1 : Segalanya Bermula Di Sini

Wah, sedar tak sedar kini sudah hampir setahun sebuah entiti bernama Encik Musab mengambil tempat di celah-celah ratusan bahkan ribuan pejuang alam maya. Pejuang? Terkaku sebentar. Ya. Hampir setahun...Macam-macam yang telah saya coret dan kerepekkan.  

Kepada yang setia mengikuti blog ini dari mula, sudah tentu anda semua dapat melihat dengan mata kepala sendiri perubahan demi perubahan yang berlaku pada blog marhaen ini. Bermula dengan design ala-ala kanak-kanak ribena, meriah gitu. Kemudian beralih pula kepada design di mana perkataan “Teh “O” Panas” terpampang secara besar-besaran di kepala blog ini. Dan akhir sekali, inilah dia apa yang sedang anda saksikan, design yang boleh tahan kool ini. Eh. Agak syok sendiri di situ.

Dan sepanjang tempoh itu, perasan atau tidak, sudah ada seratus empat post termasuk dua siri cerpen tercatat di blog ini. Wah. Sebanyak itu. Alhamdulillah. Moga semuanya dikira sebagai amal oleh Allah.

Cuma…

Wah! Macam saspen je..

Begini…

Saya membayangkan menulis di platform ini seperti mengemudi sebuah kapal. Ni kapal layar ye, bukan kapal enjin stim atau kapal enjin minyak hitam. Dan saya terperasan bahawa sepanjang saya menulis di sini, saya seolah-olah melepaskan kemudi kapal itu, lantas membiarkan kapal itu terbelayar dengan sendirinya mengikut arah angin.

Waduh. Tinggi sangat sasteranya..

Maksudnya selama ini saya menulis ikut suka kepala otak saya jela. Menulis mengikut selera masyarakat tempatan, mengikut isu-isu bak pisang gorang panas di Malaysia dan tidak ketinggalan juga mengikut nafsu saya. Astaghfirullah..

Maka dengan niat untuk memanfaatkan sedikit nikmat masa yang Allah kurniakan buat diri saya di momen ini, dan tentulah dengan niat yang paling utama iaitu mendapatkan keredhaan Allah, saya ingin melancarkan siri penulisan “Kembara Tarbiah”. Wah! Bunyinya vogue gitu. Bunyi jela..

Jom masuk sekolah balik ;)
In sha Allah, siri-siri penulisan “Kembara Tarbiah” ini ialah hasil telahan, rujukan, dan ulangkaji semula saya terhadap risalah-risalah yang pernah menyentuh hati saya sepanjang saya berada di dalam dunia tarbiah ini. Macam mana saya nak persembahkan tu ikut suka saya la. Haha. Forum, drama, sketsa, lakonan. Semua ada. In sha Allah.

So untuk memulakan siri penulisan ini, saya ingin menghantar satu persoalan yang boleh tahan mencabar, apa yang kalian faham tentang tarbiah?

Education? Betul…

Pendidikan? Betul jugak..

Proses mendidik? Pun betul…

Eh semua betul. Mana satu ni? Ya semua betul..

Dari segi bahasanya, begitulah yang dimaksudkan dengan tarbiah. Ibarat seorang cikgu yang mengajar addmath pada anak-anak muridnya. Kita juga boleh cakap yang cikgu tu sedang mengtarbiah pelajarnya dengan ilmu addmath. Kool bukan?

Tapi itu jika kita memandang tarbiah dari sudut bahasa. Sedangkan jika kita melihat tarbiah dari sudut untuk mendidik para pemuda pemudi harapan negara untuk memahami Islam sebagai Ad-Deen, yakni cara hidup, maka tidak dapat tidak, proses tarbiah itu perlu dilihat sebagai sebuah proses pendidikan yang menyeluruh. Err..Paham tak ni?

Maksudnya, tidaklah proses tarbiah itu hanya berlegar pada konsep pemahaman terhadap ilmu-ilmu agama semata-mata. Ianya bermakna tarbiah juga boleh berlaku di padang-padang bola, di kedai-kedai makan, di pejabat-pejabat kerajaan hatta di tandas-tandas awam sekalipun. Dengan itu barulah matlamat tarbiah yang kita idam-idamkan akan tercapai. Iaitu melahirkan pemuda-pemudi yang mempraktiskan Islam bukan sekadar sebagai sebuah agama, tetapi juga sebagai cara hidup mereka. Cara hidup Islam.

Ini sungguh osem!! Kan..?

Sebenarnya banyak yang dah saya bebel mengenai tarbiah, kepentingan tarbiah, kenapa kita perlukan tarbiah di post ini.

Maka saya berhenti dahulu di sini. Hingga kita berjumpa di siri-siri penulisan “Kembara Tarbiah” yang seterusnya.

Stay tuned people!

Oh ya. Jangan lupa jemput sahabat handai, rakan taulan, ipar duai, jiran tetangga, atuk nenek, sepupu sepapat, isteri suami, anak cucu, menteri-menteri kabinet dan segala figura-figura yang anda kenali secara langung mahupun tidak untuk membaca siri-siri penulisan ini.

Bersama-sama kita sebarkan bahagia. Cewah.

Saya dah letakkan link untuk siri penulisan Kembara Tarbiah di bahagian tepi kanan blog ini. Oleh itu bolehlah dibaca dengan mengikut nombor dan urutan. Sekian dan selamat membaca.   

Wednesday, 30 October 2013

Al Fateh : Antara Dua Darjat - Episod 5 (Akhir)

Pray for Gaza :)
Keadaan hingar-bingar seketika. Ruang atmosfera Gaza bergema dengan bunyi tembakan senapang automatik dari helikopter tentera zionis laknatullah. Pagi itu Gaza berdarah lagi. Mayat-mayat para syuhada, lelaki dan perempuan, serta kanak-kanak bergelimpangan di sana sini. Darah-darah merah berkesimbah membanjiri kawasan khemah pelarian di situ.

“Allahu Akbar!!”

Muadz Al-Masri menjerit kesakitan. Bahu kanannya cedera ditembak. Dalam kesakitan, dia mengenggam erat bahunya yang tercedera itu dengan jari-jemarinya. Terserlah pada riak wajahnya keperitan dan kesakitan yang ditanggungnya.

Di tengah-tengah keadaan yang kelam-kabut itu, tidak semena-mena muncul para mujahidin yang lengkap bersenjata. Wajah mereka dibalut dengan mafla berwarna putih dan hitam. Hanya dua biji mata sahaja yang kelihatan. Kepala mereka juga berbalut dengan mafla berwarna hijau yang tertulis kalimah agung, “Lailahaillallah” . Entah dari mana datangnya para mujahidin ini.

Tentera mujahidin inilah para pemuda Gaza yang menghuni khemah-khemah pelarian di situ. Subhanalllah! Sungguh pantas pergerakan tentera-tentera Allah itu. Ternyata tarbiah yang mereka terima telah menjadikan diri mereka bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Dan Muadz Al-Masri adalah salah seorang dari mereka.

Namun ternyata kemunculan para mujahidin yang saling berbalas tembakan dengan mereka telah menjadikan tentera zionis laknatullah bertambah berang. Tidak cukup sekadar menggunakan senapang automatic, tentera zionis laknatullah semakin bertindak ganas. Beberapa butir bom digugurkan di tempat yang berasingan di sekeliling kawasan khemah pelarian itu.

“Boooommmm!!”

“Boooooommmmm!!!”

Dentuman bom kedengaran. Bingit. Membunuh.

“Salmannnnn!!”

Muadz Al-Masri menjerit memanggil nama sahabat baiknya itu tatkala melihat Salman Ayyash menjadi salah seorang mangsa letupan bom tentera zionis laknatullah. Berkecai tubuh badan Salman Ayyash dek letupan itu. Kaki kanannya terputus dari badan. Isi perutnya pula terburai keluar.

Muadz Al Masri gagal menahan sebak melihat keadaan sahabat baiknya itu yang sungguh menyayat hati. Dia menangis semahu-mahunya. Dengan menahan kesakitan dia mencampakkan senapang yang dipegangnya ketepi lantas meluru kepada mayat Salman Ayyash. Sudah tidak bernyawa lagi.

“Salmannnnnnnnnnnn!!!!!”

“Allahu Akbar!!!!!!!”

Dia menjerit. Menangis lagi.

Dalam situasi yang sungguh dahsyat itu, tiba-tiba…..

Zuuupppp!!

Muadz Al Masri merasakan ada sesuatu yang pantas menembusi bahagian belakang badannya. Dia memejamkan matanya. Panas. Sakit. Dan ketika benda itu menghentak jantungnya, ketika itulah pandangannya tidak semena-mena gelap. Gelap….

……………………

Empat bulan telah berlalu. Kini Azyulail boleh tersenyum puas. Kerja kerasnya selama ini akhirnya membuahkan hasil. Kumpulannya yang terdiri daripada Sibir, Meon, Asyrafuddin dan dirinya sendiri telah dipilih oleh Prof. Ahmad Syakir untuk mendapat markah tertinggi dalam assignment berkumpulan itu. Dan ini telah mencerahkan lagi peluang Azyulail untuk menggondol anugerah pelajar terbaik untuk semester kali ini dalam Final Exam yang berbaki hanya kira-kira tiga minggu sahaja lagi.

“Fuhhhh…lega rasanya..puas!!” gumam Azyulail sendirian.

Dan sememangnya dia berhak untuk merasai kepuasan itu. Mana tidaknya. Berminggu-minngu dia berjaga lewat malam untuk memastikan momentum dan fokusnya tidak terganggu. Kadang-kadang dia tertidur juga hingga terlajak subuh. Mujur kelasnya hanya bermula pada pukul 10 pagi. Ah! Hampir gila dibuatnya!

Begitu juga dengan aspek kewangan. Beratus-ratus juga wang ringgit yang dilaburkannya untuk membeli buku-buku rujukan tentang Al Fateh. Ternyata Al Fateh telah menjadi obsesinya yang paling utama dalam tempoh empat bulan itu. Dan kini pelaburannya itu berbaloi. Sumpah berbaloi!

Dia tersenyum lagi.

Yeah!!! Puas!!!!

Azyulail lantas mengambil telefon bimbitnya. Berita gembira itu harus dikongsi besama teman-teman yang lain. Dia merancang untuk meraikan kejayaan itu dengan berkaraoke di tengah-tengah ibu negara Malaysia yang masih aman ini bersama-sama sahabat-sahabat baiknya.

“Akan aku hidupkan malam ini!!!!!”

………………………….

Sementara itu di Gaza……

Walaupun sudah jarang kedengaran serangan-serangan dan tindakan kurang ajar oleh tentera zionis laknatullah, proses tarbiah tetap dijalankan. Anak-anak muda Gaza diajar untuk memahami Al Quran dan mengenali erti sebuah perjuangan.

Agar kelak generasi seperti Muadz Al-Masri dan Salman Ayyash dapat dilahirkan…

Agar kelak, Al Aqsa dapat dibebaskan!!!!

-Tamat-

.........................................

Alhamdulillah. Berjaya juga untuk menyudahkan cerpen Al Fateh : Antara Dua Darjat ini. Semoga bermanfaat untuk anda yang membaca. Semoga kita dikurniakan keprihatinan terhadap saudara-saudara kita yang ditindas diseluruh dunia seperti di Mesir, Syria, Rohingya hatta di Malaysia sekalipun. Berdoalah untuk mereka.

Kemenangan Islam bukan sekadar sebuah janji. Ia adalah momen yang pasti!!!

Buat anda-anda yang mahu membaca karya ini dari awal, di sini linknya.

Al Fateh : Antara Dua Darjat – Episod 1

Saturday, 26 October 2013

Al Fateh : Antara Dua Darjat - Episod 4

Pray for Gaza :)
Usai solat sunat tahajud dua rakaat, Muadz Al-Masri bersandar pada sebatang tiang lampu yang terpacak senget di kawasan khemah pelarian itu. Kaca dan mentolnya sudah pecah dek letupan bom di kawasan tersebut oleh tentera zionis laknatullah. Pada waktu malam, penghuni khemah-khemah di situ hanya bertemankan unggun api dan nyalaan lampu minyak tanah.

Lalu dia mengeluarkan senaskah Al-Quran dari beg sandangnya. Al Quran berwarna biru tua dengan helaian-helaian kasar berwarna kekuningan itu dibukanya perlahan-lahan. Spontan. Secara rambang. Matanya terpaku pada ayat ke 169, surah Ali Imran..

“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki”

Tanpa disedarinya air matanya mengalir perlahan dari celah-celah kelopak matanya. Muadz Al-Masri pantas mengelap air mata itu dengan menggunakan hujung jari-jemarinya. Ya Allah. Rindunya dia untuk syahid fi sabilillah (mati di jalan Allah).

Sedang dia membaca ayat-ayat Allah dengan penuh penghayatan, berkumandang azan subuh di kawasan khemah pelarian itu. Merdu..Syahdu… Muadz Al-Masri kenal benar akan suara itu, Salman Ayyash, sahabat baiknya dunia akhirat.

Dia memejamkan matanya, cuba menghayati setiap bait-bait kalimah yang dikumandangkan.

“Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!”

Ya Allah. Sungguh kebesaran-Mu mengatasi segala apa yang ada di langit dan bumi. Lindungi kami dari kejahatan makhluk-Mu. Bantu kami mengalahkan tentera zionis laknatullah.

“Asyhadu alla ila haillallah!!”

Ya Allah. Saksikanlah sesungguhnya kami hanya mengesakan-Mu, lindungi kami dari mempersekutukan-Mu dengan sesuatu yang kami ketahui atau tidak. Pelihara kami dari meminta bantuan selain dari-Mu dalam perjuangan kami membebaskan Al Aqsa.

“Asyhadu anna Muhammada ar rasulullah!!”

Ya Allah. Sematkan dalam hati kami cinta dan rindu yang mendalam terhadap kekasih-Mu, Muhammad sang Rasulullah. Jadikan Muhammad sebagai contoh tauladan kami dalam meneruskan perjuangan menentang musuh-musuh-Mu

“Hayya a’las solaah!!”

Ya Allah. Jadikanlah solat sebagai sumber kekuatan kami. Jadikanlah solat sebagai istirehat buat kami setelah kelelahan berjuang di jalan-Mu

“Hayya alal falaah!!”

Ya Allah. Berilah kejayaan kepada kami dengan seagung-agung kejayaan iaitu melangkah ke dalam syurga-Mu.

“As solatu khairum min an naum!!”

Ya Allah. Jangan engkau biarkan hati kami tidur, izinkan ia untuk terus menyembah-Mu.

“Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!”

Ya Allah. Sungguh kebesaran-Mu mengatasi segala apa yang ada di langit dan bumi. Lindungi kami dari kejahatan makhluk-Mu. Bantu kami mengalahkan tentera zionis laknatullah.

“Lailahaillallah!!”

Ya Allah. Tiada Tuhan selain-Mu. Hanya kepada-Mu kami berserah.

Setelah azan dilaungkan oleh Salman Ayyash, Muadz Al-Masri menadah tangannya ke arah langit, memohon dengan penuh pengharapan, penuh kesungguhan. Kemudian dia bangun lantas mengerjakan solat sunat dua rakaat sebelum subuh.

“Dua rakaat sebelum subuh itu lebih baik dari dunia dan isinya” (HR:Muslim)

Dunia dan seisinya. Malah lebih baik. Itulah pengharapannya.

Solat subuh pagi itu diimamkan oleh Sheikh Al-Hamdani. Terdengar esakan beberapa orang jemaah tatkala Sheikh Al-Hamdani membacakan beberapa potong ayat dari Surah Al Ahzab..

“Di antara orang-orang mu’min itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah”

“Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka (ada pula) yang menunggu-nunggu..”

“..dan mereka sedikitpun tidak mengubah janjinya”

Hati Muadz-Al-Masri remuk setelah ayat ke 23 ini dibacakan oleh Imam. Ya benar! Mereka tertunggu-tunggu untuk syahid di jalan Allah! Di saat seluruh dunia Islam diam seribu bahasa atas pencerobohan zionis laknatullah ke atas bumi Palestin, tiada apa yang bisa mereka lakukan selain mengharap untuk syahid fi sabilillah..

Itulah cita-cita mereka. Cita-cita yang paling tertinggi..

Usai solat subuh, Muadz Al-Masri diberikan penghormatan untuk menyampaikan taujihatnya. Dan seperti yang dijangka, dia memilih untuk bercerita tentang kisah Sultan Muhammad Al-Fateh. Kisah yang sentiasa tersemat dalam ingatannya. Kisah itu jugalah yang selalu didendangkannya kepada setiap kanak-kanak Gaza yang disantuninya. Tidak pernah menjemukan. Bahkan menghidupkan.

“Saudara-saudaraku yang aku cintai kerana Allah sekalian..” tenang intonasi suaranya

“Aku ingin menyeru kepada kalian agar kembali semula kepada Allah…”

“Ikhlaskan hati kalian untuk berjihad di jalan-Nya…”

“Nescaya Allah akan membantu kita dalam perjuangan ini…”

“Rapatkan hubungan dengan Allah…”

“Contohi Al-Fateh yang tidak pernah meninggalkan solat malam sejak akil baligh..”

“Takbir!!!”

“Allahu Akbar!!!”

Sedang Muadz Al-Masri menyampaikan taujihatnya, kedengaran dari ruang udara bunyi pesawat tentera menghampiri kawasan khemah pelarian itu. Sheikh Al Hamdani lantas mengarahkan para wanita dan kanak-kanak mencari tempat perlindungan sementara para pemuda digesa untuk kekal di situ.

Keadaan kelam kabut buat seketika…

“Takbir!!!”

“Allahu Akbar!!”

Dengan semena-mena laungan takbir bergema lagi di bumi Gaza, bersahut-sahutan…

………….Bersambung……………

Alhamdulillah. Semoga Allah redha. 


Thursday, 24 October 2013

When I say..I am a muslim

I am muslim and I am proud of it :)
When I say. . .I’m a muslim,
I’m not shouting. . .“I am the best”
I am whispering . . .“I seek peace”
and Islam is the path that I choose.

When I say. . . I’m a muslim,
I speak of this with pride.
And confess that sometimes I stumble,
and need ALLAH to be my guide.

When I say. . .I’m a muslim,
I know this makes me strong,
And in those times when I am weak,
I pray to ALLAH for strength to carry on.

When I say. . . I’m a muslim,
I’m not boasting of success,
I’m acknowledging that ALLAH has rescued me,
and I cannot ever repay the debt.

When I say. . .I’m a muslim,
I’m not claiming to be perfect.
My flaws are indeed visible,
but ALLAH forgives because ALLAH is the most forgiving.

When I say. . .I’m a muslim,
It does not mean I will never feel pain,
I still have my share of heartaches,
which is why I invoke ALLAH’S name.

When I say. . .I’m a muslim,
I do not wish to judge,
I have no such authority,
My duty is to submit to ALLAH’s all-encompassing love.

By Allah is my only hope, Allah is enough for me  :’)

*******

Source : Somewhere in Facebook.

Subhanallah. A beautifully-written poem. May this poem boosts your spirit to become a truly muslim as it has boosted mine. May ALLAH bless the writer. In sha Allah.

Wednesday, 23 October 2013

Al Fateh : Antara Dua Darjat : Episod 3

(...)
Hari itu kelasnya tamat awal iaitu kira-kira dalam pukul 1.30 tengah hari. Azyulail tidak melepaskan peluang ini untuk melepak di Perpustakaan Galeri Ilmu, Universiti Malaysia Aman Damai, tempat yang boleh dianggap rumahnya yang kedua. Dia juga menggunakan kesempatan ini untuk berbincang dengan teman-teman rapatnya berkenaan dengan assignment terbarunya yang kini telahpun mengambil tempat paling utama dalam hatinya. Maklumlah, pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang.

“Eh Sibir, yang aku mintak tolong semalam tu camne? Ada jumpa?”

Azyulail melabuhkan punggungnya betul-betul di sebelah Sibir yang sedang khusyuk membaca surat khabar Utusan Kebangkitan Rakyat di penjuru Perpustakaan Galeri Ilmu itu. Sibir merupakan rakan sekuliahnya di Fakulti Sejarah dan Ketamadunan di universiti tersebut.

“Ada tu ada..tapi..tak banyak mana la..” Sibir menjawab. Ringkas. Bersahaja.

Azyulail mencebikkan bibirnya. Pantang benar dia jika rakan-rakannya tidak serius dalam menjalankan tugas yang diberikan. Sebenarnya tugasan untuk mengkaji tentang sejarah Sultan Muhammad Al Fateh itu merupakan tugasan berkumpulan. Dan Azyulail telah memilih Sibir, Meon dan Asyrafuddin menjadi rakan sekumpulannya.  

“Haish..k..kau tunjuk dulu dekat aku, lepas tu kita fikir camne nak topup information tu..”

“Jom..aku letak laptop dekat hujung sana..”

Sibir meletakkan kembali surat khabar Utusan Kebangkitan Rakyat di rak yang disediakan lantas berlalu pergi bersama Azyulail. Bersepah-sepah kesan-kesan kedut terpapar di bahagian belakang t-shirt yang dipakainya dek terlalu lama duduk di atas sofa, leka membaca surat khabar Utusan Kebangkitan Rakyat, akhbar yang kaya dengan artikel-artikel pencetus aspirasi rakyat jelata di negara Malaysia yang masih aman ini.

……………………

“Okay..berdasarkan kajian aku..tak banyak sumber primer tentang Al Fateh yang boleh kita rujuk”

“Contohnya sumber dari Greek oleh George Phrantzes yang menyaksikan sendiri kejadian kejatuhan Kota Konstantinopel”

“Lepas tu, ada juga sumber Slavonic, misalnya sejarawan Serbia bernama Michael Constantinovic of Ostrovica yang membuat catatan secara kesaksian kerana beliau hidup pada waktu tersebut”

“Kemudian, kita ada sumber Venetian oleh Nicolo Barbaro yang datang ke Konstantinopel untuk belajar ilmu perubatan di hari-hari kejatuhan Konstantinopel”

Sibir mengambil nafas sejenak sambil menyusun kertas-kertas di hadapannya. Azyulail pula masih lagi tenang mendengar. Serius.

“Untuk sumber-sumber dari Turki pula, apa yang aku boleh cakap, ianya tak begitu kukuh dari segi kualiti dokumentasi”

“Tapi masalahya sekarang, sumber-sumber primer tadi tu kebanyakannya belum diterjemah ke dalam Bahasa Melayu”

“Aku tak pasti sama ada kita boleh dapatkan dalam versi Bahasa Inggeris yang telah didokumentasikan dengan baik dari mana-mana kedai di Malaysia ni..”

Azyulail menghela nafas yang panjang mendengar penerangan Sibir yang sumpah panjang itu. Dia menggaru-garu bahagian tepi kanan kepalanya yang tidak gatal. Beberapa kelimumur putih jatuh terawang-awang dari kepalanya lalu mendarat ke bumi.

“Arghh!! Stress aku macam ni…”

“Kalau kita ambil je sumber-sumber sekunder atau tertier yang dah ada kat Malaysia macam mana?”

Azyulail mengutarakan pandangannya. Cuba untuk merungkai kemelut di fikirannya.

“Boleh aje nak buat macam tu..tapi…..”

“Tapi….?”

“Tapi nanti kita rugi markah untuk aspek kesahihan sumber….”   

“Haih…”

Azyulail mengeluh. Kemudian secara spontannya dia mengeliatkan badannya. Ahhh. Lega. Terasa urat-urat di badannya lurus kembali. Dia memandang jam di pergelangan tangannya. Pemberian ibu tercinta yang telah pergi dua tahun lalu.

“Eh..dah pukul 3.30 petang ni..kau dah sembahyang zohor..”

“Belum…”

“Aku pun belum..jom lah solat dulu..kot kot boleh dapat idea nanti..”

“Orite..jom!!”

………………………

“Alhamdulillah….”

Terpacul kalimah itu dari mulut Muadz Al-Masri sebaik sahaja dia sedar dari tidurnya. Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringannya. Kelopak matanya masih lagi belum terbuka sepenuhnya. Dia kemamaian.

“Subhanallah….”

Muadz Al-Masri meraut wajahnya perlahan-lahan menggunakan kedua-dua belah tapak tangannya. Menghilangkan kemamaian. Dipandangnya sekeliling kawasan khemah pelarian itu. Kelihatan beberapa pemuda Gaza sedang khusyuk menyembah Allah, mengadukan perihal mereka kepada Tuhan yang menguasai alam.

“Allahu Akbar….”

Dia lantas bangun, berdiri tegak dan mengeliatkan badannya. Perlahan-lahan dia menuju ke kawasan baldi menyimpan air di tepian kawasan khemah pelarian itu. Sejuk. Dia menggigil.

Lalu dia mencedok air di baldi itu dengan menggunakan botol air yang telah dibelah dua. Kesejukan masih lagi dirasakannya. Dengan berhati-hati, Muadz Al-Masri berwudhuk, sambil mengharapkan agar dosa-dosanya keluar melalui celah-celah jarinya.

……………Bersambung……………….

Jujur. Agak sukar untuk menulis cerpen ini. Saya tidak pasti bagaimana penilaian anda yang membacanya. Namun satu sahaja yang saya pinta untuk kalian doakan, agar usaha ini diredhai Allah.

Nantikan sambungannya. In sha Allah.


Tuesday, 22 October 2013

Si dia....

loveee

“Awak..nak tahu sumthing tak..?”

“Apa dia awak..?”

“Awak la lelaki yang paling sempurna pernah hadir dalam hidup saya..”

“Aww…so sweet..”

………………

Bismillah. Apa yang Tuan pikirkan tentang seorang laki-laki berperangai amat mulia, yang lahir dan dibesarkan di celah-celah kematian demi kematian orang-orang yang amat mengasihinya

Lahir dari rahim sejarah, ketika tak ada seorangpun mampu mengguratkan kepribadian selain kepribadiannya sendiri. Ia produk ta’dib Rabbani (didikan Tuhan) yang menantang mentari dalam panasnya dan menggetarkan jutaan bibir dengan sebutan namanya, saat muaddzin mengumandangkan adzan

Di rumahnya tak dijumpai perabot mahal. Ia makan di lantai seperti budak, padahal raja-raja dunia iri terhadap kekokohan struktrur masyarakat dan kesetiaan pengikutnya. Tak seorang pembantunya pun mengeluh pernah dipukul atau dikejutkan oleh pukulannya terhadap benda-benda di rumah.

Dalam kesibukannya ia masih bertandang ke rumah puteri dan menantu tercintanya, Fathimah Az-Zahra dan Ali bin Abi Thalib.

Fathimah merasakan kasih sayangnya tanpa membuatnya menjadi manja dan hilang kemandirian. Saat bani Makhzum memintanya membatalkan eksekusi atas jenayah seorang perempuan bangsawan, ia menegaskan: 

“Sesungguhnya yang membuat binasa orang-orang sebelum kamu ialah, apabila seorang bangsawan mencuri kamu biarkan dia dan apabila yang mencuri itu rakyat jelata mereka tegakkan hukum atas-nya. Demi Allah, seandainya Fathimah anak Muhammad mencuri, maka Muhammad tetap akan memotong tangannya!”

Hari-harinya penuh kerja dan intaian bahaya. Tapi tak menghalanginya untuk – lebih dari satu dua kali – berlomba jalan dengan Humaira, sebutan kesayangan yang ia berikan untuk Aisyah binti Abu Bakar Ash-Shiddiq. Lambang kecintaan, paduan kecerdasan dan pesona diri dijalin dengan hormat dan kasih kepada AshShiddiq, sesuai dengan namanya “si Benar”.

Suatu kewajaran yang menakjubkan ketika dalam sibuknya ia masih menyempatkan memerah susu domba atau menambal pakaian yang koyak.

Setiap kali para shahabat atau keluarganya memanggil ia menjawab: “Labbaik”. Dialah yang terbaik dengan prestasi besar di luar rumah, namun tetap prima dalam status dan kualitasnya sebagai “orang rumah”.

Di bawah pimpinannya, laki-laki menemukan jati dirinya sebagai laki-laki dan pada saat yang sama perempuan mendapatkan kedudukan amat mulia.”Sebaik-baik kamu ialah yang terbaik terhadap keluarganya dan akulah orang yang terbaik diantara kamu terhadap keluargaku.”

“Tak akan memuliakan perempuan kecuali seorang mulia dan tak akan menghina perempuan kecuali seorang hina,” demikian pesannya.

Di sela 27 kali pertempuran yang digelutinya langsung (ghazwah) atau di panglimai shahabatnya (sariyah) sebanyak 35 kali, ia masih sempat mengajar Al-Qur’an, sunnah, hukum, peradilan, kepemimpinan, menerima delegasi asing, mendidik kerumahtanggaan bahkan hubungan yang paling khusus dalam keluarga tanpa kehilangan adab dan wibawa.

Padahal, masa antara dua pertempuran itu tak lebih dari 1,7 bulan.

Setiap kisah yang dicatat dalam hari-harinya selalu bernilai sejarah. Suatu hari datanglah ke masjid seorang Arab gunung yang belum mengerti adab di masjid. Tiba-tiba ia kencing di lantai masjid yang berbahan pasir. Para shahabat sangat murka dan hampir saja memukulnya. 

Sabdanya kepada mereka: “Jangan. Biarkan ia menyelesaikan hajatnya.”

Sang Badui terkagum. Ia mengangkat tangannya

“Ya Allah, kasihilah aku dan Muhammad. Jangan kasihi seorangpun bersama kami.” 

Dengan senyum ditegurnya Badui tadi agar jangan mempersempit rahmat Allah.

Ia kerap bercengkerama dengan para shahabatnya, bergaul dekat, bermain dengan anak-anak, bahkan memangku balita mereka di pangkuannya. Ia terima undangan mereka; yang merdeka, budak laki-laki atau budak perempuan, serta kamu miskin

Ia jenguk rakyat yang sakit di ujung Madinah. Ia terima permohonan ma’af orang.

Ia selalu lebih dulu memulai salam dan menjabat tangan siapa yang menjumpainya dan tak pernah menarik tangan itu sebelum shahabat tersebut yang menariknya.

Tak pernah menjulurkan kaki di tengah shahabatnya hingga menyempitkan ruang bagi mereka. Ia muliakan siapa yang datang, kadang dengan membentangkan bajunya. Bahkan ia berikan alas duduknya dan dengan sungguh-sungguh.

Ia panggil mereka dengan nama yang paling mereka sukai. Ia beri mereka kuniyah (sebutan bapak atau ibu si Fulan).

Tak pernah ia memotong pembicaraan orang, kecuali sudah berlebihan. Apabila seseorang mendekatinya saat ia sholat, ia cepat selesaikan sholatnya dan segera bertanya apa yang diinginkan orang itu.

Pada suatu hari dalam perkemahan tempur ia berkata: 

“Seandainya ada seorang shalih mau mengawalku malam ini.” 

Dengan kesadaran dan cinta, beberapa shahabat mengawal kemahnya.

Di tengah malam terdengar suara gaduh yang mencurigakan. Para shahabat bergegas ke arah sumber suara. Ternyata Ia telah ada di sana mendahului mereka, tagak di atas kuda tanpa pelana. 

“Tenang, hanya angin gurun,” hiburnya.

Nyatalah bahwa keinginan ada pengawal itu bukan karena ketakutan atau pemanjaan diri, tetapi pendidikan disiplin dan loyalitas.

Ummul Mukminin Aisyah Ra. Berkata : “Rasulullah SAW wafat tanpa meninggalkan makanan apapun yang dimakan makhluk hidup, selain setengah ikat gandum di penyimpananku. Saat ruhnya dijemput, baju besinya masih digadaikan kepada seorang Yahudi untuk harga 30 gantang gandum.”

Sungguh ia berangkat haji dengan kendaraan yang sangat sederhana dan pakaian tak lebih dari 4 dirham, seraya berkata..

”Ya Allah, jadikanlah ini haji yang tak mengandung riya dan sum’ah.”

Pada kemenangan besar saat Makkah ditaklukkan, dengan sejumlah besar pasukan muslimin, ia menundukkan kepala, nyaris menyentuh punggung untanya sambil selalu mengulang-ulang tasbih, tahmid dan istighfar. Ia tidak mabuk kemenangan.

Betapapun sulitnya mencari batas bentangan samudera kemuliaan ini, namun beberapa kalimat ini membuat kita pantas menyesal tidak mencintainya atau tak menggerakkan bibir mengucapkan shalawat atasnya:

“Semua nabi mendapatkan hak untuk mengangkat do’a yang takkan ditolak dan aku menyimpannya untuk ummatku kelak di padang Mahsyar nanti”

Ketika masyarakat Thaif menolak dan menghinakannya, malaikat penjaga bukit menawarkan untuk menghimpit mereka dengan bukit. Ia menolak...

“Kalau tidak mereka, aku berharap keturunan dari sulbi mereka kelak akan menerima da’wah ini, mengabdi kepada Allah saja dan tidak menyekutukan-Nya dengan apapun.”

Mungkin dua kata kunci ini menjadi gambaran kebesaran jiwanya. Pertama, Allah, Sumber kekuatan yang Maha dahsyat, kepada-Nya ia begitu refleks menumpahkan semua keluhannya. Ini membuatnya amat tabah menerima segala resiko perjuangan; kerabat yang menjauh, shahabat yang membenci, dan khalayak yang mengusirnya dari negeri tercinta.

Kedua, Ummati, hamparan akal, nafsu dan perilaku yang menantang untuk dibongkar, dipasang, diperbaiki, ditingkatkan dan diukirnya.

Ya, Ummati, tak cukupkah semua keutamaan ini menggetarkan hatimu dengan cinta, menggerakkan tubuhmu dengan sunnah dan uswah serta mulutmu dengan ucapan shalawat

Allah tidak mencukupkan pernyataan-Nya bahwa Ia dan para malaikat bershalawat atasnya (QS 33:56 )

Justru Ia nyatakan dengan begitu “vulgar” perintah tersebut, 

“Wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah atasnya dan bersalamlah dengan sebenar-benar salam.”

[Daripada: Untukmu Kader Dakwah, KH Rahmat Abdullah; Tajuk "Shalawat Atas Nabi saw"

……………….

Andai kalian bisa merasakan…Jujur..aku turut mahu merasakan...

Monday, 21 October 2013

Al Fateh : Antara Dua Darjat - Episod 2

Pray for Gaza :)
Serpihan-serpihan kayu dilontar ke tepi. Runtuhan batu-bata dialihkannya perlahan-lahan menggunakan kaki. Muadz Al-Masri melangkah berhati-hati di atas tapak runtuhan bangunan rumah keluarganya yang musnah di bom tentera zionis laknatullah beberapa hari lalu. Keadaan runtuhan rumah-rumah di situ sungguh menyayat hati. Tiba-tiba hatinya dirundung sebak.  

Dia meneruskan pencariannya. Titisan-titisan peluh jernih yang keluar dari liang-liang romanya dek terikan matahari langsung tidak diendahkannya. Mencari, menyelongkar, melonggokkan timbunan bata-bata, namun….

Kecewa. Hampa..

Tiada barang-barang peribadi yang boleh ditemuinya. Semuanya hancur, musnah. Hanya tinggal sisa-sisa. Dia mengeluh panjang. Jelas terbayang di wajahnya riak-riak kekecewaan.

Lantas Muadz Al-Masri memilih untuk berehat sebentar di atas sebongkah runtuhan dinding yang masih utuh. Dia memandang keadaan sekelilingnya. Kelihatan sekumpulan kanak-kanak sedang riang berkejaran antara satu sama lain.

“Oh..sungguh indah suasana ini ya Allah…” hati kecilnya bersuara

Begitulah kanak-kanak Gaza. Jiwa mereka kental. Tiada langsung perasaan takut dan gentar menyelubungi hati mereka. Meskipun baru sahaja diserang dengan begitu hebat sekali oleh tentera-tentera zionis laknatullah, mereka meneruskan kehidupan seperti biasa. Seolah-olah seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Muadz Al-Masri melihat jam di pergelangan tangannya. Jam bertali getah itu kelihatan sudah lusuh dan buruk pada pandangan siapapun yang melihatnya. Namun jam itu mempunyai erti yang besar dalam hidup Muadz Al-Masri kerana ia adalah pemberian dari ibunya yang telah syahid ditembak tentera zionis laknatullah dua tahun yang lalu. Ah!! Celaka zionis!!

“Empat jam lagi sebelum masuk waktu berbuka puasa…”

Dia melangkah perlahan-lahan meninggalkan kawasan bekas pengeboman dahsyat itu menuju ke khemah pelarian yang didirikan bersama-sama penduduk setempat. Mencari sesuap makanan dan setitis air untuk berbuka nanti.

Kanak-kanak yang tadinya riang berkejaran kini mengekorinya dari kejauhan. Seolah-olah sosok tubuh yang tinggi lampai itu menjadi contoh dan ikutan buat mereka. Begitulah…

………………

Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!

“Ijlis ya akhi..!! (Duduklah wahai saudaraku..!)

Salman Ayyash mempersilakan sahabat di dunia dan, in sha Allah di akhiratnya itu duduk. Muadz Al-Masri tersenyum lantas duduk di sisi Salman Ayyash. Juadah berbuka mereka malam itu hanya setangkai buah tamar dan dua gelas air masak. Namun ianya sudah lebih dari cukup buat mereka. Qanaah. Berpada-pada. Itulah generasi Gaza..

“Saudaraku! Jangan lupa halaqah (perkumpulan) kita pada malam ini ya..”

Salman Ayyash mengingatkan Muadz Al-Masri tentang halaqah (perkumpulan) yang mereka jalankan setiap malam bersama-sama pemuda-pemuda Gaza yang lain. Di bumi berdarah Gaza ini, halaqah-halaqah seperti itu begitu diperlukan untuk terus menguatkan hati mereka, tetap dan terus berjuang sehingga Al Aqsa dibebaskan dari cengkaman tentera zionis laknatullah.

“Allahu Akbar..!!”

Hati Muadz Al-Masri bertakbir. Semangatnya berkobar-kobar.

…………………..

“Contohilah semangat Al Fateh saudara-saudaraku!!”

“Beliau meletakkan targetnya untuk membuka Kota Konstantinopel dan beliau berusaha ke arah itu!!”

“Kita juga perlu menjadi seperti Al Fateh wahai Ansarullah (pembantu Allah)!!!”

“Target kita adalah Al Quds!! Kita akan bersolat di Al Quds atau mati syahid di atas lantai Al Quds!!!”

“Allahu Akbar!!!”

Begitu bersemangat sekali taujihat (ucapan) yang disampaikan oleh Syeikh Al-Hamdani. Terpancar pada wajah lelaki berusia 50-an itu sinar kesungguhan dan cahaya keikhlasan. Sesiapa sahaja yang mendengarnya, pasti meremang bulu roma dan berdetak ulu hati.

“Allahu Akbar!!”

“Allahu Akbar!!”

Laungan takbir bergema di bumi Gaza malam itu.

……………….

Azyulail terjaga daripada tidurnya. Jam di birai katilnya menunjukkan pukul 6.30 pagi.

“Assignment..”

Itulah perkara pertama yang terlintas di fikirannya. Lantas dia bergegas menuju ke laptopnya.

…………..Bersambung……………..

Alhamdulillah, berjaya menyiapkan Episod kedua ini. Bagaimana penilaian anda terhadap cerpen Al Fateh : Antara Dua Darjat setakat ini? Oh ya, mohon doakan agar usaha kecil ini mendapat redha dari Allah kerana tiada yang lebih terpenting dari keredhaan Tuhan. In sha Allah.

Al Fateh : Antara Dua Darjat – Episod 1

Sunday, 20 October 2013

Al Fateh : Antara Dua Darjat - Episod 1

(....)
Azyulail masih lagi tercongok di Perpustakaan Galeri Ilmu, Universiti Malaysia Aman Damai petang itu. Tension. Penat. Stress. Mahu saja dia give up. Nasib baik assignment itu menyumbang kepada "carry mark" untuk final exam. Jika tidak sudah lama tugasan itu di-bakul-sampahkan.

“Hish!! Semua tak boleh pakai….” gumam Azyulail.

Bengang dia menjadi-jadi bila melihat semua laman web dan blog yang menjadi rujukannya serba tidak lengkap. Ada yang tidak dinyatakan sumber, ada yang bercanggah antara satu sama lain. Arrghh!! Tension!! Tension!!

“Hoi!! Jom ah makan!! Lapar dowh…” Muaz muncul dari belakang. Entah dari mana datangnya.

“Jom ah..aku pun dah down dengan benda ni…” Azyulail mencampakkan pen hitamnya ke atas timbunan kertas. Berselerak.

………….

Di kedai makan Pak Nik…

“Relax la bro…lama lagi kan deadline..” selamba Muaz melontarkan kata-kata.

“Chill chill sudah..” Apit pula menyambung.

“Kau kan Albert Eisntein Malaysia…” Hafidz tidak mahu ketinggalan mengusik.

Azyulail membuat muka. Dia menghirup air nescafe dolce gusto yang dipesannya. Seteguk demi seteguk.  Pahit dihirup, manis ditelan. Fikirannya masih kusut lagi. Terbayang di matanya buih-buih di permukaan air nescafe itu bercantum membentuk wajah Prof. Ahmad Syakir. Erkkk.

“This assignment is very very crucial for your final exam…”

“I don’t want any of you guys fail this assignment…”

Kata-kata keramat itu menusuk ulu jantungnya. Arghhh! Dia tak nak gagal! Tak nak!!!

“Panggg!!!”

Azyulail menghentak meja. Tiba-tiba. Serentak dengan itu, gelas berisi nescafe terbalik. Air menitik perlahan-lahan di bucu meja. Drama. Muaz, Apit dan Hafidz kekagetan.

……………

Malam itu Azyulail menyambung lagi tugasannya. Kali ini dia mahu lebih tenang. Usai solat maghrib lagi dia sudah terpacak di hadapan laptop Lenovo miliknya itu. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Solat isyak masih belum ditunaikannya. Arghh!! Persetankan! Dia tidak mahu melakukan apa-apa aktiviti lain sebelum dapat menyelesaikan assignment itu. Sekurang-kurangnya 15%. Itu targetnya.

“Mehmed The Conqueror”

Begitulah tajuk yang terpapar di mini thesis karya Dr. Al Amin yang diupload menerusi laman web scribd.

“Wah..yang ni nampak macam convincing..” getus hati kecilnya.

Wajah Azyulail berseri-seri. Masih ada sinar untuk dia menyiapkan assigmentnya itu dengan jayanya. Terbayang-bayang di fikirannya Prof. Ahmad Syakir memuji hasil kerjanya nanti. Lalu dia tersenyum puas. Tidak sabar untuk memulakan proses penyaringan maklumat.

“Al Fateh..siapa engkau aku tak peduli...”

"Yang penting, aku nak score exam kali ni.." 

Perlahan-lahan Azyulail menundukkan skrin laptopnya. Bersiap-siap untuk menunaikan solat isyak. Waktu ketika itu sudahpun melangkaui jam 12 tengah malam.

……………………....

Di suatu malam....

Tiba-tiba..

Boooooommmmm!!!!

Keadaan begitu kelam kabut sekali. Asap tebal menyelaputi ruang udara. Kedengaran teriakan dan tangisan anak-anak kecil berselang-seli. Sungguh mengerikan. Dalam keadaan yang sangat mencemaskan itu, kelihatan seorang ibu tua berlari mendapatkan kanak-kanak perempuan yang sedang menangis ketakutan. Dengan penuh kasih sayang dia mengendong anak kecil itu lalu berlari mencari tempat perlindungan.

Boooooooooommmmm!!!!

Sebutir lagi bom digugurkan. Kali ini lebih kuat...

........Bersambung........