Nak
tulis ke tak? Hmm. Tulis jela.
Dilema. Entah.
Kadang-kadang terfikir, berapa banyak perkataan yang dah diseru selama ini
tidak dipraktikkan, hanya terpateri kaku di sebalik tulisan. Amal-amal yang dah
dirancang bertebaran ditiup angin. Banyak plan-plan yang terbengkalai. Tapi
saya cuba gagahi diri untuk sekurang-kurangnya menulis sesuatu. Setidak-tidaknya
saya tidak statik di sini.
Antara
semalam dan hari ini. Cereka dan ceritera yang berbeza. Mungkin sama di mata
orang lain, tapi setidak-tidaknya berbeza di mata kita sendiri.
![]() |
Sehingga
ke hari ini, jujur saya akui saya masih lagi dalam proses transformasi diri
sendiri. Masih lagi tercari-cari rentak untuk terus menapak di atas jalan ini. Kadang-kadang
jatuh, kadang-kadang tumbang. Manusia. Cuma saya kira, saya pada hari ini lebih
baik dari saya yang semalam. Tidak. Bukan untuk membangga diri apatah lagi
untuk menunjuk-nunjuk. Malah saya sendiri tidak tahu atas asas apakah saya
beranggapan seperti itu. Mungkin lebih kepada cara saya berfikir dan pandangan
saya tentang kehidupan. Sekurang-kurangnya.
Mungkin
ramai yang sudah merasainya, ada yang sedang merasainya, ada juga yang langsung
tidak berpeluang untuk merasainya. Rasa apa ni? Rasa yang pandangan hidup kita
dah berubah. Pandangan kita tentang hidup dah tak sama dengan orang lain.
Rumit. Kompleks. Tak realistik. Katakan apa sahaja. Hanya yang memiliki pola
pemikiran yang serupa bisa memahami apa yang kita cita-cita kan itu.
Antara
semalam dan hari ini.
Aneh.
Bahkan pelik. Kalau semalam kita lah yang terlebih concern soal study. Siap ada jadual study harian yang
ditampal di dinding bilik. Cita-cita kita tinggi melangit. Doktor, jurutera,
akauntan, doktor falsafah, ahli uji kaji haiwan, sebutkan semuanya. Kita berimpian
untuk mengaut kekayaan dunia sebanyak-banyaknya. Tetapi hari ini semua itu
telah berubah. Study itu bukan lagi prioriti utama. Kontroversi bagi sesetengah
orang. Tetapi tidak bagi kita. Study hanya alat untuk mencapai matlamat yang
pada kita jauh lebih besar dari menjadi segala figura-figura di atas. Gagal
exam, tak lepas cut-off point ke luar negara, tak capai minimum requirement nak
sambung ke bidang perubatan, tak dapat jadi doktor, kita anggap itu semua ujian
dan itu yang terbaik untuk dakwah. Eh dah gila ke apa?
Lagi jika
semalam ibu bapa kita yang menduduki ranking teratas dalam carta hati kita.
Dekat asrama kalau boleh setiap hari nak call parents. Pesanan-pesanan ibu bapa
kita tampal di meja study. Pencetus semangat. Pembangkit inspirasi. Tetapi hari
ini, lain pula ceritanya. Allah dan Rasul menjadi cinta utama hati kita. Ibu
bapa pula kita anggap sebagai ujian di jalan dakwah. Eh, nak jadi anak derhaka
ke? Entah. Saya sendiri tak reti nak menjelaskan ini semua. Tetapi itu bukan
bererti kita menolak ibu bapa ke tepi. Bahkan ada keinginan dalam hati untuk
mengajak ibu bapa sekali ke jalan ini. Namun pertembungan prinsip-prinsip
kehidupan yang berbeza seakan-akan menyukarkan impian ini. Buntu.
Jika
semalam puasa dan raya sesuatu yang tidak bermakna apa-apa kepada kita. Jika
ada sekalipun cuma sekadar bazar ramadhan, kuih raya, baju raya dan segala
ketupat rendang.
Tak pernah terfikir pun bulan ramadhan bulan untuk menambah amalan. Tidak pernah terlintas di fikiran bahawa hari raya adalah hari untuk meraikan kemenangan. Tetapi hari ini skrip sudah berbeza. Aneh. Tiba-tiba je boleh keluar perkataan tarbiah ramadhan. Peh. Entah dari mana datang perkataan tarbiah itu. Tadabbur Al Quran. Jika dulu tadabbur kita lebih berkisar soal-soal yang remeh temeh, tetapi sekarang sudah berani menyentuh perihal ummah, perihal dakwah. Pelik.
Tak pernah terfikir pun bulan ramadhan bulan untuk menambah amalan. Tidak pernah terlintas di fikiran bahawa hari raya adalah hari untuk meraikan kemenangan. Tetapi hari ini skrip sudah berbeza. Aneh. Tiba-tiba je boleh keluar perkataan tarbiah ramadhan. Peh. Entah dari mana datang perkataan tarbiah itu. Tadabbur Al Quran. Jika dulu tadabbur kita lebih berkisar soal-soal yang remeh temeh, tetapi sekarang sudah berani menyentuh perihal ummah, perihal dakwah. Pelik.
Lagi semalam
kita seorang yang tidak begitu mengambil tahu hal ehwal dunia luar. Selalu
bersyukur Malaysia masih aman. Setakat tiga empat kes tembak apa lah sangat.
Paling jauh kita ambil tahu pun sekadar isu Palestin. Itu pun sekadar isu
kemanusiaan. Langsung tidak pernah terfikir tentang kebangkitan Islam. Aneh
hari ini kita lantang membicarakan soal pembebasan ummah, soal kemenangan
Islam, soal kehancuran taghut dan jahiliah. Kita bercita-cita mendirikan
khilafah. Pelik. Bahkan tidak realistik di mata yang lain. Apakah kita sudah
hilang akal?
Terlalu
banyak jika mahu dibicarakan. Susunan Tuhan. Indah. Penuh rahsia. Tak tertaksir
dek akal yang sempit.
“Dia
mengeluarkan mereka (orang beriman) dari kegelapan dan kepada cahaya”
Al
Baqarah : 257
Antara
semalam dan hari ini.
Aku memilih hari ini, meski sebahagian dari diriku masih lagi yang semalam itu.
Aku memilih hari ini, meski sebahagian dari diriku masih lagi yang semalam itu.


