Thursday, 30 May 2013

AKHAWAT DAN IKHTILAT

Hani berdiri di hadapan cermin empat segi itu sambil membetulkan pelipat tudungnya. Tudung labuh berwarna purple kekuning-kuningan itu pemberian naqibah kesayangannya, Kak Mira.

“Akak bagi Hani tudung ni, Hani kena rajin pakai taw, banyak nanti pahala akak dapat”

Begitulah kata-kata Kak Mira sewaktu menyerahkan bungkusan berisi tudung itu kepada Hani sewaktu setelah selesai usrah mingguan mereka. Berseri-seri wajah Kak Mira. Bahagia.

“Okay, mesti Hani nampak ayu kan pakai tudung ni,” balas Hani sambil tersipu-sipu manja.

Selain dari tudung labuh pemberian Kak Mira, Hani juga menyimpan sehelai lagi tudung labuh yang menjadi kegemarannya. Tapi tudung labuh itu berwarna merah. Orang cakap merah tu warna cinta. Mungkin ada benarnya juga kata-kata itu sebab tudung itu pemberian Ahmad Safwan, rakan sekelasnya.

“Saya ternampak tudung ni kat Jalan Tar semalam, tetiba je dah terbeli, macam taw-taw je nak kena bagi kat awak,” kata Ahmad Safwan pada waktu rehat setelah habis kelas Calculus.

Ahmad Safwan. Kacak orangnya sekacak namanya. Orangnya sederhana tinggi. Berkulit sawo matang ala-ala Aeron Aziz. Style rambut belah tengah, ada anak-anak rambut yang jatuh ke dahi. Macam orang korea gitu.

“Mesti dulu Wan ramai makwe kan?,” tanya Hani pada suatu petang. Waktu itu mereka baru balik dari pusat sumber.

“Eh, mana ada, Wan tak pernah ada makwe pun,” balas Ahmad Safwan. Tersenyum bangga.

Hani selalu mengimpikan untuk bersuamikan seorang lelaki yang suci. Yang tidak pernah sangkut dengan mana-mana wanita dalam hidupnya. Setakat ini, Ahmad Safwan lah calon yang terbaik.

“Hani selalu ke jumpa Safwan tu?,” Kak Mira memulakan bicara.

Ketika itu Kak Mira dan Hani sedang berjalan-jalan menghirup udara segar petang. Kak Mira memang concern orangnya. Baik, penyayang. Susah nak jumpa orang macam Kak Mira.

“Kalau jumpa berdua tu tak lah selalu sangat, tapi kalau jumpa hari-hari tu banyak lah, lagipun kami classmate,” balas Hani perlahan, semacam sudah dapat mengagak mengapa persoalan itu dilontarkan.

“Hani…”

“Pandang Kak Mira sayang…”

“Akak sayang Hani…”

Hani kaget. Speechless. Hampir tertumpah air matanya. Hani tak tahu apa yang patut dijawab.

Kak Mira peluk Hani. Harapnya dapat meleraikan kekagetan Hani.

“Jom kita sambung jalan-jalan. Nak taw tak banyak lagi tempat yang belum kita explore kat sini….

…………………………………………………………………………………………………….

“Kak Mira, it’s over..”

“Hani sedar benda tu salah..”

“Hani dah tak nak buat lagi..”

……………………………………………………………………………………………………

Kepada ikhwah dan akhawat yang dirahmati Allah sekalian,

Benar, cinta itu fitrah manusia. Namun perhubungan antara lelaki dan wanita tanpa mempedulikan batas-batas ikhtilat itu adalah salah satu sumber fitnah yang boleh menjerumuskan diri antum semua ke lembah dosa.

Kita sering berhujjah atas dasar fitrah tanpa kita mempedulikan bahawa hakikat fitrah manusia itu Allah jadikan untuk menambahkan keimanan kepada Allah. Adakah antum yakin fitrah rekaan antum itu mampu melonjakkan keimanan antum ke tahap yang lebih baik dari sebelumnya?

Sesungguhnya, ana sedang menasihati antum bukan bererti ana yang terbaik dari kalangan kita. Bahkan ana sendiri terlalu banyak kekurangannya. Tapi perkara inilah yang kerap kali yang ana lihat seringkali berlaku dalam kalangan ikhwah dan akhawat. Orang-orang yang faham Islam. Ia sangat menyedihkan. Mungkin tidaklah sedramatik kisah di atas. Namun ia tetap berlaku. Kadang-kadang atas urusan yang tidak perlu pun.

Sudah-sudahlah wahai ikhwah dan akhawat sekalian. Muhasabah itulah yang terbaik. Tak perlu untuk kita bertegang leher meluruskan benang yang basah. Kita kata kita da’ie ilallah. Tapi kalau macam ni, da’ie ila apa ya?

Rigidkah aku jika aku katakan TIDAK PERLU? Syadidkah aku jika aku tegas dengan prinsip TIDAK PERLU?

Ketahuilah wahai ikhwah dan akhawat sekalian. Kita sudah tidak seperti dulu. Kita membawa amanah yang besar. Kita hidup dalam atmosfera dakwah. Orang akan melihat kita sebagai orang dakwah. Sanggupkah kita jika dakwah terfitnah dek nafsu kita itu?  

Jagalah hatimu. Aku akan menjaga hatiku

6 comments:

  1. nak jaga hati nie mmg susah kan.. zina2 lain mungkin boleh dielak dgn mudah, tapi zina hati? sebut namanya shj mungkin dah terbayang susuk wajahnya di fikiran.. dan untuk padamkan wajahnya dr hati mungkin mengambil masa juga.. sekadar melontarkan pandangan..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. I could not agree more with both of you. Jzkk atas pandangan yg diberikan. In Sha Allah

    ReplyDelete
  4. jagalah hatimu,aku akan menjaga hatiku..nice..terima kasih mengingatkan :D

    ReplyDelete
  5. nurazyan laily, in sha Allah, jzkk sudi membaca, moga ada manfaatnya

    ReplyDelete
  6. ikhwan juga patut diingatkan, jaga batas ini. tak patut tunding jari pada sesape. pokok panggalnya diri sendiri :) Jazakallah, atas perkongsian.

    ReplyDelete