Saturday, 30 March 2013

TAK FAHAM

Ini bukan cerita rekaan. Bukan mainan huruf dan perkataan. Anda nilailah sendiri mengikut tahap keimanan masing-masing. Dah lama tak buat curahan hati. Biasa orang panggil curhat.

Bila disingkapi tirai perjalanan hidup kita, macam-macam benda kita dah lalui. Bermula dari kehidupan di tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti. Cerita hidup kita berwarna-warni. Kelabu, hitam, pink, putih, indigo dan sebagainya. Semua ada. Bergabung menjadi satu.

Bila fikir balik, pernah tak kita rasa yang kita dah lain sekarang? Bukan untuk show off. Tapi memang dah lain kan?

Kalau dulu bila cuti kat rumah, kita lah raksasa gorgon. TV tu memang kita control habis. Kalau tak HBO, kita tengok bola. Kadang-kadang layan jugak Astro Prima. Bila ayah ajak gi masjid, macam-macam alasan kita bagi. Penat lah. Banyak omwek lah.

Tapi sekarang..

Dah rajin teman ayah gi masjid. Kadang-kadang stay masjid sampai isyak. TV tu macam orang asing bagi kita. Sampai nak record cerita guna Astro Beyond pun kita tak taw. Nak tengok HBO apatah lagi. Tengok gambar Megan Fox je terus istighfar.

Kadang-kadang lagi pelik. Tiba-tiba je boleh bukak Al Quran kat rumah. Sebelum ni tak pernah pun. Al Quran zip pulak tu. Siap tadabbur lagi.

Kalau dulu kita ni dah boleh masuk dalam kategori kasanova peringkat super saiya ke 9. Kita tak tidur satu malam. Bukan buat apa pun. Baring-baring atas katil sambil pegang henset kat tangan. Entah dengan anak dara mana kita mesej. Mesej pulak entah apa-apa je. Keji dan menjijikkan. Bukan dengan seorang. Kadang-kadang sampai tiga orang kita sapu. Yang peliknya semua satu kelas. Tak kantoi langsung. Begitu hebat kita berdrama. Tak cukup mesej siap call lagi. Bila dah call taw-taw jela apa yang berlaku lepas tu. Hina. Jijik. Keji.

Tapi sekarang..

Henset kita dah jadi henset yang soleh. Inbox penuh dengan mesej-mesej ikhwah. Ada pesanan-pesanan tugas, kata-kata nasihat. Mesej dari akhawat pun ada sikit-sikit. Tapi semua yang berkaitan dengan DnT la. Mesej pulak tak de smiley-smiley. Ringkas habis.

Yang paling mendominasi ruangan inbox ofkos la mesej dengan adik-adik usrah. Tanya khabar. Iman sihat ke tak. Study semua camne.

Berbeza. Sangat berbeza.

Kalau dulu kita mana layan lagu-lagu nasyid ni. Layan lagu KRU, Ungu, Hijau Daun, Linkin Park, Samsons. Nasyid ada la sikit-sikit. Tu pun nasyid yang tak tarbawi langsung. Kat phone kita memang berlambak la lagu-lagu lagha tu. Asal nak tidur je letak earphone kat telinga. Tak cukup dengan lagu, koleksi video pun kita ada.Gambar-gambar pujaan hati tak payah cakap la. Berlambak-lambak. Asal dating je snap photo.

Tapi sekarang..

Lagu Shoutul Harakah dan Izzatul Islam dah jadi halwa telinga kita. Rasa best dengar lagu-lagu jihad. Alunan zikir terapi dan selawat pun apa kurangnya. Video-video tarbiyyah menghiasi bebola mata kita. Video ISK, video everything begins with tarbiyyah, video pengisian. Henset pulak penuh dengan gambar-gambar ikhwah. Sampai tak ingat amek gambar time bila.

Lain sangat..

Bila terbaca firman Tuhan rasa nak menangis sangat..

”..dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang api neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari sana. Demikianlah Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk dan hidayah-Nya..”  

Ali Imran : 103

Tapi kan..

Lama selepas itu, setelah diuji dengan pelbagai ujian, kita start rasa penat. Kita start lupakan nikmat hidayah tu. Kita start nak jadi macam kita yang dulu. Kat mukabuku dah start berbalas-balas komen dengan perempuan. Macam-macam justifikasi kita bagi. Member lama la. Dia tanya pasal benda penting la. Status-status mukabuku pun dah start nak merepek. Tunggu masa je nak jadi kerepek. Twitter apatah lagi.

Semakin lama semakin hati kita jadi kering. Usrah dah macam rutin. Dah tak rasa lagi kebasahan usrah. Buku-buku fikrah dah makin menjauh. Kita biarkan diri kita diratah dunia. Kita relakan hati kita ditiduri noda.

Kenapa boleh jadi macam tu? Kenapa ikhwah? Kenapa akhawat? Entah kenapa kita ni.

Kehidupan bagaikan roda
Beribu zaman terus berputar
Namun satu tak akan pudar
Cahaya Allah tetap membahana

Cita kita tetap satu jua
Moga Allah redha. Dari dunia sampai akhirat.

Mukabuku yang tak mesra Iman

Meja study berselerakan. Pen dan highlighter di mana-mana. Tidak ketinggalan liquid juga. Calculator canggih sudahpun terpisah dari penutupnya. Seakan-akan baru di langgar taufan catrina di lembangan amazon. Kononnya pada malam sebelumnya study sakan. Study la sangat kan.
                               
Itulah realiti dipagi hari. Hari-hari dimulakan dengan cemerlang. Mukabuku dan pengicau menjadi santapan. Budak zaman sekarang.

Buka mukabuku, berlambak-lambak notifikasi-notifikasi yang perlu dilayan. Retis gitu. Pelik jugak. Mereka ni tak study ke? Uhuk.

Intro.

Di mukabuku ini aku bercoretan. Meluahkan isi hati ingin memetik bunga di taman. Ewah. Heh. Kemudian bermulalah adegan meng”scroll” newsfeed hingga ke lapisan paling bawah sekali. Scroll dan scroll hinggalah matahari tegak di atas bumbung rumah.

Mukabuku ni banyak ceritanya. Tapi saya hanya akan ceritakan yang ada level U sahaja. Heh.

Alkisah sang gadis jelita mengupload gambarnya ke mukabuku. Seperti yang diramalkan puluhan like diterima. Tidak ketinggalan juga comment yang berbentuk pujian. Mentang-mentang lah gadis sunti lagi anak dara gitu. Mulalah si jantan tak keruan. Yang si gadis pula betah melayan. Dipendekkan cerita lebih kurang 70 komen dipaparkan. Heh. Dunia akhir zaman.

Kemudian dipaparkan pula kisah politik jadian. Orang Melayu memang suka bab2 politik ni. Dipertontonkan gambar-gambar separa edit. Troll politik kata mereka. Heh. Komen-komen yang diterima penuh dengan cacian dan makian. Terselit juga pujian ditengah-tengah. Jumlah like yang diterima tidak kurang hebatnya. Menunjukkan mentaliti orang kita. Komen-komen berbentuk teguran terus hilang ditelan zaman.

Kisah cinta tiga purnama abad ini turut mengambil tempatnya. Sang teruna mengupdate status cintan. Jiwang tahap radiasi ke sembilan puluh lapan. Sang pujaan hati di tag tanpa segan silu. Ikhlas katanya. Maka berlompat-lompat kegirangan si dara membaca luahan putera hatinya itu. Di karangnya sebuah puisi pendek sebagai balasan. Lalu bermulalah adegan balas-membalas komen. Rancak persis Barcelona dan Real Madrid saling berbalas serangan. Setelah di hitung, lebih sepuluh helai bulu mataku gugur ke bumi.

Itu kisah cinta konvensional. Tidak ketinggalan juga kisah cinta Islamik. Dipetiknya hadis-hadis nabi sebagai sandaran. Di mana imamku. Di mana makmumku. Di mana Tok Bilalku. Di mana Tok Siakku. Heh. Yang ni tak mampu saya diskeraip. Tahap radiasi yang diterima tak mampu dibaca alat pengesan.

Walaubagaimanapun perjalanan perlu diteruskan. Kali ini diperlihatkan pula dengan sketsa sukan. Maklumlah pasukan kegemaran baru menjulang gelaran. Maka inilah masanya untuk bermaharajalela. Kritikan dan kutukan dilemparkan sesuka hati kepada pasukan yang kalah. Kutukan itu diindahkan lagi dengan carutan-carutan versi moden. Pelajar obesi katanya. Pihak yang kalah pula tidak mahu berdiam diri. Berpantang surut sebelum hujan. Maka drama diteruskan. Selebihnya lapan belas tahun ke atas.

Seterusnya bertemu pula dengan manusia di bawah paras kematangan sebenar. Tak mampu nak mentafsir apa yang berlegar di fikiran mereka. Status pra matang terus di update secara konsisten. Pakai baju warna apa pun ingin diberitahu kepada seluruh dunia. Lebih parah lagi aktiviti tag-meng’tag’ dilakukan dengan penuh bergaya andai status tadi diishtiharkan gagal.

Setelah kebosanan maka laman home ditinggalkan tidak bertali tanpa simpati. Berpindah pula ke laman profile. Terkejut bukan kepalang. Kenapa kau punya profile pun lebih kurang?

Mari like page Encik Musab di mukabuku anda. Promote baik punya ;)

Friday, 29 March 2013

Subuh Yang Terakhir

Dakwah seorang Engineer. Chewah.
Di pagi yang hening. Kedengaran sayup-sayup kokokan ayam-ayam kampung yang sedang  menyanyikan lagu kebangsaan mereka. Pagi itu cuaca indah sekali. Suria pagi menghiasi langit ilahi disertai dengan bayu pagi yang mendamaikan lapisan-lapisan epidermis dan juga dermis.  

Cuma intro.

Megat berdiri di hadapan sebuah cermin empat segi yang terletak di sebuah tempat bernama bilik air. Menyikat rambutnya dengan penuh berhati-hati. Bimbang side effect penggunaan shampoo berlebihan yang sudah mula kelihatan. Heh. Cerita-cerita dalam bilik air ni tak boleh bukak lebih-lebih. Nanti tak dapat sijil kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem Negara.

Usai menghiasi diri, Megat pun memulakan rutin hariannya dengan cemerlang. Melayari mukabuku, berpindah ke twitter, tak ketinggalan juga instagram.

*Bunyi kicauan burung merak*

Lalu Megat pun mencapai henset nokianya. Dia menekan button “open message” . Entah bagaimana tiba-tiba saja skrin henset itu dipenuhi dengan huruf-huruf dan abjad-abjad. Ada sedikit nombor-nombor.

“Weyh, aku lambat subuh dowh hari ni”

“Awat? Hang tidoq pkuih berapa semalam?”

“Awal je..cuma..ada problem sikit ah..”

“Problem apa dowh..?”

“Entahlah. Bapak aku kejut hari ni. Cuma aku tak berapa suka cara dia kejut la. Tu yang aku malas nak bangun.”

“Astagfirullah, dia buat apa kat hang? Dia tarik tilam hang ke?”

“Teruk lagi..”

Heh. Masalah anak muda remaja zaman sekarang. Ego. Tak dinafikan saya pun pernah menghadapi masalah ni dulu. Macam-macam alasan bagi. Cara kejut tak sesuai la. Cara kejut salah la. Cara kejut annoying la. Benda-benda cenggitu la. Tapi yang peliknya bila orang lain kejut ok plak. Nampak tak permainan di situ?

Agak-agak la kan, kat padang mahsyar nanti, Allah terima tak alasan-alasan cenggitu? Gulp. Ofkos la tak kan. Mana mujahadah kita? Siapa ghayah kita? Orang ni kejut tak nak bangun. Orang tu kejut boleh pulak bangun. Ni semua masalah ego semata-mata. Heh.

Tak dapat dinafikan kadang-kadang cara kejut tu memang menyakitkan hati kita. Yela. Tengah syok2 tidur tiba-tiba tilam kena tarik. Heh. Pastu muka kena pancit dengan air pancut gosok baju. Nak lagi hardcore, letak jari telunjuk kat gusi pastu letak dekat hidung orang yang tengah tidur tu. Peh. Pak Pandir pun boleh marah cenggitu. Heh.

Arakian. Chewah. Teruk macam mana pun cara kejut tu, kewajipan solat tetap tak gugur kan. So, mujahadah is the best answer ever. Bangun je walau dalam keadaan marah. Nanti dah amek wudhuk tenang la tu. Kot. Haha. Kalau tak tenang jugak, istighfar la dulu sebelum solat. Heh.

Another alternative way is bangunlah sebelum dikejut. Lagi bagus kalau boleh pergi masjid atau surau yang berdekatan. So tak de lah isu annoying-annoying dengan cara kejut en? Kalau annoying dengan Tok Imam tak taw nak cakap apa -_-

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuannya dan Allah telah mengunci pendengarannya dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”(45 : 23)

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik”(29 : 69) 

TIDAK SIGNIFICANT

DISKLEMER : POST INI TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG MASIH HIDUP ATAU
                         YANG TELAH PERGI TIDAK KEMBALI LAGI. HEH

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejak kebelakangan ini, saya dapat mengesan ada usaha-usaha untuk mendedahkan identiti saya baik dari pihak komrad mahupun pihak prada. Hah. Ok. Agak perasan di situ -_-

Tidak dapat dinafikan ada yang memang dah tahu siapa sebenarnya saya. Member, classmate, ikhwah, akhowat (ada ke?), rakan tadika, sedara-mara, sepupu-sepapat. Heh. Tak kisahlah yang tu. Benda dah lepas kan. Cheewaah.

Bagi yang belum mengenali siapa sebenarnya saya, saya lelaki, eheh, dan boleh mengundi tahun depan. Ini kalilah..!! Eh! *Tetiba.

Sila abaikan ayat di atas.

Sebenarnya ada sebab mengapa saya memilih untuk menjadi seorang penulis misteri. Heh. Misteri la sangat.

Pertamanya adalah saya mahu orang yang membaca blog marhaen ini melihat apa yang saya tulis dan bukannya siapa yang menulis. Saya mempunyai pengalaman yang cukup luas (cheewaaah), yakni apabila saya gagal meng”absorb” apa yang ditulis setelah mengetahui siapa yang menulis. Penyakit hati KOT. Heh. Sebab tu lah “remains anonymous” ni sebagai langkah berjaga-jaga. Mana la taw kan. Faham tak ni?

Yang keduanya, terdapat begitu banyak syaitonirrojim pada waktu saya menulis sesuatu entry yang baru. Bukan banyak je. Banyak sangat. Kat bawah katil la, tepi pintu la, bawah ketiak pun ada. Heh. Lepas dah post, mulalah charge-charge negative menyerang system hati dan perasaan. Mulalah nak tergedik-gedik bila ada orang like entry tu. Bila ada orang komen, lagi la melompat-lompat. Masalah-masalah. So, dengan menjadi penulis misteri, dapatlah mengurangkan side effect serangan-serangan tu. Haha. Sebenarnya, tak de lah kurang mana pun. Sesungguhnya mujahadah itu sungguh payah. T_T

Tu jela KOT.

*tutup muka*

p/s : sebenarnya nak ajak kita sama-sama tajdid niat. JOM..!! lillahitaala. 

Wednesday, 27 March 2013

FITNAH DAN MEHNAH

Mafahim lid dars. Kefahaman dalam study. Ramai orang yang salah faham terhadap study. Kefahaman di sini bukanlah kefahaman dalam konteks input yang diperoleh sepanjang proses menelaah buku-buku akademik itu. Akan tetapi kefahaman di sini perlu dilihat dari perspektif bagaimana kita menyingkapi study itu sendiri.

“Ukhti, study tu kan alat je, matlamat kita Islam kan, so tak payah la all out sgt study tu”

“Sheikh, ana malas la nak pergi daurah, baik ana focus pada study”

Nampak berbeza. Tetapi tetap sama. Kedua-duanya terpalit dengan fitnah mafahim lid dars.  Jadi, apakah yang dimaknakan dengan fitnah mafahim lid dars? Jeng3.

Bagi yang sudah memahami tanggungjawab Syahadatul Haq, kita sudah pun mengerti akan kewajipan berdakwah. Kewajipan menyebarkan deen ini ke seluruh pelosok buana. Cheewaah. Bagi yang masih blur akan hakikat kewajipan menyempurnakan tuntutan Syahadatul Haq ini, anda dipersilakan untuk blah dari sini  membaca karya Inspector Saahab. Dah habeh baca jgn lupa balik sini balik naa. Eheh.

Baiklah. Tuntutan dakwah dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar seringkali membuatkan kita tidak cukup oxygen. Mana tidaknya, dengan assignment yang bertimbun-timbun, quiz, exam lagi, and at the same time kewajipan untuk menghadiri liqa’, usrah dan daurah menyebabkan hati kita berbelah bagi. Kita plan nak spend weekend tu untuk study, tup tup ada daurah pulak. Tambah memeritkan next weeknya ada quiz pulak. Jadi bagaimana sih?

Maka antara study dan dakwah? Mana yang lebih utama? Mana  yang perlu diberi penekanan?

Seorang daie yang memahami fikrah dakwah ini tidak akan memikirkan persoalan sebegini. Ini kerana kehidupan seorang daie itu adalah dakwah baginya. Seorang daie itu yang hidup berbumbungkan atmosfera dakwah. Seorang daie itu yang bernafas dengan oxygen dakwah. Maka study itu juga dilihat sebagai medium dakwah. Maka pertentangan antara study dan dakwah tidak akan bermain-main di dalam pemikiran seorang daie yang benar.

Study itu perlu dilihat sebagai sebuah alat. Analoginya, seorang pahlawan akan menggunakan alat iaitu pedang yang terbaik untuk digunakan dalam peperangan. Pahlawan itu akan mempersiapkan alatnya itu dengan sebaik-baiknya supaya boleh berfungsi dengan baik di medan peperangan. Begitu juga dengan seorang daie. Apabila study itu dilihat sebagai sebuah alat, maka ia perlulah di siap sedia kan dengan sebaiknya. Bagaimana proses untuk mempersiapkannya untuk menjadi sebuah alat yang baik? Iaitu dengan belajar bersungguh-sunguh (all-out) dengan harapan keputusan exam yang cemerlang yang diperolehnya boleh menjadi advantage yang besar untuk dakwah.

Bagaimana study boleh menjadi fitnah?

Kefahaman yang jelas terhadap tuntutan dakwah mampu memberikan jawapan kepada persoalan ini. Apabila seorang daie mengabaikan studynya dengan alasan kesibukan berdakwah, maka dia telah mencipta satu fitnah terhadap dakwah yang dibawanya. Sebab apa? Sang daie tadi tidak menyedari akan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar. Kesannya mudah. Orang akan menjauhi dakwah kerana mereka menganggap dakwah sebagai penyumbang utama kepada merosotnya prestasi akademik mereka. Fitnah kepada dakwah.

Akan tetapi fitnah ini berbeza dengan mehnah. Seorang daie yang telah mencuba sedaya upaya menyeimbangkan antara keperluan study dan dakwah, namun masih lagi diuji dengan keputusan peperiksaan yang kurang memberangsangkan, maka inilah yang disebut mehnah dalam dakwah. Dan mehnah ini adalah sesuatu yang normal untuk dihadapi oleh setiap daie.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, kami telah beriman, dan mereka tidak diuji?”

(Al Ankabut : 2)

Mafahim lid dars ini penting untuk difahami oleh setiap daie agar kita mampu untuk membezakan antara fitnah dan mehnah.  Kefahaman yang tinggi dalam mafahim lid dars ini lah yang akan mem”prevent” diri kita dari menuturkan dialog-dialog cliché seperti :-

“Ana nak stop dakwah la, nak focus pada study dulu”

“Kak Syida, ana tak boleh pergi daurah la minggu ni, ana kena siapkan nota Biology”

Anda mungkin boleh mencetuskan pelbagai persoalan terhadap penulisan yang tidak lengkap serba serbinya ini. Tetapi anda sendiri tahu adakah anda sudah all out dalam dakwah? Dan anda sendiri tahu adakah anda sudah all out dalam study? Ataupun, masih ada jahiliyyah antara keduanya? Oh ya, harus diingat, jahiliyyah seorang daie itu tidak sama seperti orang biasa.

Study adalah subset kepada Dakwah
Saya menulis entry ini dalam kesibukan study untuk menghadapi final exam. Mohon doa semua agar diberi kejayaan demi Islam dan Dakwah. Biidznillah. In sha Allah. 

p/s : saya tahu entry ni agak membosankan. Eheh. Terima kasih sudi membaca. Jgn lupa lik page ENCIK MUSAB. Moga Allah redha. Senyum

Tuesday, 26 March 2013

Akhi enta hurrun

Akhi enta hurrun, walaupun dikurung disebalik jeriji besi itu
Akhi enta hurrun, walaupun diikat dengan gari-gari itu

Sekiranya enta berpegang teguh kepada Allah
Nescaya tiada tipu daya hamba dapat memudaratkanmu

Akhi,

Apakah yang berlaku kiranya enta jemu untuk berjuang?
Dan enta melemparkan dari bahumu seluruh senjata-senjata.
Siapakah yang akan mengubati para tentera yang cedera dalam peperangan?
Dan siapa pula yang akan mengangkat kembali bendera kita?

Akhi, sesungguhnya aku pada hari ini adalah tukul besi yang keras
Aku akan menghancurkan segala sihir, tipu daya serta gunung-gunung yang mencakar langit
Pada hari esok aku akan menghapuskannya dengan pukulan penghabisan
Segala kepala-kepala ular hingga hancur berkecai

Akhi sekiranya kami mati kami pasti bertemu dengan kekasih-kekasih kami
Bahkan Taman Syurga Tuhanku tersedia buat kami
Serta burung-burung akan beterbangan di sekeliling kami
Maka bergembiralah kami dalam negeri yang abadi ini

-Sayyid Qutb-

Akhi, enta hurrun

Akhi enta hurrun
Walaupun di buru kesibukan dan fitnah duniawi

Akhi enta hurrun
Walaupun di asak segala mehnah dan tribulasi

Akhi enta hurrun
Walaupun dibebani masalah sepanjang jalan ini

Akhi,

Jalan ini masih panjang. Masih berduri dan akan terus berduri. Adakah hanya kerana lelah dan kehabisan tenaga, enta terduduk lesu, terdiam dan terkelu? Memang. Kadang-kadang kita rasa seperti mahu mematahkan pedang-pedang yang telah terhunus dan berlalu pergi meninggalkan perjuangan ini. Kita rasa penat, keletihan serta tidak bermaya. Saat kita dihujani ujian-ujian yang hebat, iman kita digoncang kuat, penglihatan kita kabur, menyebabkan kita tidak nampak hala tuju perjuangan ini.

Akhi,

Generasi terdahulu telah melaluinya. Dan mereka terus istiqamah di atas jalan ini. Meski mereka diseksa, ditekan dan dibunuh. Mereka terus berjalan di atas jalan berliku ini hanya berbekalkan keimanan di hati dan keinginan untuk bertemu dengan Rabbnya. Apakah yang menyebabkan enta mahu berpaling? Kepenatan? Masalah? Ujian? Hasil? Itu semua sunnah jalan perjuangan ya akhi. Apakah enta tidak sanggup melaluinya walaupun demi deen yang dicintai?

Akhi,

Kenikmatan duniawi tiada harganya nak dibandingkan dengan indahnya syurgawi. Tidakkah enta membaca firman bahawa sesungguhnya dunia ini hanya permainan semata-mata? Tidakkah enta menyedari sabda rasul tentang  indahnya syurga? Adakah enta meragui janji Tuhan yang benar? Apa yang enta nantikan ya akhi untuk meyakini jalan perjuangan ini?

Akhi,

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati janji mereka pada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu, dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya.”

(Al Ahzab : 23)

Akhi,

Tidakkah enta mahu termasuk dalam kalangan yang menunggu-nunggu?

Akhi,

Pena-pena telah diangkat,
Lembaran-lembaran telah mengering,
Janji Tuhan itu pasti

Sunday, 10 March 2013

BUAT HATI YANG SEDANG BERPUTUS ASA


Bumi mana yang tak pernah di timpa hujan? Laut mana yang tidak ada pasang surutnya? Langit mana yang tidak pernah gelap? Lautan mana yang tidak pernah bergelora? Setiap yang berlaku itu adalah satu sunnatullah, sesuatu yang telah ditetapkan oleh Tuhan pemilik bumi ini.

Setiap orang punyai titik lemah masing-masing. Setiap orang ada jalan berlumpur yang mesti dilalui. Setiap orang ada lautan bergelora yang mesti diredah. Setiap orang ada ujian mereka yang tersendiri.

Ada orang diuji dengan keputusan peperiksaan yang teruk. Ada orang diuji dengan kehilangan orang yang disayangi dan tempat bergantung. Ada orang diuji dengan kehilangan harta benda. Ada yang diuji menerusi penderaan emosi dan mental yang berterusan. Ada juga yang diuji dengan penderaan fizikal yang menyakitkan.

Penderitaan, kesedihan, ujian dan dugaan ini kadang-kadang menggoncang iman kita. Kita merasakan kitalah manusia yang paling malang sekali di dunia ini. Kita merasakan kitalah yang paling teruk diuji. Hatta, sampai suatu tahap kita seakan-akan meragui keadilan Tuhan yang Maha Adil.

Tetapi, pernahkah kita terfikir bahawa hidup kita ini memang untuk diuji?

Di dalam surat chenta-Nya yang agung, Allah telah menyatakan,

Yang menciptakan mati dan hidup, untuk MENGUJI kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.
(Al Mulk : 2)   

Yakinlah ujian adalah satu manifestasi chenta dan kasih sayang Tuhan terhadap hamba-hamba-Nya. Ketika Allah merindukan hamba-Nya, Dia mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril di mana isinya berupakan ujian. Mana mungkin Tuhan itu zalim andai ujian yang ditimpakan bertujuan menghapuskan dosa-dosa hamba-hamba-Nya. Ditimpakan-Nya ujian dan dugaan ke atas hamba-hamba-Nya sebagai peringatan, renungan dan medan refleksi, untuk kita kembali ke kandang ibadah, untuk kita kembali melaksanakan tugas khalifah.

Di dalam sebuah Hadis Qudsi ada disebutkan,

Pergilah kepada hamba-Ku, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.
(Hadis Riwayat Thabrani dan Abu Umamah)

Begitu baik dan kasihnya Allah pada kita, namun, kita pula selalu tersalah sangka pada Dia.

Ujian akan menjadi sebuah tarbiyyah andai kita selesa memandangya sebagai sebuah tarbiyyah. Ujian akan menjadi sebuah rahmat andai kita sudi menerimanya sebagai sebuah rahmat. Dan ujian itu adalah cinta andai kita cinta kepada sang permberi ujian.

Renungilah, hayatilah hadis qudsi ini,

Allah S.W.T berfirman, Aku adalah sepertimana sangkaan Hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku bersamanya ketika dia berzikir mengingati-Ku. Maka jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku akan mengingatinya dalam diri-Ku, dan jika dia mengingati-Ku dalam jemaah manusia, Aku akan mengingatinya dalam dalam jemaah yang lebih baik dari mereka, dan jika dia mendekati kepada-Ku sejengkal, Aku akan mendekati kepadanya sehasta, dan jika dia mendekati kepada-Ku sehasta, Aku akan mendekati kepadanya sedepa, dan jika dia mendekati kepada-Ku sambil berjalan, Aku akan mendekati kepadanya sambil berlari
(Riwayat Bukhari)

Akhi sayang...

Sedang Muhammad manusia pilihan itu turut diuji. Apatah lagi kita manusia biasa. Manusia yang penuh dosa dan noda. Dan pabila Allah menguji kita, untuk menawarkan keampunan yang tidak berbelah bagi andai kita redha dan sabar terhadap ujian itu, ironinya kita menyombongkan diri. Medan muhasabah seakan-akan terlalu jauh buat kita. Kita seolah-olah kemarau linangan air mata keinsafan. Entah mengapa hati kita.

Sabda Ar Rasul S.A.W yang mulia,

Tiadalah seorang mukmin yang ditimpa musibah tertusuk duri atau lebih teruk daripada itu melainkan dengannya Allah akan menghapuskan sebahagian daripada dosa-dosanya
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Akhi sayang...

Semalam telah menjadi sejarah. Tetapi hari esok adalah harapan. Selalu ada harapan untuk mereka yang berusaha. Selalu ada impian untuk mereka yang berdoa. Kita tidak pernah tahu apa yang dirancang untuk kita oleh sebaik-baik Perancang. Tetapi pastinya apa yang telah ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik buat diri kita. Walau kita tidak menyukainya. Meski hati membencinya.

..boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Al Baqarah : 216)

Hidup ini hanya sebuah perjalanan untuk pulang ke kampung halaman. Tetapi, ramai manusia yang tersesat dalam perjalanan. Kerana lupa dunia ini hanya pinjaman. Sedang akhirat itu yang berkekalan.

Tersenyumlah akhi..