Sedar atau
tidak, sudah tercetusnya satu peperangan yang dahsyat semenjak zaman-berzaman.
Ia peperangan yang bersifat warisan. Diwarisi daripada para pejuang tedahulu
kepada para pejuang terkemudian.
Peperangan ini
sengit, sukar dan mencabar. Ia memerlukan penyusunan strategi yang teratur.
Strategi yang diyakini benar-benar berkesan. Peperangan ini memerlukan
jiwa-jiwa yang rela menghadapi apa jua kemungkinan. Ia memerlukan pengorbanan
yang bukan sedikit nilainya. Pengorbanan dari sudut material, emosi dan fizikal
akan sentiasa ditagih sepanjang peperangan berlangsung. Ia bukan satu
peperangan yang biasa. Ia peperangan yang memenatkan. Ia peperangan yang
mengalirkan peluh dan darah.
Akan tetapi
tidak ramai yang menyedari akan hakikat kewujudan peperangan ini. Ia peperangan
yang sulit. Peperangan ini hanya bisa dilihat oleh mereka yang menggunakan mata
hati. Bagi manusia-manusia yang buta mata hatinya, mereka terus terbuai kelekaan,
walhal peperangan sedang berlangsung dengan sengitnya.
Dan hakikat
peperangan ini hanya melibatkan dua blok besar. Blok kebenaran dan blok
kebatilan. Sebarang blok yang tidak memihak kepada blok kebenaran secara
sendirinya akan memihak kepada blok kebatilan. Pertempuran yang dahsyat akan
terus menerus berlaku antara kedua-dua blok ini sehinggalah datangnya saat
kemenangan kepada blok kebenaran.
Begitu ramai
tentera yang sudah gugur di medan perang. Keguguran yang membawa dua erti yang
berbeza. Gugur sebagai seorang pahlawan berani atau gugur sebagai seorang yang
pengecut. Bagi sang pengecut, mereka pasti akan menyesal. Penyesalan yang tiada
tertanggung lagi. Sementara bagi pahlawan berani yang gugur di medan perang,
berbahagialah mereka. Dilimpahi dengan kesenangan dan nikmat yang tidak
terbayang dek pancaindera hasil kegigihan mereka berjuang sepanjang peperangan
berlangsung.
Tentera-tentera
yang gugur ini pasti akan berganti. Kader-kader yang baru terus-menerus dilatih
sebelum ke medan perang yang sebenar. Sesiapa sahaja yang tidak sebaris dengan
barisan tentera blok kebenaran, dia adalah tentera blok kebatilan. Meski dia
tidak mengakuinya. Walau dia tidak menyedarinya.
Namun barisan
tentera blok kebatilan ini tidak selamanya akan berada dalam saf perjuangan
blok kebatilan. Apabila tentera-tentera ini sudah mendapat kesedaran, dengan
sendirinya mereka akan berpindah untuk berjuang bersama-sama dengan blok
kebenaran. Begitu juga dengan barisan tentera blok kebenaran. Tiada jaminan
untuk mereka kekal berjuang bersama dengan blok kebenaran. Andai mereka lalai dan
leka, tiada tempat untuk mereka dalam saf perjuangan blok kebenaran. Kerna blok
kebenaran hanya memerlukan tentera-tentera yang komited dan sanggup berkorban
demi kebenaran.
Pasti akan rugi
bagi sesiapa yang tidak bersama-sama dengan blok kebenaran. Pasti akan rugi
bagi sesiapa yang memilih untuk bersama-sama dengan blok kebatilan. Kerana
kebenaran pasti akan menang. Tidak kira betapa panjang dan lama mana pun
peperangan ini berlangsung, kemenangan tetap akan berpihak kepada blok
kebenaran.
Maka
berbahagialah blok kebenaran bersama-sama dengan tenteranya. Maka menyesallah
blok kebatilan bersama-sama dengan tenteranya.
Ini adalah
peperangan antara kebenaran dan kebatilan
Ini adalah
peperangan antara putih dan hitam
Ini adalah
peperangan antara ISLAM dan JAHILIYYAH
Anda berpihak
kepada yang mana? Hanya ada satu pilihan. Tiada yang kedua. Tiada yang ketiga.
This war is not just a single battle. It will happen continuously until the end of your life. The only thing that you can do is just fight, fight and fight until you WIN.
This war is not just a single battle. It will happen continuously until the end of your life. The only thing that you can do is just fight, fight and fight until you WIN.
![]() |
| It is WAR!! |

No comments:
Post a Comment