Wednesday, 14 August 2013

PENGALAMAN DI HARI RAYA

First impression. Tajuk dah macam karangan bebudak UPSR -__-

Dan saya baru teringat, raya tahun ini ialah raya yang pertama buat diri saya selaku penulis blog. Cewah. Poyo dan bajet retis. Sungguh.

Dan saya kira masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya kepada anda semua. Taqaballahuminna waminkum. Semoga Allah menerima amal-amal saya dan juga amal-amal anda semua.

Gambar lawa ofkos la bukan saya punya :)
Sejujurnya bagi saya, tiada apa yang istimewanya raya tahun ini nak dibandingkan dengan raya-raya yang lepas. Sebabnya sejak setahun yang lalu, saya secara rasminya telah diisytiharkan sebagai seorang cucu yatim piatu. Haha. Sedih kan? Namun begitulah. Tiada siapa yang akan kekal di dunia ini. Bukankah itu kepastian dari Tuhan?

“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu akan dikembalikan”
Al Ankabut : 57

Maka mahu tidak mahu, hidup tetap perlu diteruskan. Eh. Tetibe je cerita pasal mati. Bagus la kot. Ingat mati. Kan?

Dipendekkan cerita, raya tahun ni kami sekeluarga tetap pulang ke kampung yang terletak di salah sebuah daerah kelapa sawit di selatan tanah air. Alamat sebenar terpaksa dirahsiakan untuk mengelakkan publisiti yang terlampau. Oh terlupa pula nak bagitahu, kampung tersebut merupakan kampung halaman belah emak saya. Emak saya pula mempunyai adik beradik yang agak ramai, berapa ramai tu? Kalau lebih dari dua tu dah kira ramai la kan? Eheh.

Kalau diteruskan gaya penceritaan part by part macam ni, alamatnya sampai raya ke dua puluh satu la tak habis lagi post ni. So untuk memendekkan post ini, saya hanya akan menceritakan peristiwa yang signifikan dan pentin sahaja. Dan ofkos cerita-cerita yang telah ditapis oleh Lembaga Penapisan Industri Blog Negara. Haha.

Anda sudah bersedia? Cewah. Sekali lagi cuba berlagak retis.

Straigt to the point, pada raya kali ini, saya telah belajar sesuatu dari kanak-kanak kecil. Tidak, ini bukan sindrom sel-sel darah merah menderu laju ataupun bulu-bulu ditangan meremang setelah mendengar berita tentang begitu banyak Baitul Muslim didirikan di seluruh tanah air. In sha Allah, saya masih lagi belum termasuk dalam kategori wajib kahwin. Muehehe. Tetapi kanak-kanak kecil ini mengajar saya tentang erti sebuah kehidupan.

Peristiwa yang cukup bersejarah dan saya kira lebih bersejarah dari peristiwa Perdana Menteri mengumumkan tarikh Pilihanraya Umum ke 14 adalah ketika saya menyaksikan seorang kanak-kanak yang berusia kurang dari lima tahun membakar mercun bola dihadapan mata saya. Mungkin ada dalam kalangan anda yang sudahpun menganggap mercun bola itu sebaris dengan mercun pop pop. Maklumlah pembuat meriam paip professional. Tapi peristiwa ini ternyata membuatkan saya tersentak. Peh. Budak lima tahun tu bhaii.

Justeru, apa yang saya dapat? Ternyata dia mengajar saya untuk berani mendengar suara hati sendiri. Masakan tidak. Saya cukup pasti telinganya sudah acap kali dihidangkan dengan bebelan dan leteran dari ibunya tentang bahaya mercun yang boleh menghancurkan halkum dan beberapa anggota dalaman yang lain. Namun dengan penuh keyakinan, dia membakar mercun itu dengan selambanya menggunakan pelita yang tertancap di halaman rumah itu. Dan ofkos dia berseorangan waktu itu, jika dilihat dek ibunya, saya pasti, tidak cukup leteran, paling kurang satu cubitan pasti hinggap di atas badannya. Standard ibu-ibu la kan mencubit anak-anak. Herher. Namun saya kagumi keberaniannya. Sungguh, saya berharap keberaniannya akan digunakan di jalan dakwah satu hari nanti, pada ketika dia sudah bergelar ar-rijal, seorang pemuda. Oh ya. Perlu diketengahkan, sebagai seorang yang mencintai undang-undang negara, cinta la sangat, saya juga ada titipkan sepatah dua kata nasihat buat dia dengan penuh kasih sayang. Cewah. Dipersilakan untuk muntah sekarang.

Itulah sedikit sebanyak yang saya belajar dari seorang kanak-kanak kecil. Banyak lagi kalau nak diikutkan sebenarnya. Tetapi kalau mahu diceritakan semua, saya jamin sampai raya haji nanti pun belum tentu akan habis.

Kemudian, jujur saya akui, iman yang sedia ada senipis kulit bawang ni semakin menipis gamaknya di musim perayaan ini. Dengan ketupat, rendang, lemang, nasi impit campur kuah kacang, nasi tomato, nasi belimbing, nasi tembikai dan berbagai aneka juadah raya berlumba-lumba masuk ke dalam perut, harapan untuk puasa enam hanya tinggal harapan. Itu belum dikira lagi dengan movie hidangan anugerah syawal di telebisyen. Peh. Futur bak hang. Sobs.

Dan harus saya akui raya tahun ini agak mencabar keimanan juga. Dengan ikhtilatnya, pergaulan tanpa sebab-musabab yang munasabah, maklumlah, bertahun-tahun tidak ketemu sama teman-teman sesekolah dulu. Allahu. Isu aurat juga tidak kurang hebatnya.

Dipendekkan cerita pada hari isnin yang lalu, saya telah jatuh sakit. Entah mengapa, mungkin sebab terlebih makan, mungkin juga kerana salah makan. Apa pun, yang pasti ianya adalah kifarah untuk segala dosa yang telah saya lakukan sepanjang syawal ini. Astaghfirullah. Jika diimbas kembali agak teruk juga lah keadaan saya waktu itu. Terjaga pada jam 5 pagi dan muntah sebanyak dua pusingan di tandas ketika sedang melaksanakan operasi pelaburan saham secara besar-besaran. Hambek kau, dua dalam satu. Haha. Dan pada hari tersebut, saya hanya mampu terbaring lesu di atas katil.

Begitulah. Namun saya bersyukur, sekurang-kurangnya Allah masih memberi peringatan kepada saya. Tidak dicabutnya nyawa saya pada ketika saya sedang lalai. Allahu. What more can I say? Alhamdulillah. Dan sekali lagi Alhamdulillah, setelah diberinya kita sakit, Allah anugerahkan pula nikmat sihat, untuk kita hargai betapa bernilainya nikmat sihat itu. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang ingin kamu dustakan?

Inilah sedikit sebanyak ceritera raya yang sempat saya nukilkan. Semoga memberi manfaat kepada semua, kalau tidak banyak, sedikit pun jadilah, cewah. Ini cerita saya. Cerita anda bagaimana pula?

1 comment:

  1. selepas mengalami peristiwa yg hampir serupa beberapa tahun yg lepas, sampai sekarang sy tak makan rendang kat uma nenek T-T trauma.

    selamat hari raya, maaf zahir batin!

    ReplyDelete