Aku kagum dengan dia..
Dia bukan pelajar lepasan sekolah agama..
Bukan juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan
Syariah..
Namun tinggi izzahnya pada agama..
Anugerah hidayah yang dikecapinya..
Dipeluk, didakap dan disimpan kemas rapi dalam sanubari..
Aku kagum dengan dia..
Ilmu agamanya tidak setara mana..
Namun hamasahnya tiada terkira..
Gigih bekerja demi agama terchenta..
Mana mungkin aku tidak jatuh chenta..
Pada orang yang sebegitu rupa..
Aku kagum dengan dia..
Kesibukannya bukan kepalang..
Arus gelojak duniawi sentiasa memburunya..
Namun sentiasa kelihatan wajahnya pada setiap bulatan
gembira..
Ikhwah-ikhwah disantuni dengan penuh mesra..
Dengan sepenuh chenta..
Hanya demi redha-Nya
Aku kagum dengan dia..
Dia tidak pernah bertemu dengan junjungan mulia..
Namun cintanya mengalahkan cinta kekasih tiga purnama..
Aku juga ingin sepertinya..
Bersama mencintai kekasih yang sama..
Aku kagum dengan dia..
Raut wajah yang bercahaya..
Senyuman yang menawan..
Bisa membuatkan si gadis menyapa manja..
Namun dipilihnya jalan mujahadah..
Kerana hanya syurga matlamatnya..
Aku kagum dengan dia..
Gelaran Da’ie menjadi erti baginya..
Syahadatul Haq dijunjung penuh amanah..
Meski jernuh hidup dipukul dan dipalu..
Ujian datang tanpa henti..
Namun hati tetap untuk Tuhan..
Tidak pernah lekang dengan senyuman..
-Dedikasi khas buat ikhwah tersayang-
Dengan sepenuh cinta
Percayalah, saya tidak berimaginasi tatkala mengarang
bait-bait puisi ini. Mereka-mereka ini memang benar-benar wujud dan saya
sendiri telah melihat insan sebegini rupa di hadapan mata saya. Terkadang saya
berasa cemburu. Saya juga mahu menjadi hebat seperti mereka. Bersama-sama
menelusuri jalan dakwah yang sumpah panjang ini. Bersama-sama merasai pahit dan
manis perjuangan ini. Bersama-sama berpimpinan tangan menuju ke syurga.
Bersama-sama bermandi-manda di sungai susu sambil menikmati kopi coppucino
disyurga nanti. MasyaALLAH. Oh indahnya.
Jom tadabbur surah Al Anfal ayat 63
![]() |
| Akhi..nak ikut.. |

No comments:
Post a Comment