Wednesday, 20 February 2013

Anda ada jawapannya?

Salam 1 Ummah…Dakwah didahulukan, Tarbiyyah diutamakan..

Dengan assignment yg bertimbun (dah nak habis sebenarnya, Alhamdulillah J), dan banyak yg perlu di cover untuk study kerana exam sudah mengintai-ngintai di celahan-celahan lubang pintu, saya kira secara Aulawiyyat nya, tidak sepatutnya saya duduk di atas kerusi sambil menaip-naip penulisan ini, tetapi, apakah yang lebih aula dari masalah ummat..? cheewaahh..

Sebenarnya, hati saya meronta-ronta untuk menulis, manakan tidak, anda dapat melihat sendiri bilakah entry terakhir saya, Limau untuk Syuhrabil #2 ditulis, dan insyaAllah, sambungan cerita itu akan ditulis dalam masa yang terdekat, saya pun tak pasti bila, haha.

Pada kali ini saya ingin memfokuskan tentang sesuatu isu yang saya rasa agak cliché jugak sebenarnya. Maklumlah, begitu banyak sekali blog-blog pelajar lepasan sekolah agama yang menulis tentang perkara ini. Hewhew. Tetapi saya merasakan penting untuk perkara ini diketengahkan.

Mutakhir ini, acap kali kita melihat di dada-dada akhbar arus perdana yang memaparkan tentang ancaman-ancaman baru terhadap umat Islam seperti liberalisme, pluralisme dan sebagainya. Walaupun ada suara-suara yang mendakwa bahawa laungan-laungan ini bernada politik, maklumlah ada satu parti yang didakwa membawa ideologi-ideologi tersebut, malah lebih teruk lagi, ada satu parti Islam yang digambarkan sebagai parti yang tipah tertipu dengan parti ini disebabkan kuasa politik dan sebagainya, tetapi saya memilih untuk bersangka baik terhadap amaran-amaran ini, dan saya secara peribadi bersetuju bahawa memang wujud ancaman-ancaman seperti ini di Malaysia. Perkaitannya dengan politik? I rest my case..senyum..

Akan tetapi..

Dalam kita sibuk bicara tentang liberalime dan pluralisme, kita terlupa akan sesuatu hakikat bahawa di negara ini, ancaman sekularisme sudah lama bertapak kukuh, mereka sudah ada kilang memproses ayam dan sudah ada pengedar yang mengedarkan ayam-ayam ini hatta di bilik tidur anda sekalipun.  Eh!

Anda tahu apa itu sekularisme?

Untuk definisi yang lebih ilmiah, anda dipersilakan untuk merujuk kepada Sheikh Google. Izinkan saya untuk menyampai definisi sekularisme secara relax, santai dan  mudah difahami.

Secara mudahnya, sekularisme bererti kita memisahkan kehidupan dunia daripada akhirat. Lebih kurang macam ni lah. Study tu dunia, solat tu akhirat. Sedangkan study itu juga sebanarnya adalah ibadah yang membawa kepada akhirat. Inilah antara symptom pemikiran sekular yang semakin membarah dalam kalangan umat islam maracapada ini. Ini baru hal kecil macam study. Belum cerita lagi bab-bab yang lebih besar lagi macam pemerintahan, perundangan dan sebagainya.

Kenapa saya katakan ancaman sekularisme ini lebih besar dan lebih aula daripada ancaman-ancaman yang lain? Sifirnya mudah. Liberalisme dan Pluralisme adalah musuh yang dikenali. Mereka umpama penceroboh-penceroboh yang terintai-intai di celahan-celahan pintu dan tingkap rumah kita. Boleh je kalau kita nak baling batu kepada mereka. Akan tetapi, ancaman sekularisme ini sudah lama lagi sejak dahulu mengetuk pintu utama rumah kita. Malah sekularisme ini sudah pun menjadi tetamu di rumah kita, tidur sekatil dengan kita, dan juga mandi sebilik air dengan kita. Sekiranya sekularisme ini sejantina dengan kita, maka kita dan sekularisme sudah layak mendapat anugerah pasangan sejenis paling ideal abad ini. Malah, lebih teruk lagi, sekularisme ini juga telah diangkat menjadi tetamu kehormat (VVIP) dalam rumah kita. Siapa lagi yang mengangkat kalau bukan tuan rumah? Err..Faham baguslah, tak faham sudah..haha.

Buktinya apa? Anda saksikan sendiri betapa ramai kawan-kawan sekelas, sekantor, serumah dan sebagainya yang mempunyai pemikiran study tu dunia, aolat tu akhirat. Sangat licik kan ancaman sekularisme ni?

Maka apakah solusinya kepada permasalahan ini?

Rasulullah S.A.W pernah bersabda,

Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah.

Al Quran itu diturunkan bukan untuk menjadi perhiasan di dinding, bukan juga sebagai hantaran perkahwinan, bukan untuk sekadar dibaca dan dihembus pada air. Tetapi Al Quran diturunkan sebagai panduan untuk kita semua.

Kita sering melaungkan “AL QURAN DUSTURUNA”

Tetapi sejauh mana kita berpegang teguh kepada kata-kata itu?

Saya ingin mengajak diri saya sendiri dan sahabat-sahabat semua untuk bersama-sama kita sedari bahawa bukan saja-saja Allah ciptakan kita atas muka bumi.

Bukan sengaja Allah ciptakan anda wahai akak yang bertudung kelabu itu..

Abang yang pakai T-Shirt kuning tu juga..

Hehe.

Kelak di sana kita akan ditanya..

Di mana tugas ubudiah kita? (Az Zariyyat : 56 )

Di mana tugas khilafah kita? (Al-Baqarah : 30 )

Anda ada jawapannya? Tepuk dada, tanya iman..

Assalamualaikum.. 

Tadabbur surah Al Kafiruun

No comments:

Post a Comment