Dan sepanjang waktu makan tu saya agak senyap lah. Bukannya
tak pernah borak-borak dengan mereka. Tapi mungkin sebab penat kot. Baru habis
kelas kan. Ok. Panjang pulak intro.
Nak dipendekkan cerita, masa tu mereka borak-borak pasal
PLKN. Bercerita tentang keseronokan mereka di alam PLKN. Macam-macam lah yang
diceritakan.
“Kitorang ada buat pertunjukan kawad senyap….”
“Rasa sekejap je PLKN..”
“Menyampah la dengan ketua jurulatih kat situ…”
“ENCIK
MUSAB tu comel kan..” (krik krik krik)
Sedang mereka bercerita, saya terfikir betapa best dan
indahnya kalau drama sebegitu berlaku di syurga nanti. Bersama-sama dengan ahli
keluarga dan rakan seperjuangan terchenta menikmati haruman bunga-bungaan di
syurga, bersama-sama bergelak-tawa dan bertepuk tampar sambil menikmati
buah-buahan yang lazat lagi berkhasiat. Kita sama-sama berbaring sambil
menghirup udara syurga yang segar-bugar, sama-sama bercerita kisah-kisah lama
di dunia dahulu.
“Man, ingat tak dulu kita pernah sama-sama tadabbur Al Quran
pasal kisah-kisah syurga, masyaALLAH, bestnya syurga ni..!!”
“Kak Hani, ingat tak dulu waktu-waktu macam ni kan kita
selalu usrah sama-sama, jom sambung usrah kat sini..:)”
“Akhi, ingat tak dulu kita selalu jalan kaki sama-sama pergi
daurah,sekarang kita sama-sama jalan kaki kat syurga pulak..:)”
Dan bermacam-macam ayat yang dimulakan dengan frasa “ingat
tak dulu” akan kedengaran.
Best kan..?
Anda dapat rasai keindahannya..?
Jom kita tadabbur surah Al Waqiah ayat 27 hingga ayat 38.
Bagi saya, ayat-ayat ni sangat best sebab ia menceritakan tentang nikmat-nikmat
yang disediakan untuk penghuni-penghuni syurga. Lagi-lagi bila dihayati
sedalam-dalamnya. Perghhh..!
Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu (27)
Mereka bersenang-lenang di antara pohon bidara yang tidak
berduri (28)
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya (29)
Dan naungan yang tetap terbentang (30)
Dan air yang sentiasa mengalir (31)
Serta buah-buahan yang banyak (32)
Yang tidak putus-putus serta tidak pula terlarang
mendapatkannya (33)
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya (34)
Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri-isteri mereka
dengan ciptaan istimewa (35)
Serta kami jadikan mereka sentiasa dara (36)
Yang tetap mencintai jodohnya serta sebaya umurnya (37)
Semuanya itu disediakan untuk golongan kanan (38)
Allah..Allah..Allah..
Rasailah, hayatilah, tadabburilah ayat-ayat di atas
sedalam-dalam hati kita. Alangkah indahnya nikmat syurga itu. Alangkah
bahagianya menjadi penghuni syurga itu. Keindahannya tak terlihat dek mata, tak
terdengar dek telinga, tak terbayang dek fikiran.
Anda tahu perkataan obses? Macam peminat-peminat tegar bola obses
dengan kelab-kelab bola kegemaran mereka, macam tu lah juga kita patut obses
pada syurga. Malah sepatutnya lebih dari itu. Kerana percayalah syurga itu
Allah sediakan memang untuk kita.
Namun bak kata omputih, everything has its own price tag.
Begitu juga syurga. Ada bayaran yang perlu kita bayar untuk mendapatkan syurga
Allah yang sumpah best tu.
Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang beriman baik
diri mereka mahupun harta mereka, dengan memberikan syurga kepada mereka.
Mereka berperang dijalan Allah sehingga mereka membunuh dan terbunuh sebagai
janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah
yang lebih menepati janjinya selain dari Allah? Maka bergembiralah dengan jual
beli yang telah kamu lakukan itu dan demikianlah kemenangan yang agung.
(At Taubah : 111)
Itulah harganya. Perjuangan. Rasulullah dan para sahabat
bersusah payah berjuang sehingga Deen ini tertegak di atas tempatnya yang Haq.
Silap besar jika kita anggap kita mampu ke syurga tanpa berbuat apa-apa untuk
agama ini. Jom kita sama-sama tanya diri kita sendiri. Sebesar mana sumbangan
kita untuk Islam? Banyak mana kita dah berkorban untuk Islam? Kadang-kadang
kita hanyut dan leka dengan dunia, pastu berangan nak masuk syurga. Pfffttt.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama berkerja untuk Deen ini.
Berusaha dan terus berusaha sehinggalah Allah menetapkan saat kemenangan. Andai
kita gugur sebelum tibanya saat itu, percayalah kita mati sebagai perwira.
Sebagai rijal agama. Namun demikian, jangan sampai kita berpenat lelah di sini,
tapi tak dapat apa-apa kat sana. Sebab apa? Sebab awal-awal lagi niat dah
salah. Berjuang kerana nama, harta, pengkat, kemasyhuran, wanita dan apa-apa
selain Allah.
Tak ada apa penat kat dunia nak dibandingkan nikmat di
syurga.
Jom sama-sama jerit..
Aku nak SORGA..!!!!
![]() |
| Taksub syurga :) |

No comments:
Post a Comment