Mencari kekuatan
usai kejatuhan bukanlah sesuatu yang mudah. Saya ulangi bukan seusatu yang
mudah. Cuti yang panjang, dengan aktivitas-aktivitas yang boleh dikategorikan
sebagai kembar siam dilakukan hari demi hari, semua itu sudah cukup
menjerumuskan saya dalam lembah kehinaan. Agak ganas perkataan itu. Tapi itulah
realitinya.
Berdozen-dozen
mesej-mesej tarbawi dari ikhwah tersayang diterima. Semuanya sepi tanpa
balasan. Berseorangan dalam ruangan inbox. Bukan tiada kredit untuk dibalas.
Tapi saya tahu saya akan menjadi seorang yang hipokrit andai saya membalasnya.
Pathetic. Kan?
Tapi itulah.
Walaubagaimanapun, hidup tetap perlu diteruskan. Macam takde kaitan je ayat ni?
Saya teringat
sewaktu berchatting dengan ikhwah yang saya gelar sebagai IS (macam familiar je
nama ni). Haha.
Saya : Akhi,
possible tak kalau ana cakap ana tak jumpa jalan keluar untuk bebas dari
jahiliyyah ana?
jahiliyyah ana?
IS : Macam tak
possible je.
Saya : Kenapa
pulak?
IS : Maybe sebab
benda tu kan sifatnya datang dan akan datang lagi. Maybe sebab iman tak
kuat.
kuat.
Saya : So, apa
kita boleh buat?
IS : Why not
kita denda diri kita? Bila dah terbuat jahiliyyah, kita denda diri kita dengan
memperbanyakkan amal-amal fardi.
memperbanyakkan amal-amal fardi.
Saya : t.t.
Beratnya mujahadah.
IS : Kita
kenalah benci dengan jahiliyyah tu.
Benci
jahiliyyah. Denda diri sendiri. Banyakkan amal-amal fardi. Ya. Jawapan yang
sama kita akan terima tak kira ikhwah dari benua mana pun yang kita tanya.
Acap kali kita
menyaksikan jawapan kita akan berlegar dalam ruang lingkup yang sama.
Susahnya nak
mujahadah.
Iman ana turun
naik la sheikh.
Hakikatnya
begitulah. Itulah ujian buat diri kita.
Saat melihat
wanita yang dicintai pada zaman jahiliyyah muncul dalam senarai chatlist di
mukabuku, saat itu ujian buat diri kita.
Saat melihat
game-game yang pernah menjadi teman tapi mesra kita di waktu jahiliyyah
sudahpun terinstall dengan sendirinya di laptop, saat itu ujian buat diri kita.
Saat melihat
rakan-rakan sekolah lama begitu rancak berborak-borak di dunia maya tanpa
mempedulikan batasan-batasan ikhtilat, seakan-akan memangil-manggil kita untuk
menyertai mereka, saat itu ujian buat diri kita.
Saat melihat
mesej dari gadis pujaan yang dibiarkan tanpa balasan di waktu iman sedang
memuncak, terasa ingin membalasnya waktu iman mula gugur ke bumi, saat itu
ujian buat diri kta.
Saat melihat
katil yang terbentang megah dengan segala kenikmatan tidur yang dipeloporinya,
kita terasa ingin tidur speanjang hari, saat itu ujian buat diri kita.
Kesemua dugaan
ini boleh menjadi asbab untuk kita meraih redha ilahi. Andai kita sabar dan
tabah mengharunginya.
Bertabahlah
wahai hati. Bermujahadahlah. Redha Allah pasti mengiringi.
Apakah kamu
menyangka kamu akan dibiarkan dengan hanya berkata “Kami telah beriman” dan
kamu tidak diuji?
Al Ankabut : 2
![]() |
| in sha Allah |

semangat ni kalau dah berapi dia susah nak padam, so jangan terkejut kalau ada hapdet hari-hari. Cuti. Ngeh3.
ReplyDeleteNak gi perang kat palestin tak mampu. Setakat ni, nilah yang boleh saya buat. Mengangkat jari jemari ke atas papan kekuni. Moga beri manfaat. If tak banyak sikit pun jadilah
by:HUFFAZ
Deleteinsyaa Allah, Allah nilai walau yang sekecil zarah tuhh..
ape yang pentheng, TAJDID NIAT selalu, sahabat!
by:HUFFAZ
ReplyDelete"syurga menagih ujian berat, sedangkan neraka dipagari nikmat"
memang jalan ke syurga tuhh, tak dibentangi dengan red-carpet, apatah lagi ditaburi dengan bebunga atau dihujani putih-putih salji..
ya akh, sumpah susah! sumpah panjang!
tapi..
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama orang-orang yang berbuat baik." (s.al-ankabut 29:69)
..orang2 yang BERJIHAD.. = mestilah kene bersungguh!!
.. JALAN-JALAN Kami.. = banyak tuhh!!
teruslah menabur benih-benih bakti demi deen and ummah ini. kerana tuaiannya adalah sebagai saham sorgaNya yang kekal abadi..
yakinlah dengan janji Allah yang tidak pernah dimungkiri!
#Aman