Monday, 20 May 2013

MELURUSKAN SAF YANG BENGKANG-BENGKOK

Setelah diteliti segala macam tok nenek penulisan yang pernah saya post di blog marhaen ini, ternyata amat jarang sekali saya menulis sesuatu penulisan yang bertemakan ukhuwwah fillah. Cerpen Limau Untuk Syuhrabil salah satu daripadanya. Kepada yang ternanti-nanti sambungan cerita tu (ada ke?), saya pohon kesabaran kalian. In Sha Allah, jika diberi kelapangan dan kekuatan oleh-Nya, sambungannya pasti akan menyusul satu hari nanti. Cewah.
                          
Sebenarnya saya amat takut untuk menulis tentang ukhuwwah. Apatah lagi tentang ukhuwwah fillah yang dicanang-canang dalam usrah. Jujur saya katakan saya sendiri agak bermasalah when it comes to ukhuwwah. Cewah, cakap omputih gitu. Saya akui selalu juga diri ini tergelincir dalam dalam percubaan saya untuk berukhuwwah. Ukhuwwah yang dimaksudkan bukanlah sekadar bercipiki-cipika, berpeluk-pelukan, bersweet-sweetan dan sebagainya. Tapi ia lebih kepada manifestasi tingkatan ukhuwwah yang digariskan oleh Imam Hassan Al Banna, iaitu serendah-rendah ukhuwwah ialah berlapang dada dan setinggi-tinggi ukhuwwah adalah itsar, yakni mendahulukan kepentingan saudaranya berbanding kepentingan diri sendiri. Nampak tak permainan di situ? Even untuk mencapai tahap terendah dalam ukhuwwah sahaja sudah menyebabkan saya tidak cukup oxygen. Itsar apatah lagi.
                                                   
Saya teringat akan luahan hati secara tidak sengaja seorang ikhwah semasa berborak-borak dengan saya.

“Musab, aku rasa Allah nak uji ukhuwwah aku”

“Kenapa?”

“Entahlah, aku rasa Allah nak uji sama ada ukhuwwah aku betul-betul kerana Allah atau sebab aku boleh masuk dengan orang tu.”

Pada mulanya, saya memandang enteng luahan hati dia. Pada saya, biasalah, belum rapat lagi. Tapi setelah saya fikir-fikir semula tentang hal ini, ternyata saya juga terjerumus dalam kancah ini. Ukhuwwah plastik.

Sedih juga saya memikirkan tentang fenomena ukhuwwah plastik ini. Apatah lagi diri sendiri turut terkena tempiasnya. Sedangkan perjuangan sudahpun hampir sampai ke penghujungnya. Menanti masa untuk terjun ke medan yang baru. Tetapi rupanya ukhuwwah yang mendasari perjuangan selama ini hanyalah bersalutkan plastik.

Apa yang saya rasa ini tidaklah ditujukan kepada semua ikhwah yang saya kenali. Bahkan ada sebahagian ikhwah yang saya benar-benar cintakan mereka kerana Allah. Saya berasa selesa dengan mereka. Gembira, sedih, gundah-gulana, resah, cemas semuanya saya kongsikan bersama mereka. Dan saya sangat-sangat bersyukur ditemukan dengan insan seperti mereka. Kami saling memahami. Dalam erti kata lain, ikhwah boleh masuk.

Tapi yang menjadi perhatian di sini adalah ikhwah yang tak boleh masuk. Bukannya disebabkan perangai mereka ataupun sikap mereka yang menjengkelkan. Susah untuk saya nyatakan di sini. Ianya lebih kepada persoalan hati. Hati kita tidak mampu untuk menerima kehadiran mereka. Apa yang mampu dilakukan adalah bekerja secara professional dengan mereka. Tetapi itu sahajalah.

Apa pendapat kalian tentang hal ini? Saya kira semua ini berlaku lantaran diri saya yang masih belum cukup ikhlas dalam berukhuwwah. Saya masih lagi belum memahami erti ukhuwwah fillah. Saya masih lagi memilih bulu dalam berukhuwwah. Saya hanya memilih mereka-mereka yang sekepala dengan saya sahaja untuk berukhuwwah. Sedangkan ikhwah-ikhwah yang tidak boleh masuk ini hanya sekadar di pinggiran. Bertemu di jalanan pula hanya sebutir senyuman dihantar. Berbalas-balas mesej langsung tidak pernah. Berborak-borak bantal apatah lagi. Persoalannya kenapa harus memilih dalam berukhuwwah?

Jujur saya katakan saya cukup buntu memikirkan solusi kepada perkara ini. Hendak bertemu mata ke mata dengan mereka, bimbang melahirkan awkward moment pula. Apa hendak diperkatakan? Berdiam diri dan mengikut sahaja arus yang mengalir langsung tidak mengubah apa-apa. Sampai bila harus berterusan begini?

Seringkali saya mendengar, iman dan ukhuwwah itu berkait rapat. Di saat ukhuwwah kita bermasalah, pasti iman yang menjadi puncanya. Dan saya sangat-sangat bersetuju dengan kata-kata ini. Apakah  mungkin saya masih belum cukup beriman? Apakah iman saya masih lagi koyak rabak? Apakah iman saya dalam keadaan compang-campeng?

Anda dipersilakan untuk melontarkan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Mungkin sedikit nasihat buat diri saya, apa yang perlu saya lakukan, dan apakah solusi terbaik kepada permasalahan ini.

Saya tidak pasti apakah ada ikhwah-ikhwah yang berkenaan membaca blog marhaen ini. Sekiranya ada, ketahuilah bahawa saya masih lagi berusaha untuk mencintai kalian. Mungkin manifestasi cinta itu tidaklah sehebat seperti ikhwah-ikhwah yang lain di mana sudah boleh sampai tahap tidur sebantal dan berqadhaya hingga larut malam, tetapi yakinlah cinta itu tetap ada. Mungkin ia terpendam di dasar hati yang paling dalam. Mungkin pada suatu masa ia akan bercambah dan menjalar terus membelah angkasa. Satu hari nanti. Dengan izin-Nya.

 Ya Rabbi, bimbinglah kami.

Ukhuwwah

3 comments:

  1. jzkk di atas perkongsian.
    sy pun penah alami ukhuwwah plastik. mungkin kite x habis kenal ikhwah/akhawat tersebut.

    nk minta EM bg solusi. sampai bila nak jd ukhuwwah plastik kalau tak dicairkan? eh. :D

    ReplyDelete
  2. Enonimus : Uissshhh, anda ni, sy yg mintak solusi, anda pula bertanya kpd saya. Urm, prinsip yg saya pegang, kena check iman la kot. Iman superb, ukhuwwah misti manis, eheh

    ReplyDelete
  3. by:HUFFAZ

    hoi,hoii.. bila kite asyik dan sebok MENCARI sahabat, maka 'ini' (baca:yang anda alami/rasa)lah yang jadi. kite hanya akan berukhwah dengan mereka yang kite kamcheng/ngamm je. kite akan 'memilih' dalam berukhwah. maka, akh.. MENJADI lah seorang sahabat untuk orang lain dahulu. in syaa Allah.. after2 nihh, even kite rase yang kite macam tak berukhwah sanad dengan orang lain,, orang tetap gak dapat rasa ketulusan dan betapa kite teringin sanad nak berukhwah dengan yang sebenar2nye dengan mereka. Ikhlaskan hati,, even sekadar senyuman yang sebaris cuma apabila berselisih di tepi jalan tuhh punn, akan dapat menyentuh hati jugak apabila ia lahir dari hati.

    bukanke kalau dlm berukhwah nihh,, apatah lagi kalau kite dlm geng bulatan gumbira, perkongsian dari hati ke hati cam kegembiraan, kesedihan, kekeliruan... sume tuh membuatkan ukhwah kite makin mekar. DAN kite akan terdorong untuk berkongsi just dengan mereka yang tidak segan silu untuk berkongsi mengenai diri mereka kepada kita juga, kan?

    begitulah jua sebaliknya.. kalau kite nak ukhwah kite menjadi semekar bebunga keembong di halaman rumah MakCik Rogayyah, kena ade perkongsian.. kerana bila ade perkongsian, akan terbitlah kepercayaan yang manjadi salah satu aset kepada kemajuan pembangunan sesebuah ukhwah tersebut. lalu, bagaimana hendak timbulnya perkongsian yang dihiasa love-love tuhh kalau tiada yang meMULAkannyya??

    memberilah untuk diberi. bukanke orang yang memberi lebih baik dari orang yang menerima??

    aiwahhh~! :D

    maaflah kalau perkongsian fikrah pemikiran (baca:idea) ini agak panjang(walau, memang panjang pun sebenarnye) macam boleh buat post untuk blog pulak gamaknye. sori, kalau memang dah dapat pick-up sedari awal, tapi terpaksa jugak habeskan pembacaan yang meleret-leret sampai akhir yang rupanye...apalah sangat, koud.ntah ape-ape.

    oktengsbai.

    ReplyDelete