First impression.
Tajuk dah macam karangan bebudak UPSR -__-
Dan saya baru
teringat, raya tahun ini ialah raya yang pertama buat diri saya selaku penulis
blog. Cewah. Poyo dan bajet retis. Sungguh.
Dan saya kira
masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya kepada anda
semua. Taqaballahuminna waminkum. Semoga Allah menerima amal-amal saya dan juga
amal-amal anda semua.
![]() |
| Gambar lawa ofkos la bukan saya punya :) |
Sejujurnya bagi
saya, tiada apa yang istimewanya raya tahun ini nak dibandingkan dengan
raya-raya yang lepas. Sebabnya sejak setahun yang lalu, saya secara rasminya
telah diisytiharkan sebagai seorang cucu yatim piatu. Haha. Sedih kan? Namun
begitulah. Tiada siapa yang akan kekal di dunia ini. Bukankah itu kepastian
dari Tuhan?
“Setiap yang
bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu akan dikembalikan”
Al Ankabut : 57
Maka mahu tidak
mahu, hidup tetap perlu diteruskan. Eh. Tetibe je cerita pasal mati. Bagus la
kot. Ingat mati. Kan?
Dipendekkan
cerita, raya tahun ni kami sekeluarga tetap pulang ke kampung yang terletak di
salah sebuah daerah kelapa sawit di selatan tanah air. Alamat sebenar terpaksa
dirahsiakan untuk mengelakkan publisiti yang terlampau. Oh terlupa pula nak
bagitahu, kampung tersebut merupakan kampung halaman belah emak saya. Emak saya
pula mempunyai adik beradik yang agak ramai, berapa ramai tu? Kalau lebih dari
dua tu dah kira ramai la kan? Eheh.
Kalau diteruskan
gaya penceritaan part by part macam ni, alamatnya sampai raya ke dua puluh satu
la tak habis lagi post ni. So untuk memendekkan post ini, saya hanya akan
menceritakan peristiwa yang signifikan dan pentin sahaja. Dan ofkos
cerita-cerita yang telah ditapis oleh Lembaga Penapisan Industri Blog Negara.
Haha.
Anda sudah
bersedia? Cewah. Sekali lagi cuba berlagak retis.
Straigt to the
point, pada raya kali ini, saya telah belajar sesuatu dari kanak-kanak kecil.
Tidak, ini bukan sindrom sel-sel darah merah menderu laju ataupun bulu-bulu
ditangan meremang setelah mendengar berita tentang begitu banyak Baitul Muslim
didirikan di seluruh tanah air. In sha Allah, saya masih lagi belum termasuk
dalam kategori wajib kahwin. Muehehe. Tetapi kanak-kanak kecil ini mengajar
saya tentang erti sebuah kehidupan.
Peristiwa yang
cukup bersejarah dan saya kira lebih bersejarah dari peristiwa Perdana Menteri mengumumkan
tarikh Pilihanraya Umum ke 14 adalah ketika saya menyaksikan seorang
kanak-kanak yang berusia kurang dari lima tahun membakar mercun bola dihadapan
mata saya. Mungkin ada dalam kalangan anda yang sudahpun menganggap mercun bola
itu sebaris dengan mercun pop pop. Maklumlah pembuat meriam paip professional.
Tapi peristiwa ini ternyata membuatkan saya tersentak. Peh. Budak lima tahun tu
bhaii.
Justeru, apa
yang saya dapat? Ternyata dia mengajar saya untuk berani mendengar suara hati
sendiri. Masakan tidak. Saya cukup pasti telinganya sudah acap kali dihidangkan
dengan bebelan dan leteran dari ibunya tentang bahaya mercun yang boleh
menghancurkan halkum dan beberapa anggota dalaman yang lain. Namun dengan penuh
keyakinan, dia membakar mercun itu dengan selambanya menggunakan pelita yang
tertancap di halaman rumah itu. Dan ofkos dia berseorangan waktu itu, jika
dilihat dek ibunya, saya pasti, tidak cukup leteran, paling kurang satu cubitan
pasti hinggap di atas badannya. Standard ibu-ibu la kan mencubit anak-anak.
Herher. Namun saya kagumi keberaniannya. Sungguh, saya berharap keberaniannya
akan digunakan di jalan dakwah satu hari nanti, pada ketika dia sudah bergelar
ar-rijal, seorang pemuda. Oh ya. Perlu diketengahkan, sebagai seorang yang
mencintai undang-undang negara, cinta la sangat, saya juga ada titipkan sepatah
dua kata nasihat buat dia dengan penuh kasih sayang. Cewah. Dipersilakan untuk
muntah sekarang.
Itulah sedikit
sebanyak yang saya belajar dari seorang kanak-kanak kecil. Banyak lagi kalau
nak diikutkan sebenarnya. Tetapi kalau mahu diceritakan semua, saya jamin sampai
raya haji nanti pun belum tentu akan habis.
Kemudian, jujur
saya akui, iman yang sedia ada senipis kulit bawang ni semakin menipis gamaknya
di musim perayaan ini. Dengan ketupat, rendang, lemang, nasi impit campur kuah
kacang, nasi tomato, nasi belimbing, nasi tembikai dan berbagai aneka juadah
raya berlumba-lumba masuk ke dalam perut, harapan untuk puasa enam hanya
tinggal harapan. Itu belum dikira lagi dengan movie hidangan anugerah syawal di
telebisyen. Peh. Futur bak hang. Sobs.
Dan harus saya
akui raya tahun ini agak mencabar keimanan juga. Dengan ikhtilatnya, pergaulan
tanpa sebab-musabab yang munasabah, maklumlah, bertahun-tahun tidak ketemu sama
teman-teman sesekolah dulu. Allahu. Isu aurat juga tidak kurang hebatnya.
Dipendekkan
cerita pada hari isnin yang lalu, saya telah jatuh sakit. Entah mengapa,
mungkin sebab terlebih makan, mungkin juga kerana salah makan. Apa pun, yang
pasti ianya adalah kifarah untuk segala dosa yang telah saya lakukan sepanjang
syawal ini. Astaghfirullah. Jika diimbas kembali agak teruk juga lah keadaan
saya waktu itu. Terjaga pada jam 5 pagi dan muntah sebanyak dua pusingan di
tandas ketika sedang melaksanakan operasi pelaburan saham secara besar-besaran.
Hambek kau, dua dalam satu. Haha. Dan pada hari tersebut, saya hanya mampu
terbaring lesu di atas katil.
Begitulah. Namun
saya bersyukur, sekurang-kurangnya Allah masih memberi peringatan kepada saya.
Tidak dicabutnya nyawa saya pada ketika saya sedang lalai. Allahu. What more
can I say? Alhamdulillah. Dan sekali lagi Alhamdulillah, setelah diberinya kita
sakit, Allah anugerahkan pula nikmat sihat, untuk kita hargai betapa
bernilainya nikmat sihat itu. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang ingin kamu
dustakan?
Inilah sedikit
sebanyak ceritera raya yang sempat saya nukilkan. Semoga memberi manfaat kepada
semua, kalau tidak banyak, sedikit pun jadilah, cewah. Ini cerita saya. Cerita
anda bagaimana pula?

selepas mengalami peristiwa yg hampir serupa beberapa tahun yg lepas, sampai sekarang sy tak makan rendang kat uma nenek T-T trauma.
ReplyDeleteselamat hari raya, maaf zahir batin!