We never know
when we are going to die…
Bagaimana
rasanya kematian itu..
Gambaran
kehidupan setelah mati itu…
Kita tak pernah
tahu dan rasa..
Namun hari ini,
izinkan saya untuk menceritakan tentang kematian tiga individu yang saya kenali,
yang seusia dengan saya. Mereka meninggal dunia tanpa sempat untuk merasai
kehidupan di univeristi, tanpa sempat untuk merasai nikmat bergelar seorang
suami, bahkan salah seorang dari mereka tidak pernah pun merasai suasana dewan
peperiksaan PMR.
People always
say…
You need to think
about marriage, because you will be going through it someday..
But I feel that
we need to think about death even more…
Kerana kematian
itu sebenarnya dekat dengan kita. Bahkan terlalu dekat..
Semoga kisah
yang saya nukilkan ini, sedikit sebanyak menyedarkan kita, yang suatu hari
nanti, akan tiba detiknya di mana kita akan dipanggil pulang…
Kisah yang
pertama adalah kisah kawan saya. Kawan baik sebenarnya. Kami sudah mengenali
antara satu sama lain semenjak di bangku sekolah rendah. Lebih tepat lagi semenjak
darjah tiga. Namun ketika darjah lima, ayah telah meminta saya untuk berpindah
ke sekolah yang lain. Saya dimaklumkan yang kawan saya itu pun akan berpindah
juga. Tetapi bukan di sekolah yang sama dengan saya. Maka berakhirlah kisah
persahabatan kami di situ. Maklumlah waktu itu saya tak dibenarkan untuk
memiliki telefon bimbit. Fesbuk pun tak wujud lagi.
Namun
ditakdirkan Allah, kami bertemu lagi disekolah menengah. Dan lebih
menggembirakan, kami ditakdirkan untuk sekelas. Dan semenjak itu, persahabatan
kami bertambah erat. Wah, macam drama kat Tv pulak.Tapi serius, saya rasa
itulah kali pertama saya ada seorang kawan baik. Sebab saya ni jenis yang kawan
je dengan semua orang. Kalau di sekolah dulu, agak jaranglah saya berjalan
berdua. Biasanya berkumpulan.
Tapi dengan
kawan saya yang ini, saya rasa selesa. Selalu lepak kat tandas sama-sama. Pergi
kantin sama-sama. Banyak benda yang kami buat bersama-sama. Namun semua ini
tidak kekal lama. Semasa di tingkatan dua, sekolah telah melaksanakan sistem
streming, di mana para pelajar akan dikelaskan mengikut result peperiksaan
akhir tahun tingkatan satu. Rasis sungguh. Huh. Ditakdirkan Allah, saya
ditempatkan di kelas yang pertama manakala dia di kelas yang ketiga.
Dan disebabkan
jarak kelas yang jauh, maka jaranglah kami dapat bersua. Dan saya rasa memang
menjadi budaya di mana-mana sekolah pun, yang kita akan rapat dengan classmates
sendiri berbanding dengan rakan-rakan yang lain. Kami pun menjadi renggang. Dan
perkara ini berlanjutan sehinggalah ke cuti pertengahan tahun tingkatan dua.
Ketika itulah peristiwa itu terjadi.
Ketika sedang
berseronok menghabiskan cuti dirumah, saya mendapat perkhabaran bahawa kawan
saya ini terkorban dalam satu kemalangan motorsikal. Saya tak begitu ingat tentang
details kemalangan itu, bagaimana ia boleh berlaku, sebab terlalu banyak
riwayat yang menceritakan tentangnya. Tapi yang pasti, dia terbunuh dalam
kemalangan itu disebabkan kecederaan yang agak teruk di kepala.
Dan peristiwa
itu memberi kesan kepada saya.
Sedih? Sudah
tentu. He is one of my best friend since forever..
Kita tutup kisah
tentang sahabat saya ini. Dan doakan semoga rohnya dicucuri rahmat.
How much I miss
you. Sobs.
Kisah yang kedua
ini pula adalah kisah keluarga saya. Sepupu saya to be exact. Seorang lelaki.
Seusia dengan saya. Namun dipanggil Tuhan ketika berusia 17 tahun. Ye. Semasa
di tingkatan lima. Sama seperti sahabat saya yang saya ceritakan tadi, sepupu
saya ini turut terkorban dalam kemalangan motorsikal. Dia terbabit dalam
kemalangan itu ketika dalam perjalanan untuk pulang dari sekolah.
Dan disebabkan
peristiwa itu, mak begitu yakin sekali untuk tidak membenarkan saya menunggang
motorsikal lagi. Kerana untuk rekod, saya juga pernah terbabit dengan
kemalangan motorsikal semasa tingkatan empat. Walaupun tidaklah seteruk mana,
namun itu sudah cukup untuk ayah menjual motorsikal itu. Heh, and believe me
when I say I have not ride a motorcycle for a very long long time.
Berbalik kepada
kisah sepupu saya..
Jujur dia antara
individu yang rapat dengan saya terutama ketika kami di zaman kanak-kanak
ribena. Setiap kali pulang ke kampung, kami akan bermain bersama-sama. Biasanya
kami akan bermain bola di laman rumah sambil berkaki ayam tanpa mengira waktu.
Pagi, petang, malam even tengah malam. Selalunya kami akan mengajak
sepupu-sepupu yang lain untuk bermain sekali. Dan jika mereka tak nak, kami
akan bermain berdua. Dia sepak bola, manakala saya akan jadi goalkeeper.
Kemudian, saya pula sepak bola, dia jadi goalkeeper. Ohh. How much I miss those
times..
Namun ketika
sudah menginjak ke zaman remaja, kami lebih kepada buat hal sendiri-sendiri.
Terutama ketika sudahpun masuk ke tingkatan empat. Lagi pula ketika itu saya
dah pun terjebak dengan aktiviti tak bermoral konon-konon nak ada pasangan
hidup. Kofff. Maka henset adalah kawan baik saya setiap kali pulang ke kampung.
Bukan lagi sepupu saya tu. Teruk betul. Haih..
Dan kematian dia
begitu mengejutkan saya. Beberapa hari setelah peristiwa tersebut berlaku, saya
ada menghubungi makcik saya melalui fesbuk. Cuba menenangkan dia, tetapi kadang
saya merasakan seolah makcik saya itu pula yang menenangkan saya. Dan saya masih
ingat lagi ketika makcik saya itu mengucapkan tahniah kepada saya atas
keputusan SPM yang saya peroleh, saya dapat rasakan perasaannya. Kerana anaknya
juga sepatutnya memperoleh keputusan SPM hari itu. You know, it is hard to let
go.
Kisah ketiga ini
mungkin tidaklah sepanjang kisah yang pertama dan kedua tadi. Kerana saya
tidaklah mengenali dengan begitu rapat individu ketiga ini. Dia adalah
schoolmate saya. Namun kami tidak pernah sekelas. Tidak pernah melepak bersama-sama.
Bahkan bercakap dalam erti kata yang sebenar pun jarang. Mungkin adalah dua
tiga perkara yang menjadi persamaan antara kami. Contohnya, kami sama-sama
menganggotai pasukan bola sepak sekolah.
Dan sama seperti
dua kisah di atas, rakan saya ini turut meninggal dunia kerana kemalangan
motorsikal. Untuk menceritakannya secara detail pun saya tidak tahu. Kerana
banyak juga khilaf tentang kronologi kemalangan itu.
Hmmmmm…
Maka inilah tiga
kisah yang saya coretkan malam ini…
Ramai orang
mengatakan tentang kematian yang menghidupkan. But the fact is people die
everyday. Dan sepatutnya kematian itu sudah cukup untuk menjadi tazkirah buat kita.
Walaupun hanya kematian seorang makcik penjual karipap tepi jalan. Dan berapa
ramai orang yang dulunya hidup dengan kematian figura-figura hebat seperti
Ahmad Ammar ataupun Iman Shafiq, tapi hari ini sudah kembali ke takuk lama?
You know
yourself better..
After almost 15 days without any updates, suddenly
I come with death stories. Why?
Because of
this..
“Sesungguhnya
hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya,
apakah penggilapnya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab, membaca Al Quran dan
MENGINGATI MATI”
(HR : Al
Baihaqi)
To tell you the
truth, it is hard to write nowadays. At least for now. At this moment..
But, I will return..

Keluarga saya, jarang sekali diberitakan dengan kematian. Semua orang yang disayangi, masih ada. Kalau yg dah tiada pun, tidak pernah berjumpa sejak kecil.
ReplyDeleteDan nanti, apabila tiba masanya, tidak tahu, bisakah hati ini bertenang dgn setenang-tenangnya.
T_T
Jzkk.
Dan mungkin jika yang ditakdirkan yang pergi dahulu adalah kita, apakah kita bisa tenang di sana? Wuuuu...T.T
Delete