“…Ya Tuhan kami,
berilah kami kebaikan di dunia, dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami
dari azab neraka”
(Al Baqarah,
201)
Dulu seorang akh
pernah berkongsi dengan saya…
“Antara
perbezaan yang aku dapat rasakan dalam diri aku sebelum dan selepas join
tarbiah, apa yang aku mintak dalam doa aku sehari-hari….”
Dan sejujurnya,
saya turut merasakan yang sedemikian. Dan saya bersyukur dengan perubahan itu.
Alhamdulillah. Segalanya berlaku dengan izin dari-Nya. Moga dengan ridha-Nya
jua..
Dulu, di waktu
dunialah segala-galanya…
Doa di atas
hanya saya tuturkan di hujung-hujung doa. Setelah puas diulang-ulang supaya
diberikan kecemerlangan dalam hekzem. Setelah berbuih air liur meminta supaya
dipertemukan jodoh dengan isteri yang solehah *koff. Hanya setelah lenguh
otot-otot lidah memohon supaya diberi kejayaan pada masa depan, dapat kerja
yang best-best, dapat jadi orang kaya dan at the end of the day dapat masuk
syurga..
Hanya selepas
puas memohon untuk diperkenankan hasrat di hati. Hanya setelah itu..
Tak salah..
Tetapi ia
menggambarkan apa yang ada dalam hati kita. Sekuat mana kita berdoa memohon
sesuatu, sekuat itulah hati kita tertaut kepadanya. Contohnya, tika mana kita
kuat berdoa untuk kecemerlangan hekzem duniawi, itu menggambarkan betapa besarnya
kerisauan dan perhatian yang kita berikan kepada hekzem itu.
Kerana doa
adalah manifestasi cinta kita terhadap sesuatu ataupun seseorang..
Dan bagi saya,
ayat ke 201 dalam surah Al Baqarah yang saya nukilkan di atas itu adalah
manifestasi cinta terbesar seorang hamba kepada Tuhannya. Ia merupakan contoh
penyerahan tahap mega seorang hamba kepada Allah S.W.T dalam menentukan
perjalanan hidupnya di dunia dan akhirat. Kata orang, tawakal.
Dan pabila saya
menyelami ayat itu, saya dapat merasakan keindahannya. Betapa ianya mengajar
kita bahawa setiap apa yang Allah tentukan buat diri kita di dunia ini merupakan
yang terbaik untuk diri kita. Result hekzem yang Allah tetapkan untuk kita setelah
kita berusaha pada kadar yang sepatutnya kita berusaha itu sebenarnya adalah
yang terbaik untuk kita.
Begitu juga
dengan perkara-perkara keduniaan yang lain. Kahwin dengan siapa, dapat kerja
apa, anak ada berapa orang, semua itu adalah pemberian daripada Allah, dan
pemberian daripada Allah semestinya adalah yang terbaik untuk makhluk-Nya. Hanya
setelah makhluk-Nya itu menjalankan kewajipan untuk berusaha pada kadar yang
sepatutnya.
Ah..kalian..sukar
benar untuk saya menulis tentang ini..entah mengapa…
Maka izinkan
saya untuk menukilkan sedikit kisah peribadi…
Bila berbicara
tentang dunia, secara sukarela tanpa paksa kepala saya akan membayangkan seputar
perihal akademik. Mungkin tidak kalian. Tetapi itulah hakikat seorang saya.
Mungkin kerana kedudukan saya sendiri yang masih lagi berada dalam dunia
akademik. Mungkin juga kerana keluarga saya yang berlatarbelakangkan
mereka-mereka yang mementingkan pencapaian akademik..
Dan pada
peringkat awal, tidak ada masalah untuk saya hidup dengan definisi itu. Yakni
kejayaan hidup diukur dengan ketinggian pencapaian akademik. Bahkan saya
berjaya hidup dalam definisi yang telah disetkan itu dengan penuh kegemilangan.
Sehinggalah Allah S.W.T menjatuhkan saya buat pertama kalinya dalam hidup
ditempat pertama saya menerima tarbiah..
Meskipun
kejatuhan itu tidaklah mengubah perjalanan hidup saya secara keseluruhannya, tetapi
ia sedikit sebanyak mengubah apa yang telah dirancang untuk saya sedari mula
lagi. Dan yang paling penting antara yang terpenting, sejak detik itu, saya
mula memandang dunia dengan kaca mata yang berbeza. Saya mula berdoa dengan
ayat-ayat yang berbeza…
Dan saya mula
hidup dengan definisi yang baru. Yakni berlandaskan ayat ke 201, surah Al
Baqarah itu. Bukan hanya sekadar penyedap di hati. Tetapi hidup dengan ayat itu…
Sebab itulah
tatkala adik-adik kesayangan mengadu perihal study mereka yang bermasalah, saya
tidak mampu untuk memberikan mereka jawapan yang muluk-muluk. Saya tidak mampu
untuk menjaminkan mereka dengan result hekzem yang gilang-gemilang jika mereka
betul-betul serius dalam dakwah sepertimana yang telah dijanjikan oleh generasi
terdahulu di tempat itu kepada saya...
Justeru saya
hanya mampu mengatakan…
“Berusahalah
dengan kadar yang sepatutnya kalian berusaha, dan mintalah kebaikan untuk kalian
di dunia ini daripada Tuhan pemilik dunia..”
Sungguh. Allah
S.W.T hanya akan memberikan apa yang terbaik sahaja untuk kita. Hiduplah dengan
kalimat ini. Bukan hanya sekadar pemanis di mulut dan penyedap di hati.
Ya. Allah S.WT
pasti akan membantu kalian sekiranya kalian benar-benar membantu agama-Nya.
Tetapi ingat! Bantuan Allah tidak semestinya perlu selari dengan definisi yang
telah diset oleh manusia kebanyakan. Bererti tidak semestinya bantuan itu
berupakan kecemerlangan kalian dalam study. Bahkan boleh jadi bantuan itu
berbentuk kefahaman kalian dengan lebih mendalam lagi tentang selok belok
kehidupan. Boleh jadi yang lain. Siapa tahu?
Kerana Tuhan
bukan sahaja menjanjikan bantuan-Nya kepada sesiapa yang membantu agama-Nya.
Tetapi Tuhan juga menjamin untuk meneguhkan kedudukan buat para pembantu agama
ini. Meneguhkan kedudukan? Ah terlalu dekat frasa itu dengan ujian. Benarlah!
Jalan ini penuh dengan duri, peluh dan darah.
Justeru
adik-adikku..
Hiduplah dengan
janji Tuhan…
“Dan di antara
mereka ada yang berdoa, “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan
kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka”
(Al Baqarah, 201)
“Mereka itulah
yang memperoleh bagian dari apa yang telah mereka kerjakan, dan Allah Maha
cepat hitungan-Nya..”
(Al Baqarah,
202)
Hiduplah! Bukan
sekadar manis di bibir, sedap di mulut. Tetapi..hiduplah!
Untuk para ikhwah dan
akhawat, kalian pastinya lebih mengerti…

fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
ReplyDelete:)
DeleteSaya pun sama.
ReplyDeleteFirst time fail sampai terpaksa tangguh graduation semasa dapat tarbiyah, tetapi alhamdulillah kejadian yang berlaku kat diri saya tidak menjadi fitnah ke atas dakwah dan tarbiyah.
Lain hal pula dengan seorang adik usrah saya, kegagalannya dalam bidang akademik telah membuatkan ibunya berkata padanya, "Pasal kakak dekatkan diri dengan islamlah yang membuatkan kakak fail final year kat universiti UK dan terpaksa balik dan sambung belajar kat universiti tempatan"
Sebab sudah pernah terjadinya fitnah, saya tekankan kat adik-adik saya untuk study, walau letih tahap tak ingat lepas habis program.
Kat Indonesia, diorang ada mentoring untuk ikhwah/akhwat yang bermasalah dalam akademik, supaya tidak timbul fitnah macam apa yang terjadi dekat adik saya.