Bismillah…
Akhi..
Aku telah
melihat kalian pergi..
Kalian pergi
demi menggapai cita-cita..
Cita-cita dunia
jua cita-cita akhirat..
Aku dapat
melihat gembira kalian..
Kalian
berukhuwah riang gembira..
Kalian berkongsi
gembira itu di medan sosial..
Aku turut dapat
merasakan gembira itu..
Kerana aku tahu
gembira itu bukan sekadar gembira..
Ada hasil yang
akan kalian bawa pulang..
Nanti di suatu
masa..
Namun akhi..
Aku di sini
masih lagi seperti dahulu..
Keseorangan
walau dikelilingi manusia..
Iblis dan
syaitan menggerumuniku bak serigala lapar…
Lalu kadang timbul
satu perasaan jahat..
Aku terkadang
ingin lari meninggalkan medan..
Aku mahu
menanggalkan pakaian taqwa ini..
Namun ku tahan
jua..
Aku mencuba
untuk bertahan..
Dengan
segala-galanya yang aku ada..
Dengan segala
yang aku pelajari dari kalian…
Kerana aku ada
tanggungjawab besar di sini..
Aku perlu
membina manusia..
Membina manusia
menjadi pahlawan..
Membina manusia
menjadi harapan..
Membina dan
terus membina..
Sehinggalah
sampai waktu bila kalian pulang..
Kalian pun
terpesona dengan manusia-manusia ini..
Dan kalian lalu bertanya..
“Dari mana
datang semua ini?’
Lalu aku
menjawab..
“6:125”
Encik Musab, 1/6/14
fastaqim kama umirta :)
ReplyDelete