Friday, 25 January 2013

Cinta, Nafsu dan Akhawat

Di atas sebuah katil bujang yang tidaklah empuk nak dibandingkan dengan katil-katil jualan murah promosi Court Mamoth, kelihatan sebuah laptop berjenama DELL berwarna hitam.Laptop itu terbuka dengan Microsoft Word 2010 menghiasi ruangan skrinnya.

Di atas katil bujang itu juga lah Mukhlis sedang berbaring dengan gaya kuak lentang. Di tangan kirinya menggenggam sebuah henset Sony Ericsson W201. Henset model lama. Tetapi banyak khazanah rahsia didalamnya.

“Dia tengah bawa usrah kot..sebab tu lambat..” getus hati Mukhlis.

Sementelahan itu, hujan terus turun dengan lebatnya di luar sana. Jam berbentuk empat segi bewarna hijau di atas rak di tepi katil bujang itu menunjukkan telah pukul 12 malam.

“Wah..lamanya dia usrah…apa lah agaknya yang dibincangkan..,” bisik Mukhlis.

Tiba-tiba…

Henset di tangan kirinya itu bergegar. Dalam bahasa teknologinya, vibrate. Memang sengaja Mukhlis mengsilentkan hensetnya itu. Privacy.

Setelah menjalankan process penguraian yang susah nak dihuraikan disini, maka isi message itu dapat juga diuraikan..

“Maaf ye ana lambat, ade usrah tadi, enta dah tidur ke..?”

Berderau darah teruna melayu terakhir Mukhlis mendapat mesej dari pujaan hatinya itu.

Ukhti Annyss Raudhah Sophilea. Manis orangnya. Semanis namanya.

“Eh tak lah, ana tengah buat esaimen ni, wah lamanya enti berusrah..”

Debaran bermula sebaik sahaja menekan button “send message”. Lebih mendebarkan lagi apabila terpapar di skrin empar segi kecil itu “Message sent”

Beberapa minit kemudian, Sony Ericsson W201 itu bergegar lagi.

“Banyak benda kami bincangkan tadi. Masalah ukhuwwah dalam kalangan akhawat, masalah dalaman usrah, penyusunan program-program akan datang...”

Malam semakin kelam.

Mukhlis dan Annyss Raudhah Sophilea terus rancak berbalas mesej. Rancak seperti Dato’ LCW bertarung pukulan shuttle dengan Lin Dan.

“Mukhlis, boleh ana tanya something..?”

Berdegup kencang jantung Mukhlis membaca mesej yang dihantar Ukhti Annyss yang diterima pada pukul 2.15 pagi itu.

“What is it..?” balas Mukhlis ringkas. Cuba berlagak tenang.

“Kenapa enta baik dengan ana sorang je..? Banyak lagi akhawat yang lagi cantik, lagi ayu dari ana..?”

Teng teng teng teng teng tenge teng

Hampir tersembur air liur Mukhlis membaca mesej dari Ukhti Annyss.  Perlukah dia berterus terang?

Atau perlu dibalas begini.

“Ana mahu menikahi enti..”

Ah…! Gila. Dia baru pelajar tahun satu bidang architecture kot. Ukhti Anyyss Raudha Sophilea juga baru pelajar tahun satu. Tapi kos perubatan la. Nak nikah..? Kat Siam boleh la kot. Sudah pasti mendapat tentangan dari ayah bonda.

Sony Ericsson W201 bergegar lagi.

Mukhlis kehairanan. Siapakah yang akan menghantar mesej lewat malam begini..? Mesej Ukhti Annyss tadi belum lagi dibalasnya.

Tanpa membuang masa, Mukhlis menekan button “Open Message”

“Tak rasa apa yang kita buat ni salah ke..?”

Sender : Anyyss Raudhah Sophilea

Sedang Adam dan Hawa tertewas.
Apatah lagi kita manusia hina.

Takwa itu indah maknanya
Apabila melalui jalan berduri
Dilalui dengan penuh berhati-hati

Berpisah kita di gerbang kehinaan
Semoga bertemu di taman kemuliaan
Dengan izin dan chenta-Nya jua
Jagalah hatimu
Dan aku
Akan menjaga hatiku

janji dengan Allah camne..?

6 comments:

  1. phew, solution? nak nikah, muda lagi. + tengah belajar. macam tak sesuai ja? :D

    ReplyDelete
  2. mujahadah, the best answer ever..

    ReplyDelete
  3. Bermujahadahlah, meskipun itu menekanmu ke dasar bumi.
    Bermujahadahlah, meskipun itu menghimpit dadamu hingga sesak.
    Bermujahadahlah, demi janji Tuhanmu yang maha pasti!

    ReplyDelete
  4. Salam. Maaf sbb saya tak biasa guna perkataan arab. Mujahaddah tu apa?

    ReplyDelete
  5. Mujahadah = Berusaha bersungguh-sungguh =D

    ReplyDelete