Saturday, 30 March 2013

Mukabuku yang tak mesra Iman

Meja study berselerakan. Pen dan highlighter di mana-mana. Tidak ketinggalan liquid juga. Calculator canggih sudahpun terpisah dari penutupnya. Seakan-akan baru di langgar taufan catrina di lembangan amazon. Kononnya pada malam sebelumnya study sakan. Study la sangat kan.
                               
Itulah realiti dipagi hari. Hari-hari dimulakan dengan cemerlang. Mukabuku dan pengicau menjadi santapan. Budak zaman sekarang.

Buka mukabuku, berlambak-lambak notifikasi-notifikasi yang perlu dilayan. Retis gitu. Pelik jugak. Mereka ni tak study ke? Uhuk.

Intro.

Di mukabuku ini aku bercoretan. Meluahkan isi hati ingin memetik bunga di taman. Ewah. Heh. Kemudian bermulalah adegan meng”scroll” newsfeed hingga ke lapisan paling bawah sekali. Scroll dan scroll hinggalah matahari tegak di atas bumbung rumah.

Mukabuku ni banyak ceritanya. Tapi saya hanya akan ceritakan yang ada level U sahaja. Heh.

Alkisah sang gadis jelita mengupload gambarnya ke mukabuku. Seperti yang diramalkan puluhan like diterima. Tidak ketinggalan juga comment yang berbentuk pujian. Mentang-mentang lah gadis sunti lagi anak dara gitu. Mulalah si jantan tak keruan. Yang si gadis pula betah melayan. Dipendekkan cerita lebih kurang 70 komen dipaparkan. Heh. Dunia akhir zaman.

Kemudian dipaparkan pula kisah politik jadian. Orang Melayu memang suka bab2 politik ni. Dipertontonkan gambar-gambar separa edit. Troll politik kata mereka. Heh. Komen-komen yang diterima penuh dengan cacian dan makian. Terselit juga pujian ditengah-tengah. Jumlah like yang diterima tidak kurang hebatnya. Menunjukkan mentaliti orang kita. Komen-komen berbentuk teguran terus hilang ditelan zaman.

Kisah cinta tiga purnama abad ini turut mengambil tempatnya. Sang teruna mengupdate status cintan. Jiwang tahap radiasi ke sembilan puluh lapan. Sang pujaan hati di tag tanpa segan silu. Ikhlas katanya. Maka berlompat-lompat kegirangan si dara membaca luahan putera hatinya itu. Di karangnya sebuah puisi pendek sebagai balasan. Lalu bermulalah adegan balas-membalas komen. Rancak persis Barcelona dan Real Madrid saling berbalas serangan. Setelah di hitung, lebih sepuluh helai bulu mataku gugur ke bumi.

Itu kisah cinta konvensional. Tidak ketinggalan juga kisah cinta Islamik. Dipetiknya hadis-hadis nabi sebagai sandaran. Di mana imamku. Di mana makmumku. Di mana Tok Bilalku. Di mana Tok Siakku. Heh. Yang ni tak mampu saya diskeraip. Tahap radiasi yang diterima tak mampu dibaca alat pengesan.

Walaubagaimanapun perjalanan perlu diteruskan. Kali ini diperlihatkan pula dengan sketsa sukan. Maklumlah pasukan kegemaran baru menjulang gelaran. Maka inilah masanya untuk bermaharajalela. Kritikan dan kutukan dilemparkan sesuka hati kepada pasukan yang kalah. Kutukan itu diindahkan lagi dengan carutan-carutan versi moden. Pelajar obesi katanya. Pihak yang kalah pula tidak mahu berdiam diri. Berpantang surut sebelum hujan. Maka drama diteruskan. Selebihnya lapan belas tahun ke atas.

Seterusnya bertemu pula dengan manusia di bawah paras kematangan sebenar. Tak mampu nak mentafsir apa yang berlegar di fikiran mereka. Status pra matang terus di update secara konsisten. Pakai baju warna apa pun ingin diberitahu kepada seluruh dunia. Lebih parah lagi aktiviti tag-meng’tag’ dilakukan dengan penuh bergaya andai status tadi diishtiharkan gagal.

Setelah kebosanan maka laman home ditinggalkan tidak bertali tanpa simpati. Berpindah pula ke laman profile. Terkejut bukan kepalang. Kenapa kau punya profile pun lebih kurang?

Mari like page Encik Musab di mukabuku anda. Promote baik punya ;)

2 comments: