Tuesday, 26 March 2013

Akhi enta hurrun

Akhi enta hurrun, walaupun dikurung disebalik jeriji besi itu
Akhi enta hurrun, walaupun diikat dengan gari-gari itu

Sekiranya enta berpegang teguh kepada Allah
Nescaya tiada tipu daya hamba dapat memudaratkanmu

Akhi,

Apakah yang berlaku kiranya enta jemu untuk berjuang?
Dan enta melemparkan dari bahumu seluruh senjata-senjata.
Siapakah yang akan mengubati para tentera yang cedera dalam peperangan?
Dan siapa pula yang akan mengangkat kembali bendera kita?

Akhi, sesungguhnya aku pada hari ini adalah tukul besi yang keras
Aku akan menghancurkan segala sihir, tipu daya serta gunung-gunung yang mencakar langit
Pada hari esok aku akan menghapuskannya dengan pukulan penghabisan
Segala kepala-kepala ular hingga hancur berkecai

Akhi sekiranya kami mati kami pasti bertemu dengan kekasih-kekasih kami
Bahkan Taman Syurga Tuhanku tersedia buat kami
Serta burung-burung akan beterbangan di sekeliling kami
Maka bergembiralah kami dalam negeri yang abadi ini

-Sayyid Qutb-

Akhi, enta hurrun

Akhi enta hurrun
Walaupun di buru kesibukan dan fitnah duniawi

Akhi enta hurrun
Walaupun di asak segala mehnah dan tribulasi

Akhi enta hurrun
Walaupun dibebani masalah sepanjang jalan ini

Akhi,

Jalan ini masih panjang. Masih berduri dan akan terus berduri. Adakah hanya kerana lelah dan kehabisan tenaga, enta terduduk lesu, terdiam dan terkelu? Memang. Kadang-kadang kita rasa seperti mahu mematahkan pedang-pedang yang telah terhunus dan berlalu pergi meninggalkan perjuangan ini. Kita rasa penat, keletihan serta tidak bermaya. Saat kita dihujani ujian-ujian yang hebat, iman kita digoncang kuat, penglihatan kita kabur, menyebabkan kita tidak nampak hala tuju perjuangan ini.

Akhi,

Generasi terdahulu telah melaluinya. Dan mereka terus istiqamah di atas jalan ini. Meski mereka diseksa, ditekan dan dibunuh. Mereka terus berjalan di atas jalan berliku ini hanya berbekalkan keimanan di hati dan keinginan untuk bertemu dengan Rabbnya. Apakah yang menyebabkan enta mahu berpaling? Kepenatan? Masalah? Ujian? Hasil? Itu semua sunnah jalan perjuangan ya akhi. Apakah enta tidak sanggup melaluinya walaupun demi deen yang dicintai?

Akhi,

Kenikmatan duniawi tiada harganya nak dibandingkan dengan indahnya syurgawi. Tidakkah enta membaca firman bahawa sesungguhnya dunia ini hanya permainan semata-mata? Tidakkah enta menyedari sabda rasul tentang  indahnya syurga? Adakah enta meragui janji Tuhan yang benar? Apa yang enta nantikan ya akhi untuk meyakini jalan perjuangan ini?

Akhi,

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati janji mereka pada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu, dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya.”

(Al Ahzab : 23)

Akhi,

Tidakkah enta mahu termasuk dalam kalangan yang menunggu-nunggu?

Akhi,

Pena-pena telah diangkat,
Lembaran-lembaran telah mengering,
Janji Tuhan itu pasti

No comments:

Post a Comment