Saturday, 30 March 2013

TAK FAHAM

Ini bukan cerita rekaan. Bukan mainan huruf dan perkataan. Anda nilailah sendiri mengikut tahap keimanan masing-masing. Dah lama tak buat curahan hati. Biasa orang panggil curhat.

Bila disingkapi tirai perjalanan hidup kita, macam-macam benda kita dah lalui. Bermula dari kehidupan di tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti. Cerita hidup kita berwarna-warni. Kelabu, hitam, pink, putih, indigo dan sebagainya. Semua ada. Bergabung menjadi satu.

Bila fikir balik, pernah tak kita rasa yang kita dah lain sekarang? Bukan untuk show off. Tapi memang dah lain kan?

Kalau dulu bila cuti kat rumah, kita lah raksasa gorgon. TV tu memang kita control habis. Kalau tak HBO, kita tengok bola. Kadang-kadang layan jugak Astro Prima. Bila ayah ajak gi masjid, macam-macam alasan kita bagi. Penat lah. Banyak omwek lah.

Tapi sekarang..

Dah rajin teman ayah gi masjid. Kadang-kadang stay masjid sampai isyak. TV tu macam orang asing bagi kita. Sampai nak record cerita guna Astro Beyond pun kita tak taw. Nak tengok HBO apatah lagi. Tengok gambar Megan Fox je terus istighfar.

Kadang-kadang lagi pelik. Tiba-tiba je boleh bukak Al Quran kat rumah. Sebelum ni tak pernah pun. Al Quran zip pulak tu. Siap tadabbur lagi.

Kalau dulu kita ni dah boleh masuk dalam kategori kasanova peringkat super saiya ke 9. Kita tak tidur satu malam. Bukan buat apa pun. Baring-baring atas katil sambil pegang henset kat tangan. Entah dengan anak dara mana kita mesej. Mesej pulak entah apa-apa je. Keji dan menjijikkan. Bukan dengan seorang. Kadang-kadang sampai tiga orang kita sapu. Yang peliknya semua satu kelas. Tak kantoi langsung. Begitu hebat kita berdrama. Tak cukup mesej siap call lagi. Bila dah call taw-taw jela apa yang berlaku lepas tu. Hina. Jijik. Keji.

Tapi sekarang..

Henset kita dah jadi henset yang soleh. Inbox penuh dengan mesej-mesej ikhwah. Ada pesanan-pesanan tugas, kata-kata nasihat. Mesej dari akhawat pun ada sikit-sikit. Tapi semua yang berkaitan dengan DnT la. Mesej pulak tak de smiley-smiley. Ringkas habis.

Yang paling mendominasi ruangan inbox ofkos la mesej dengan adik-adik usrah. Tanya khabar. Iman sihat ke tak. Study semua camne.

Berbeza. Sangat berbeza.

Kalau dulu kita mana layan lagu-lagu nasyid ni. Layan lagu KRU, Ungu, Hijau Daun, Linkin Park, Samsons. Nasyid ada la sikit-sikit. Tu pun nasyid yang tak tarbawi langsung. Kat phone kita memang berlambak la lagu-lagu lagha tu. Asal nak tidur je letak earphone kat telinga. Tak cukup dengan lagu, koleksi video pun kita ada.Gambar-gambar pujaan hati tak payah cakap la. Berlambak-lambak. Asal dating je snap photo.

Tapi sekarang..

Lagu Shoutul Harakah dan Izzatul Islam dah jadi halwa telinga kita. Rasa best dengar lagu-lagu jihad. Alunan zikir terapi dan selawat pun apa kurangnya. Video-video tarbiyyah menghiasi bebola mata kita. Video ISK, video everything begins with tarbiyyah, video pengisian. Henset pulak penuh dengan gambar-gambar ikhwah. Sampai tak ingat amek gambar time bila.

Lain sangat..

Bila terbaca firman Tuhan rasa nak menangis sangat..

”..dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang api neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari sana. Demikianlah Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk dan hidayah-Nya..”  

Ali Imran : 103

Tapi kan..

Lama selepas itu, setelah diuji dengan pelbagai ujian, kita start rasa penat. Kita start lupakan nikmat hidayah tu. Kita start nak jadi macam kita yang dulu. Kat mukabuku dah start berbalas-balas komen dengan perempuan. Macam-macam justifikasi kita bagi. Member lama la. Dia tanya pasal benda penting la. Status-status mukabuku pun dah start nak merepek. Tunggu masa je nak jadi kerepek. Twitter apatah lagi.

Semakin lama semakin hati kita jadi kering. Usrah dah macam rutin. Dah tak rasa lagi kebasahan usrah. Buku-buku fikrah dah makin menjauh. Kita biarkan diri kita diratah dunia. Kita relakan hati kita ditiduri noda.

Kenapa boleh jadi macam tu? Kenapa ikhwah? Kenapa akhawat? Entah kenapa kita ni.

Kehidupan bagaikan roda
Beribu zaman terus berputar
Namun satu tak akan pudar
Cahaya Allah tetap membahana

Cita kita tetap satu jua
Moga Allah redha. Dari dunia sampai akhirat.

2 comments:

  1. ya tuhan, alangkah indahnya hidayah, tapi malas kita mencarinya...

    ReplyDelete
  2. Masih tiada jawapan bagi persoalan terakhir tu.
    moga Allah thabatkan kita ke atas jalanNya. Ameenn

    ReplyDelete