Wednesday, 29 May 2013

SEJARAH BULATAN GEMBIRA

First impression. Tajuk sangat membosankan. Kan? Jangan salah faham. Saya bukan nak cerita pasal sejarah di sini. Jadi sila batalkan niat anda nak tekan tanda pangkah di hujung kanan atas skrin tu. Harhar.

Sebenarnya sejak beberapa minggu kebelakangan ini saya telah dijangkiti sindrom malas menulis. Sebabnya? Entahlah. Saya sendiri tak pasti. Saya rasa alasan yang paling obvies ofkos lah malas. Alasan selain daripada itu semuanya bercabang dari alasan malas itu. Tak cukup beramal, kerja banyak (cuti kot) dan tak dapat ilham lagi. Ok. Alasan yang last tu nampak macam valid sikit. It’s hard to write nowadays. Sobssobs.

Jadi anda rasa apa yang bakal saya kerepekkan dalam penulisan kali ini?

Menelusuri kembali sejarah perjalan hidup saya, cewah, dah macam curhat pulak, saya rasa saya amat bersyukur dipertemukan dengan bulatan gembira. Memulakan pengajian di sebuah kolej persediaan yang agak terkemuka seantero ladang kelapa sawit, saya menghadirkan diri seperti biasa, seorang pelajar baru yang  tersipu-sipu malu, bajet-bajet suci, buat-buat noob dan segala proses-proses penyesuaian diri sebagai seorang pelajar baru. Haha. Dan ofkos penampilan sebegini rupa mampu menarik perhatian pelajar-pelajar senior yang dahagakan pelajar-pelajar bawah umur seperti saya. Ok. Agak kontroversi di situ. Maksud saya di sini adalah dahaga untuk menarik pelajar-pelajar junior ini ke kandang tarbiah. Di sinilah bermulanya perjalanan tarbiah saya. Cewah.

Setelah melalui beberapa sesi dialog yang sangat obvious tujuannya, maka pada suatu malam yang hening, usai solat isyak berjemaah, dengan selambanya saya telah diajak untuk menyertai satu bulatan gembira yang diadakan di tepi surau. Bulatan gembira ini dikendalikan oleh seorang abang dari luar. Hebat mujahadah abang ni. Sanggup datang dari jauh ke kolej saya semata-mata untuk menyuapkan bijirin tarbiah yang berkhasiat kepada kami. Err.

Namun segalanya sudah ditakdirkan Allah. Jodoh saya bersama kumpulan bulatan gembira ini tidak panjang. Sebabnya? Biarlah rahsia. Cewah. Dan saya amat yakin dengan pilihan yang saya buat ini. In sha Allah, inilah jalan saya. Jalan yang in sha Allah akan membawa saya ke syurga.

Dipendekkan cerita, perjalanan tarbiah diteruskan juga. Kali ini saya berbulatan gembira bersama dengan seorang abang yang merupakan senior di kolej itu. Namanya AK. Abang AK dikenali sebagai seorang yang sangat tajam lidahnya. Sentiasa melaser hadek-hadek bulatan gembiranya. Setiap kali habis sesi bulatan gembira, pasti rentung kami dibuatnya. Haha.

Setelah abang AK menamatkan pengajiannya di kolej itu, saya telah di pass kepada IG (macam familiar je nama ni) Haha. Wah, dah macam game bola pulak passing sana passing sini. Dengan IG, saya telah ditarbiah dengan penuh keseriusan. Kali ini bukan sebagai hadek-hadek yang comel lagi terkinja-kinja ke sana ke mari. Kali ini saya di tarbiah untuk menjadi seorang muharik. Muharik ini bermaksud penggerak. Dalam erti kata lain, saya harus membawa bulatan gembira saya sendiri bersama-sama dengan junior saya yang baru mendaftar ke kolej tersebut. Inilah yang dinamakan tarbiah pewaris. Cewah.

Oh ya. Teringin juga saya ingin menulis satu entry spesel buat hadek-hadek bulatan gembira saya. Tapi mungkin di penulisan yang lain.

Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah betapa ajaibnya tarbiah ini. Tarbiah mampu merubah dari sekeji-keji makhluk kepada semulia-mulia manusia. Umar Al Khatab sebelum Islamnya adalah seorang yang sangat hina. Namun setelah ditarbiah, beliau diangkat menjadi semulia-mulia manusia dan dijanjikan syurga. Subhanallah.

Buat anda di luar sana yang masih lagi tercari-cari erti kehidupan yang sebenar, saya menyeru kepada anda semua untuk kembali kepada Islam. Sesungguhnya, Islam diturunkan sebagai rahmatan lil alamin. Sebagai rahmat sekalian alam. Mana mungkin ada sesuatu yang lain yang bisa membahagiakan selain daripada Islam. Mana mungkin ada jalan selamat yang lain selain daripada Islam. Mana mungkin ada kenderaan lain yang boleh membawa ke syurga selain daripada Islam.

Buat anda yang sedang berada di dalam sistem tarbiah, teruskan istiqamah. Teruskan berdoa untuk istiqamah. Untuk diri anda dan diri saya juga. Doakan juga buat seluruh pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia. Moga kita bersama-sama dalam jalan kemenangan Islam ini.

Semoga istiqamah, semoga baraqah, semoga khusnul khatimah.

Dah complete ke belum?

4 comments:

  1. Jgn taksub2..beliau hanya manusia biasa, cewah :D

    ReplyDelete
  2. kira berapa lama EM sudah berkecimpung dalam industri bulatan gembira ni? hehe. soalan cepu gangsa.

    ReplyDelete
  3. enonimus : Saya marhaen lagi, tak sampai setahun ponn :D

    Anda????? :P

    ReplyDelete