First
impression. Tajuk sangat membosankan. Kan? Jangan salah faham. Saya bukan nak
cerita pasal sejarah di sini. Jadi sila batalkan niat anda nak tekan tanda
pangkah di hujung kanan atas skrin tu. Harhar.
Sebenarnya sejak
beberapa minggu kebelakangan ini saya telah dijangkiti sindrom malas menulis.
Sebabnya? Entahlah. Saya sendiri tak pasti. Saya rasa alasan yang paling obvies
ofkos lah malas. Alasan selain daripada itu semuanya bercabang dari alasan malas
itu. Tak cukup beramal, kerja banyak (cuti kot) dan tak dapat ilham lagi. Ok.
Alasan yang last tu nampak macam valid sikit. It’s hard to write nowadays.
Sobssobs.
Jadi anda rasa
apa yang bakal saya kerepekkan dalam penulisan kali ini?
Menelusuri
kembali sejarah perjalan hidup saya, cewah, dah macam curhat pulak, saya rasa
saya amat bersyukur dipertemukan dengan bulatan gembira. Memulakan pengajian di
sebuah kolej persediaan yang agak terkemuka seantero ladang kelapa sawit, saya
menghadirkan diri seperti biasa, seorang pelajar baru yang tersipu-sipu malu, bajet-bajet suci, buat-buat
noob dan segala proses-proses penyesuaian diri sebagai seorang pelajar baru.
Haha. Dan ofkos penampilan sebegini rupa mampu menarik perhatian pelajar-pelajar
senior yang dahagakan pelajar-pelajar bawah umur seperti saya. Ok. Agak kontroversi
di situ. Maksud saya di sini adalah dahaga untuk menarik pelajar-pelajar junior
ini ke kandang tarbiah. Di sinilah bermulanya perjalanan tarbiah saya. Cewah.
Setelah melalui
beberapa sesi dialog yang sangat obvious tujuannya, maka pada suatu malam yang
hening, usai solat isyak berjemaah, dengan selambanya saya telah diajak untuk
menyertai satu bulatan gembira yang diadakan di tepi surau. Bulatan gembira ini
dikendalikan oleh seorang abang dari luar. Hebat mujahadah abang ni. Sanggup
datang dari jauh ke kolej saya semata-mata untuk menyuapkan bijirin tarbiah
yang berkhasiat kepada kami. Err.
Namun segalanya
sudah ditakdirkan Allah. Jodoh saya bersama kumpulan bulatan gembira ini tidak
panjang. Sebabnya? Biarlah rahsia. Cewah. Dan saya amat yakin dengan pilihan yang saya buat ini. In sha Allah, inilah jalan saya. Jalan yang in sha Allah akan membawa saya ke syurga.
Dipendekkan cerita,
perjalanan tarbiah diteruskan juga. Kali ini saya berbulatan gembira bersama
dengan seorang abang yang merupakan senior di kolej itu. Namanya AK. Abang AK
dikenali sebagai seorang yang sangat tajam lidahnya. Sentiasa melaser
hadek-hadek bulatan gembiranya. Setiap kali habis sesi bulatan gembira, pasti rentung
kami dibuatnya. Haha.
Setelah abang AK
menamatkan pengajiannya di kolej itu, saya telah di pass kepada IG (macam
familiar je nama ni) Haha. Wah, dah macam game bola pulak passing sana passing
sini. Dengan IG, saya telah ditarbiah dengan penuh keseriusan. Kali ini bukan
sebagai hadek-hadek yang comel lagi terkinja-kinja ke sana ke mari. Kali ini
saya di tarbiah untuk menjadi seorang muharik. Muharik ini bermaksud penggerak.
Dalam erti kata lain, saya harus membawa bulatan gembira saya sendiri
bersama-sama dengan junior saya yang baru mendaftar ke kolej tersebut. Inilah
yang dinamakan tarbiah pewaris. Cewah.
Oh ya. Teringin
juga saya ingin menulis satu entry spesel buat hadek-hadek bulatan gembira
saya. Tapi mungkin di penulisan yang lain.
Apa yang saya
cuba sampaikan di sini adalah betapa ajaibnya tarbiah ini. Tarbiah mampu
merubah dari sekeji-keji makhluk kepada semulia-mulia manusia. Umar Al Khatab
sebelum Islamnya adalah seorang yang sangat hina. Namun setelah ditarbiah,
beliau diangkat menjadi semulia-mulia manusia dan dijanjikan syurga.
Subhanallah.
Buat anda di
luar sana yang masih lagi tercari-cari erti kehidupan yang sebenar, saya
menyeru kepada anda semua untuk kembali kepada Islam. Sesungguhnya, Islam
diturunkan sebagai rahmatan lil alamin. Sebagai rahmat sekalian alam. Mana
mungkin ada sesuatu yang lain yang bisa membahagiakan selain daripada Islam. Mana
mungkin ada jalan selamat yang lain selain daripada Islam. Mana mungkin ada
kenderaan lain yang boleh membawa ke syurga selain daripada Islam.
Buat anda yang
sedang berada di dalam sistem tarbiah, teruskan istiqamah. Teruskan berdoa
untuk istiqamah. Untuk diri anda dan diri saya juga. Doakan juga buat seluruh
pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia. Moga kita bersama-sama dalam jalan
kemenangan Islam ini.
Semoga
istiqamah, semoga baraqah, semoga khusnul khatimah.
![]() |
| Dah complete ke belum? |

IG... hebat!!!!
ReplyDeleteJgn taksub2..beliau hanya manusia biasa, cewah :D
ReplyDeletekira berapa lama EM sudah berkecimpung dalam industri bulatan gembira ni? hehe. soalan cepu gangsa.
ReplyDeleteenonimus : Saya marhaen lagi, tak sampai setahun ponn :D
ReplyDeleteAnda????? :P