Duhai Tuhan..
Sedarkan aku yang
dunia ini sementara saja
Segala
keseronokan, hiburan, habuan
Semua itu hanya
permainan dan senda gurau semata
Sedarkan aku,
Tuhan
Pukul hati aku,
bukak mata aku, terangkan hati aku
Agar aku dapat lihat
terus ke sana, ke syurga, Tuhan
Duhai Murabbi..
Terus ingatkan
aku, terus sayangi aku
Meski aku tidak
seberapa membanggakanmu
Ya, terkadang
candu dunia mengkhayalkanku
Dengan
perempuannya, hartanya, dan segala macam khazanahnya
Bantu aku,
palingkan wajahku dari semua itu, dengan jari-jemari tulusmu
Sungguh, aku
rindu pada sentuhan-sentuhan itu
Duhai Ikhwah..
Walau di mana
kalian sekalipun
Di Ireland,
Australia, New Zealand
Bahkan di
Kerajaan Bersatu sekalipun
Tidak dilupakan
jua di benua amerika sana
Mari kita, mari
saling mendoakan
Jangan
puji-memuji wahai saudaraku
Kerana itu tidak
membantu diriku, juga tidak membantu dirimu
Apa yang
bernilai, hanyalah untaian-untaian doa
Ikhlas dari
saudaranya untuk saudaranya yang lain
Di malam yang
sunyi, tika dia sedang bersendiri
Setapak demi
setapak
Selangkah demi
selangkah
Sedikit demi
sedikit
Kita terus maju
dalam dakwah ini
Dari kosong
kepada satu
Dari nothing
kepada something
Dari bodoh
kepada tahu
Dari tahu kepada
faham
Moga ketemu keikhlasan,
dalam perjalanan ini

No comments:
Post a Comment