Kemanisan dakwah
adalah ketika gigih dalam tarbiyah…
Walhal untuk
merasakan kemanisan tarbiyah, perlu gigih dalam tarbiyah dzatiah..
Inilah formula
yang diimani oleh generasi terdahulu yang menyaksikan mereka kekal terpacak
bahkan terus melaju di atas jalan dakwah dan tarbiyah. Dan in sha Allah, saya
meyakini, formula yang sama juga mesti digunapakai oleh generasi yang baru nak
up macam saya dan anda, jika kita benar-benar serius mahu mati di atas jalan
ini.
Itulah dia Tarbiyah
Dzatiah..
Mungkin
pandangan saya tidak berapa holistik, namun berdasarkan apa yang terpapar
daripada radar penglihatan saya, kebanyakan daripada generasi baru para da’ie
di bumi Malaysia ini dikutip dari kalangan mereka yang telah tercemar pada
awalnya. Ini bukan penghinaan ye, bahkan saya juga dalam kalangan itu
sebenarnya. Dulu..
Maksud tercemar
di sini adalah, kita bukanlah mereka-mereka yang lahir di pesantren, sekolah
pondok, maahad tahfiz dan sebagainya. Yang hidupnya cukup terjaga, tak pernah tengok
perempuan seksi-seksi, tak pernah tengok movie di panggung, tak pernah main
game. Tak pernah melihat dunia kata orang. Hidup di bawah lembayung Al Quran
gitu. Kemudian setelah beberapa ketika, dikejutkan dengan kesedaran dakwah lalu ditranformasi untuk menjadi seorang da’ie.
Ada yang perjalanan
hidupnya seperti itu. Sungguh beruntung kalian..
Tetapi bukan
saya. Bukan juga kebanyakan para ikhwah yang saya kenali..
Kebanyakan dari
kita dikutip entah dari mana. Ada yang dahulunya perokok tegar, ada juga yang
pernah menjadi Romeo dalam kisah percintaan Romeo dan Juliet, bahkan ramai di
antara ikhwah yang merupakan peminat fanatik yang tersangat fanatik sukan bola
sepak, selain tidak lupa juga kepada bekas-bekas gamer tegar sesuai dengan
status generasi Y yang disandang.
Pokok-pangkalnya,
kebanyakan dari kita adalah golongan yang masuk air sebelum disapa makcik
hidayah dan sebelum masuk ke dalam gerabak dakwah dan tarbiah.
Maka proses
pembersihan hati dan penyucian jiwa perlu dilakukan setelah itu..
Namun ia bukan
sesuatu yang mudah. Bahkan tersangat sukar..
Ada masa-masa,
kita akan tergelincir dan terpelosok kembali ke dalam lubang tahi yang
dahulunya dengan susah payah kita keluar daripadanya. Dan lebih menyedihkan
lagi interval masa-masa itu terlalu dekat antara satu sama lain. Seolah-olah iman
yang disemai dan dibina melalui proses tarbiah itu terlalu rapuh, hingga runtuh
hanya dek tiupan angin jahiliah yang sepoi-sepoi bahasa.
Justeru memang
benarlah..
Tidak mudah
untuk membina diri..
Namun dari sisi
pandang yang lain, di situlah lubuk mujahadah kita. Di situlah pahala-generator
kita. Dari situlah titik mula untuk kita sujud mengadu kepada Tuhan. Dan itulah
point untuk kita lebih selalu “berborak” dengan Tuhan.
Haih. Terlalu
sukar untuk menggarap kata. Entah mengapa…
Maka izinkan
saya untuk mempersembahkan sedikit catitan peribadi..
Jika dikenang
waktu-waktu yang lepas, sehingga ke hari ini sudah hampir dua tahun saya
menyertai gerabak dakwah dan tarbiah. Dan sepanjang momen itu, telah berlaku
siri pertempuran iman dan nafsu yang tiada hentinya. Terkadang menang. Dan
selalunya tewas. Begitulah..
Dan ketewasan
ini bertambah kronik apabila saya menghabisi pengajian di kolej lalu
mempelajari “seni bergoyang kaki” di rumah. Pada waktu itu, lumut-lumut
jahiliah mulai tumbuh melata di permukaan dinding iman yang penat dibina
sepanjang keberadaan di kolej. Agak teruk jugalah keadaan saya waktu itu.
Sehingga ada masanya saya merasakan saya bukan lagi seorang akh. Sobs..
Bagaimanapun,
Alhamdulillah, pada minggu-minggu terakhir saya di rumah sebelum saya berangkat
menyambung pelajaran, saya berhasil mendapatkan diri saya semula. Meskipun
tidak sepenuhnya. Semuanya dengan izin Allah, berkat pertemuan dengan para
ikhwah tercinta.
Justeru ambillah
pelajaran ini wahai ikhwah. Pada saat kalian melemah, carilah insan-insan yang
tatkala kalian tatap wajah mereka, teringat kalian pada Allah, pada saat kalian
berborak dengan mereka, terasa menguat gelombang iman dalam hati.
Kerana
percayalah, pada diri setiap sahabat yang baik itu, ada madu yang boleh
dihirup.
Ahh,,semakin
lama semakin sukar untuk menulis.
Maka, saya
akhiri dengan kata-kata ini:
Selalu ada
jahiliah dalam diri kita. Meski sebintik cuma. Harus dipadamkan segala yang
bersisa. Walau hati memberontak tidak mahu. Walau halangannya tinggi
menggunung. Justeru kerap kali tubuh mengeluh. Bahkan selalu juga berpeluh.
Pernah
difikirkan mengapa?
Kerana Al Quran
itu masih ditangan, masih lagi di bacaan, masih lagi didengaran. Masih dalam
pelukan. Dan banyak yang telah dihafazkan.
Cuma belum lagi
disudut hati untuk dipedomankan.
*menangis

No comments:
Post a Comment