Thursday, 20 December 2012

NUR KASIH

Nur Kasih mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doa ku
Rahmati daku dan permintaan ku
Untuk bertemu di dalam restu

Amir berbaring di atas katil bujangnya. Begitu asyik sekali dia melayan lagu Nur Kasih dari kumpulan In Team itu. Lagu itu membawa maksud yang begitu mendalam sekali dalam hidupnya. Nalurinya sebagai seorang lelaki sering kali menghadirkan ombak dalam lautan hatinya. Naluri ingin mencintai. Naluri ingin dicintai. Rencah remaja yang baru menginjak usia pemuda.

Memori lama menerjah fikiran Amir. Tidak dapat dinafikan bahawa dulu dia pernah bergelumang dengan aktiviti percintaan remaja. Teringat pada zaman waktu dirinya masih menuntut di sekolah menengah,  kisah bercinta dan putus cinta merupakan antara sebahagian yang pernah tercatit dalam catatan kamus hidupnya. Entah berapa ramai gadis-gadis Melayu yang pernah dikecewakan lantaran tidak menepati standard piawaian yang ditetapkan oleh SIRIM.

Tetapi itu semua dahulu. Ketika dirinya masih lagi belum mengerti apa itu Jahiliyyah. Kini Amir bukan seperti Amir yang dulu. Sejak menyertai usrah, kehidupan serta pemikiran Amir telah banyak berubah. Dia kini lebih memahami apakah yang dikatakan Islam sebagai Ad Deen iaitu Islam sebagai cara hidup. Amir mula mempraktikkan nilai-nilai Islam dalam kehidupannya. Solat berjemaahnya di jaga walaupun kadang-kadang terlepas juga dek kesibukan bergelar pelajar Universiti. Namun, tetap diusahakannya untuk bersolat jemaah di masjid.

Perubahan Amir bermula sejak kali pertama dia melangkah masuk ke universiti. Teringat dia akan detik-detik pertemuan dengan Abang Talhah. Abang Talhah merupakan seorang fasilitator semasa Amir mengikuti program orientasi  bagi pelajar baharu di universiti tempat dia belajar. Amir dapat merasakan keikhlasan Abang Talhah melayaninya persis adik sendiri.

“Kat universiti dah tak sama macam sekolah dulu, kat sini kita kena pandai berdikari,” pesan Abang Talhah.

Melalui Abang Talhah juga lah Amir mula mengikuti usrah. Terasa begitu bahagia saat kali pertama dia mengikuti usrah yang dikendalikan oleh Abang Talhah sendiri. Setiap bait-bait kata yang keluar dari mulut Abang Talhah menggugah jiwa serta menimbulkan kesan di hati Amir. Dan paling membuatnya terkesan adalah saat Abang Talhah berbicara soal cinta.

“Cinta yang sejati mestilah bertunjangkan cinta pada ALLAH, kalau tidak bukanlah dinamakan cinta,”

Amir begitu bersyukur dengan nikmat hidayah ini. Terasa Tuhan begitu menyayanginya. Lihat sahaja kehidupan gelap yang pernah dilaluinya. Dan setiap kali terkenang akan perkara itu, hatinya sebak dan firman Tuhan terbayang di fikirannya.

“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali ALLAH dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat ALLAH pada mu ketika kamu dahulu bermusuhan, lalu ALLAH mempersatukan hatimu sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara sedangkan ketika itu kamu berada di tepi jurang neraka lalu ALLAH menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah ALLAH menerangkan ayat-ayat-Nya kepada mu agar kamu mendapat petunjuk.
(3 : 103)

Amir tersenyum sendirian. Dia menekan button stop pada telefon bimbitnya dan serta-merta lagu Nur Kasih yang dimainkan tadi tidak kedengaran lagi. Dia beristighfar di dalam hatinya memohon ALLAH menguatkan hatinya. Hampir-hampir sahaja dia tenggelam dalam lautan rindu yang berombakkan khayalan.

“Cinta itu suatu fitrah. Tetapi cinta yang didasari dengan nafsu akan menjadi fitnah”

Kata-kata Abang Talhah terngiang-ngiang di telinganya. Amir menyedari pentingnya untuk dia menjaga hati. Pentingnya untuk dia bermujahadah menutup segala lubang-lubang di hatinya yang boleh menjadi sasaran syaitan yang tidak henti-henti berusaha menyesatkan anak-anak Adam.

“Sesungguhnya syaitan sudah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara2 besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara2 kecil”

Azimat inilah yang ditanam dalam hati Amir. Dengan Tarbiyyah yang diterimanya, Amir tak mahu perkara-perkara sekecil ini memesongkan hatinya. Apatah lagi sejak bergelar budak usrah, dia tak mahu perkara-perkara seperti ini merosakkan imej usrah itu sendiri. Padahal budak usrah pun manusia.

Amir percaya ALLAH tidak akan pernah mempersia-siakan hamba-hamba-Nya yang ikhlas berserah pada-Nya. Lalu dia bergegas ke bilik air untuk membasahkan diri dengan wudhuk. Dia mahu bersolat witir, satu amalan sunat yang sentiasa dijaganya. Dia yakin bahawa amalan-amalan yang mendekatkan diri pada ALLAH inilah yang dapat menguatkan hatinya. Inilah Nur Kasih yang sebenar.


Nur Kasih yang dicari
Pada jiwa-jiwa yang berkasih
Pada hati-hati yang merintih
Pastinya akan di temui,
Jika pada Tuhan di ajukan segala kasih
Kerana ALLAH itu Maha Pengasih


Nur Kasih

Wednesday, 19 December 2012

SAMBUTLAH SERUAN

Allahu Akbar..!! Allahu Akbar..!!

Sayup-sayup kedengaran suara azan dilaungkan oleh Tok Bilal. Sudah lama rasanya Haziq tidak mendengar laungan azan semerdu itu. Merdunya tidak seperti biasa. Syahdu. Lontaran suara yang gemersik bersama irama yang cantik.

Perlahan-lahan Haziq bangun dari kamarnya. Dia menggosok-gosok kedua-dua matanya dengan kedua-dua belah tangannya. Sedaya upaya di gagahkan dirinya ke bilik air. Lalu dicapainya berus gigi yang terletak di atas besin menyimpan air berhadapan dengan cermin bilik air.

Digosoknya gigi yang teratur itu perlahan-lahan. Rasa mengantuknya masih lagi belum hilang. Usai memberus gigi, dipusingnya kepala paip yang terletak bersebelahan dengan singki. Dibiarkannya air mengalir membasahi tapak kakinya Sejuk.

Haziq menadah kedua-dua tapak tangannya. Menadah seberapa banyak pancutan air. Kesejukan yang dirasai seolah-olah menyerap hingga ke tulang sulbinya. Dibasuhnya muka sebanyak tiga kali. Begitu juga dengan anggota wudhuk yang lain. Dilakukannya hingga sempurna ibadah wudhuknya.

Dengan penuh berhati-hati dia melangkah keluar dari bilik air. Mengesat-ngesat kedua-dua tapak kakinya dengan alas kaki yang terbentang di hadapan pintu bilik air. Haziq duduk sejenak di atas birai katilnya. Cuba mencari secebis haba buat penawar kesejukannya. Lidahnya basah dengan zikir dan Istighfar. Memuji kebesaran Allah.

Allahu Akbar..!!

Laungan takbir diangkat. Khusyuk menghadap Tuhan.

Allahu Akbar..!!

Saat dahi menyentuh bumi, terasa diri dekat dengan ilahi. Dipujinya Tuhan dengan sepenuh hati.

Subahanarabial a’la wabihamdih.

“Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi lagi amat terpuji"


Assalamualaikum Warahmatullah.

Usai solat, berkumat-kamit mulutnya melafazkan zikir-zikir Ma’thur. Terasa tenang di hati tatkala dirinya dekat dengan Pencipta Yang Maha Esa.

Diangkat kedua-dua tangannya. Bermunajat kepada ALLAH Rabbul Jalil. Penuh khusyuk. Penuh tawadhuk.

“Dan semua sujud pada ALLAH baik yang ada di langit mahupun yang di bumi, baik dengan kemahuan sendiri mahupun yang terpaksa, dan sujud pula bayang-bayang mereka, pada waktu pagi dan petang hari”
(13 : 15)

“Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya adalah penciptaan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila Dia kehendaki”
(42 : 29)

Wahai Insan,
Sambutlah seruan
Saat mendengar panggilan Tuhan
Melalui syahdunya laungan azan

Wahai makhluk,
Bersegeralah engkau tunduk,
Pada Yang Berkuasa atas sekalian makhluk,
Semoga beroleh petunjuk.

Wahai manusia,
Janganlah hidup dipersia,
Hidup penuh noda dan dosa,
Segeralah bertaubat sebelum masa

Sambutlah seruan 

Tuesday, 18 December 2012

Anda Pelajar Sekolah Agama Kah?

Mereka kata...Kita ni pelajar Sekolah Agama Tapi Kita...Semakin malu mengaku hakikat itu.

Mereka kata...Kita ni menjaga solat. Tapi Kita...Kalau boleh nak buat masa paling hujung waktu.

Mereka kata...Kita ni boleh menjadi imam Tapi Kita... Bagi alasan "Eh ada orang yang lagi layak lah"

Mereka kata...Kita ni tak mengumpat Tapi Kita...Pantang ada geng. Pasti bergosip.

Mereka kata...Kita ni calon suami yang soleh Tapi Kita...Layak ke gelaran soleh tu untuk kita?

Mereka kata...Kita ni calon isteri yang solehah Tapi Kita...Layak ke gelaran solehah tu untuk kita?

Mereka kata...Kita ni mathurat dijadikan amalan harian. Tapi Kita...Mathurat tu apa benda?

Mereka kata...Kita ni mengamalkan sunnah. Tapi Kita...Perkara yang wajib pun entah ke mana.

Mereka kata...Kita ni menutup aurat. Tapi Kita...Mempersembahkan aurat menjadi kebanggaan.

Mereka kata...Kita ni qiamullail dijadikan makanan mingguan. Tapi Kita...Last buat pun time kat sekolah.

Mereka kata... Kita ni kuat bersedekah. Tapi Kita...Kekasihku segala-galanya.

Mereka kata... Kita ni menjaga batasan pergaulan. Tapi Kita...Bertepuk tampar dengan ajnabi menjadi kebiasaan.

Mereka kata...Kita ni banyak menghafaz Al Quran. Tapi Kita...Juzu’ amma pun entah ke mana.

Mereka kata...Kita ni sedap mata memandang. Tapi Kita...Langsung tiada seri dek terpalit dosa dan noda.

Mereka kata...Kita ni membaca Al Quran dijadikan kelaziman. Tapi Kita...Al Quran hanya perhiasan. Entah-entah dah berhabuk.

Mereka kata...Kita ni penuh ilmu agama di dada. Tapi Kita...Sekarang kita bukan pelajar sekolah agama dah. Belajar pun sekadar mahu lulus periksa.

Menangislah wahai jiwa-jiwa yang membaca. Telah datang peringatan kepada kita. Kenapa kita mendustakannya?

Realitinya, inilah fenomena biasa dalam kalangan produk sekolah agama. Mungkin tidaklah semua, tetapi pasti ada sebahagian. Sebaik sahaja melangkah keluar dari sekolah maka sejajar dengan itu segala Tarbiyyah dan didikan dari Ustaz dan Ustazah kita abaikan. Kita tergolong dalam bekas pelajar yang ada sedikit fikrah agama. Layakkah dipanggil fikrah andai amalan di hujung dunia. Tertidur kita. Bermimpi indah andai kita mendapat syurga. Tapi akan adakah syurga bagi sang pencemar agama. Merintihlah wahai hati. Menangislah wahai jiwa. Meraunglah wahai sanubari. Tak malukah kita melihat bekas pelajar sains, bekas pelajar sekolah harian biasa malahan bekas pelajar King Edward dan Methodist pun lebih menghayati agama dari kta yang bertitle “Budak sekolah agama”. Oh terlupa pula, kita hanya bekas sekolah agama. Tak perlu lagi menonjolkan ciri-ciri murni Islam dalam diri. Wahai. Sememangnya kita adalah bekas sekolah agama. Akan tetapi kita masih beragama islam. 

Tidak berdesing kah telinga kita mendengar

“Ala..budak sekolah agama pun buat begitu dan begini”

Atau lebih menyakitkan apabila non muslim bercakap,

“I tengok budak sekolah agama pun macam tu. Patut la Islam ni teruk.”

Nah. Tahniah untuk kita semua yang berjaya menimbulkan fitnah besar kepada agama yang kita cintai ini. Islam yang tersebar dengan lelah dan keringat baginda Ar Rasul S.A.W, para sahabat dan para mujahidin, kita cemarkan dengan akhlak “budak sekolah agama” kita. 

Ingin atau tidak kita sememangnya sudah memegang title tersebut. Dan kita sudah pun memegang Ijazah Budak Sekolah Agama. Bukan kita sahaja. Ramai lagi kawan2 kita dari aliran yang sama BERUNTUNG dengan adanya title tersebut. Kita telah dijinakkan satu ketika dahulu dengan Tarbiyyah sekolah agama. Kita pernah dihidangkan dengan biah solehah. Kita pernah diajar kemanisan solat berjemaah. Telinga kita selalu disajikan dengan Tazkirah Ruhiyyah yang meluluhkan jiwa. Kenapa tidak sekarang kita kembali kepada kita yang dahulu? Anda masih tertidur lagi? Anda masih bermimpi? Sila hantukkan kepala sendiri ke dinding. Wahai. Jadikan title “budak sekolah agama” itu sebagai wasilah untuk kita memperbaiki diri kita yang dipenuhi dengan lumpur noda ini. 

Artikel ini bukanlah dihadirkan atas dasar ingin mengumpat ataupun mengata. Bukan jua untuk mendabik dada sebagai produk sekolah agama. Tetapi sebagai wacana untuk kita muhasabah diri, merenung peribadi diri, menilai amalan sendiri, mengaudit sahsiah sendiri. Apakah layak kita menggalas title “Bekas Pelajar Sekolah Agama?” Solat jemaah kita ke mana? Al Quran kita di laut Cina Selatan kah? Mathurat kita di Banjaran Himalaya kah? Batasan Ikhtilat kita di Gunung Karaktoa kah? Sila menangis tersedu-sedu. Begitu juga dengan diri saya. Diri yang penuh dengan dosa dan noda.   

Bukan mengatakan kita wajib menjadi alim seperti ulama’ hebat. Bukan ingin mengatakan kita harus taat seperti malaikat. Kerana kita sendiri mengenali perbatasan kita. Manusia yang penuh cacat cela. Tapi cukup lah kita menjadi umat yang  sebenar-benar umat. Ingat kata-kata ini. “Andai tak mampu buat semua jangan tinggal semua."

Wahai. Kita adalah harapan ummah. Tapi bukan untuk kita mendabik dada. Bahkan, ini adalah amanah yang berat. Seakan-akan segala gunung-ganang yang ada diletakkan di atas bahu kita. Nah. Rasakan amanah ini. Hidupkan semula hati kita. Untuk kita merasai semula Tarbiyyah Rabbaniyyah dan untuk kita menghayati Tazkirah yang menggugah jiwa. Apa yang ditunggu lagi? Ingin ditunggu langit terbelah dua? Ingin ditunggu halilintar membelah samudera?  Wahai. Anda telah dilengkapi dengan khazanah ilmu yang tidak dimiliki oleh mereka yang tidak bersekolah agama. Khazanah yang sepatutnya kita guna untuk menghadapi Ummah. Bukan untuk kita berbangga dengan Slip Periksa. Wahai. Bangkitlah dari tidur lena. Kembalikan diri ke dalam kandang Ibadah. Jalankan tugas Khalifah.


                               
Dan saya di sini masih bergelut mencari identiti diri. 

Maratib Amal

Seronoknya naik tangga..!!
Anda nampak apa yang saya nampak? Ya. Saya tahu itu adalah tangga. Ia berwarna putih. Dan dua orang manusia berlari kegirangan menuju ke tangga tersebut. Dan ada seorang lelaki macho sedang berdiri di anak tangga yang pertama dengan penuh osem, teruja dan keriangan. Ok, saya tahu agak over explaination tersebut.

Straight to the point, tangga yang anda lihat ini juga dikenali sebagai maratib amal. Ia bermula dengan anak tangga yang pertama iaitu Individu Muslim dan di puncaknya adalah Ustadziatul Alam. Secara asasnya, maratib amal ini merupakan satu metodologi yang diperkenalkan oleh Imam Hassan Al Banna untuk menaikkan semula Islam di tempat yang tertinggi seperti mana kedudukannya dahulu. Anda tidak dapat bersetuju lebih jika saya katakan Islam berada di tempat yang cukup hina pada hari ini kan? Nah. Inilah kaedah yang perlu dihayati dan ditadabburi serta dilaksanakan bagi mengembalikan martabat Islam di tempat yang sepatutnya. Sebenarnya, kaedah ini juga telah lama digunakan oleh baginda Rasul S.A.W semasa awal-awal baginda menyebarkan Islam. Setelah zaman berzaman, Islam mengalami turun naiknya sehinggalah pada hari ini anda melihat sendiri jatuhnya Islam, hadirnya Al Banna memulakan semula kaedah ini.

Kita lihat pada anak tangga yang pertama. Individu Muslim. Anak tangga ini merupakan pondasi yang paling penting dalam maratib amal ini. Manakan tidak, apakah maknanya sebuah negara Islam yang menjalankan serba serbi hukum syariat tetapi tiada individu-individu muslim untuk menyokong syariat yang diimplementasikan. Anda semua pasti tidak dapat menyangkal betapa peri pentingnya pengaruh rakyat dalam sebuah negara yang merdeka. Justeru itu, disitulah pentingnya pembinaan individu-individu muslim yang sejati bagi mendukung Islam di sesebuah negara. Nah. Individu-individu Muslim itu perlu dibina. Maka, adalah menjadi tanggungjawab kita yang mengakui akan realiti ummah pada hari ini, yang mengimani sunah Rasul S.A.W, yang mendakwa diri memahami Islam untuk membina individu-individu muslim yang boleh serta berkeupayaan membina individu-individu muslim yang lain dalam usaha merealisasikan hasrat dan cita-cita kita mengembalikan semula Islam ke tempat yang sepatutnya (tertinggi ).

Seterusnya, jom kita beralih ke anak tangga yang kedua. Ok. Saya pasti anda semua berasa teruja dan tahap gegaran di dada anda sudah meningkat seakan-akan baru dilanda gempa bumi 9.8 skala ritcher. Sudah merembeskah peluh-peluh keterujaan dan keriangan anda itu? Gelak jahat. Ya. Inilah fasa Baitul Muslim. Fasa di mana seorang suami mencium tangan isterinya ala-ala filem Hollywood, fasa di mana sepasang suami isteri bersama-sama membaca Yassin di malam Jumaat, fasa di mana, sepasang suami isteri berpegangan tangan sambil bersiar-siar dalam suasana yang penuh romantis persis filem ombak rindu. Sila tanam kepala anda dalam pasir jika itu yang terbayang dalam fikiran anda. Sebenarnya, Baitul Muslim merupakan rumah tangga yang terbina dek bersatunya dua individu muslim menjadi satu. Cheeewaaaaahhhh. Ok. Agak excited di situ. Baitul Muslim merupakan fasa yang tidak kurang pentingnya dalam maratib amal yang kita imani ini. Ini kerana melalui Baitul Muslim lah akan terhasilnya individu-individu Muslim yang sejati. Jika Baitul Muslim yang didirikan hanya melahirkan seorang perompak profesional yang boleh merompak di mana-mana sahaja, seorang penghisap rokok tegar tanpa filter dan juga seorang lelaki bermisai garang yang duduk di celah-celah kesibukan bandar metropolitan sambil meneguk minuman keras, maka tidak tercapailah tujuan Baitul Muslim itu. Saya tahu agak extreme contoh yang diberikan. Tetapi itulah realitinya.

Di anak tangga yang ketiga pula, adalah kesan daripada lambakan, banjiran dan taburan Baitul – Baitul Muslim yang sejati sehingga munculnya kumpulan masyarakat muslim yang menghidupkan syiar-syiar Islam dalam kehidupan seharian mereka. Kumpulan ini saling menghormati antara satu sama lain, mempraktikkan amalan sunah Rasul S.A.W serta menjadi qudwah yang hebat baik dalam kalangan saudara seagama mahupun penganut agama lain tidak terkecuali mereka yang tidak beragama. Kumpulan-kumpulan inilah yang menjadikan Dakwah sebagai core-business mereka, malah aktiviti menyiram pokok bunga juga dilihat sebagai dakwah pada pandangan mata mereka. Nah. Inilah kumpulan masyarakat yang mempunyai pondasi yang cukup utuh dan kukuh. Siapakah pondasi-pondasi tersebut jika bukan individu-individu muslim yang telah ditarbiyyah dengan begitu pekat dan likat.

Di anak tangga seterusnya, berdirilah Kerajaan Islam. Anda tahu apa yang dimaksudkan dengan Kerajaan Islam? Itulah kerajaan yang mengimplementasikan segala syariat yang terkandung dalam Al Quran dan As Sunah yang menjadikan kedua-dua sumber itu sebagai dustur (perlembagaan) negara. Kerajaan-kerajaan Islam yang bersatu di bawah naungan seorang Khalifah, maka itulah yang dinamakan Daulah Islamiyyah. Inilah yang dicontohkan melalui Bani Umayyah, Abbasiyyah dan juga Turki Uthmaniyyah. Anak tangga yang seterusnya adalah Empayar Islam. Fasa ini hanya dapat dilalui di saat Daulah Islam yang telah didirikan dihormati di segenap penjuru bumi, di mana Islam di sanjungi serta mempunyai kekuatan yang tersendiri. Dan apabila Daulah Islamiyyah itu menjadi qudwah baik dari segi ekonomi, sosial, akhlak, pemerintahan, perundangan, mahupun teknologi, maka berdirilah Islam di puncak tertinggi iaitu Ustadziatul Alam. Itulah saat di mana Islam dipandang tinggi, umat Islam menjadi contoh teladan yang baik, hatta wanita-wanita bukan Islam juga mencemburui wanita-wanita Islam dek penghormatan yang tinggi diterima oleh wanita-wanita Islam ini.

Jadi, tanya diri anda sendiri. Nah. Formula sudah diberikan. Marilah kita bersama-sama merelakan diri kita dibina untuk membina manusia-manusia lain. Bagaimanakah caranya. Maka tidak dapat tidak saya mengesyorkan kepada anda, bulatan gembira (baca = usrah) adalah jalan yang terbaik untuk menjadi kilang pemprosesan individu-individu muslim ini. Mungkin ada di antara anda yang mengatakan, “Ah..! Lambatlah cara ni. Sampai bila Islam nak naik macam ni. Tak sudah-sudah membina.” Wahai. Inilah sunnah perjuangan baginda Rasul S.A.W. Baginda menghabiskan 13 tahun di kota Makkah hanya dengan membina individu-individu Muslim yang hebat lagi osem seperti Saidina Abu Bakar. Maka apakah alasan kita untuk bersikap gopoh. Renungilah kata-kata syakib arsalan,

"Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan tersendiri dan tidak mampu melaksanakan satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu mengumpulkan angka-angka kosong?"

Nah. Adakah kita mahu mengumpulkan angka-angka kosong?

Memerangi Al-Hawa

Pagi itu udara sungguh nyaman. Kicauan sang burung yang keriangan memulakan pagi mencari rezeki. Cuaca yang indah ditambah pula dengan angin sepoi-sepoi bahasa menyebabkan agak sukar buat Suffian melepaskan diri dari pelukan katilnya. Entah mengapa. Walaupun kerap kali dirinya bertekad untuk tidak tidur selepas solat subuh, perkara tersebut masih lagi menjadi rutin hariannya. Terutamanya ketika dia pulang bercuti ke rumahnya. Di kolej tempatnya belajar juga begitu. Hampir setiap hari Suffian lewat ke kelas. Kadang-kadang lebih teruk lagi, dia tertinggal solat subuh.

Perkara ini merunsingkan Suffian. Dia merasakan terlalu payah untuk bermujahadah melawan nafsu tidur. Nafsu yang telah dipelihara dan dibesarkan semenjak dia di bangku sekolah rendah. Sehinggalah dia mendaftar di Institut Pengajian Euthopia Kolej Sakti, sebuah kolej persediaan ke Euthopia, ALLAH S.W.T telah mentakdirkan Suffian terlanggar dengan makcik Hidayah (baca = dapat hidayah). Dia mula menyedari bahawa tabiatnya itu tidak melambangkan ciri-ciri muslim sejati. Seorang muslim haruslah mempunyai kehidupan yang teratur. Seorang muslim mesti menjadi qudwah di mana sahaja dia berada. Kerap kali juga Suffian ditegur ibunya tentang tabiat buruknya itu.

“Ibu tengok Pian tiap-tiap hari bangun pukul 12 tengah hari, Pian cakap Pian dah ikut usrah tapi macam tak pernah ikut usrah pun”

Setiap kali mendengar bebelan ibunya, terasa seperti peluru yang bergerak dengan kelajuan 500 km/s menembusi kepalanya. Pedas. Suffian menyedari akan hakikat itu. Tabiat tidur selepas subuh dan bangun di waktu tengah hari telah menjadi satu fitnah bagi dirinya. Fitnah dalam kalangan keluarga. Dan lebih teruk lagi, fitnah dalam kalangan rakan sekelasnya sendiri. Dan lebih membimbangkan Suffian perkara ini menjadi fitnah terhadap dakwah yang dibawanya.

“Macam ni ke orang join Tarbiyyah. Tak berdisiplin langsung,” kata rakan sekelasnya

Suffian sendiri sudah buntu. Puas dia mencari solusi bagaimana untuk menangani masalah ini. Kini, rakan-rakan sekelasnya sudah hilang Tsiqah (baca = kepercayaan) padanya. Dia seolah-olah bukan sebahagian dari kelas tersebut.

Pada suatu petang, Suffian meluahkan masalahnya kepada Murabbinya yang terchenta.

“Bang, saya runsing lah. Susah sangat nak fight dengan nafsu ni,” luah Suffian.

“Nafsu apa yang Suffian maksudkan ni?” balas Amir sambil tersenyum.

Masih teringat Amir saat kali pertama dia berkenalan dengan Suffian. Dia menawarkan kepada Suffian untuk membacakan sajak yang dikarang oleh dirinya sendiri setelah mengetahui minat Suffian terhadap pendeklamasian sajak. Sebenarnya itu adalah strategi Amir untuk mengambil hati Suffian. Niatnya untuk menarik Suffian ke jalan Dakwah dan Tarbiyyah.

“Entahlah bang. Saya ni suka sangat tidur lepas subuh. Pastu bangun bila matahari dah tegak atas kepala,” beritahu Suffian.

Amir tersenyum. Dia memandang Suffian lantas meletakkan tangan kanannya ke atas paha Suffian.

“Setiap orang kan akan diuji pada titik lemahnya. Setiap orang ada jalan berlumpurnya. Setiap orang ada jahiliyyah yang tersendiri,” terang Amir.

“Syurga itu kan mahal. Sebab itu lah jalan menuju ke syurga berliku,” kata Amir lagi.

“Tetapi jika kita sedar apa yang kita buat tu merugikan diri sendiri, maknanya masih ada sinar iman dalam hati kita”, sambung Amir lagi.

“Bina hubungan yang baik dengan ALLAH. Rapatkan diri kepada-Nya. Minta pertolongan dari-Nya,”

Amir mengakhiri kata-katanya ringkas tetapi penuh pengertian.

Hal ini diakui sendiri oleh Suffian. Suffian join usrah. Sertai Tarbiyyah. Selalu keluar dari kolejnya untuk menghadiri program pengisian untuk kefahaman dakwahnya. Tetapi hubungannya dengan ALLAH kurang terjaga. Mungkin disitulah titik puncanya mengapa agak sukar untuk dia melawan pengaruh nafsunya. Mungkin disitulah sebabnya mengapa dia tidak menjadi qudwah di kelas dan rumahnya.

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan ALLAH membiarkannya sesat dengan sepengetahuan-Nya dan ALLAH telah mengunci pendengaran  dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah ALLAH membiarkannya sesat? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” (45 : 23)


MUJAHADAH !!!

Short and Sweet


Masya Allah
Amin is a cute little boy. He is like an apple in the eye to his mother. Besides that, Amin is a clever boy. He always get number one in his school examination.

One day, his mother brought him to a beach. Amin loves beach very much. His mother wanted to teach Amin a lesson in life. His mother asked Amin a question.

“Amin, who create this world?”

“Allah. I have learnt it in my school”

Amin answered the question excitedly. Then his mother replied.

“Have you ever wondered why Allah creates this wonderful and beautiful world?”

“Why mom?”  Amin asked his mother curiously.

Then his mother smiled. She looked at his son with the fullest of love. His mother said to Amin.

“Cause Allah loves us”.

“Sesungguhnya dalam penciptaa langit dan bumi, dan pergantian siang dan malam itu terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal. Mereka yang mengingati ALLAH sambil berdiri, duduk dan berbaring sambil memikirkan penciptaan langit dan bumi seraya berkata, “Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari azab api neraka”. (Ali Imran : 190 – 191)

Good morning everyone. Have a nice and productive day. 

Kerana menjaga ikhtilat itu tidak semudah memasak meggi

Adam termenung. Satu pandangan kosong ditujukan kepada buku Chemistry yang dibacanya. “Electrolysis is the process where…..”. Entah mengapa. Mungkin sudah agak lama dia study. Tiba-tiba telefon tangannya (baca = handphone ) berbunyi. Telefon itu adalah pemberian ayahnya sempena kejayaannya mendapat 10 A dalam SPM dua tahun sebelum itu. Dengan perasaan malas Adam mengambil telefon itu dan kembali semula ke kerusi study nya. Butang “Open Message” ditekan.

“Salam Adam , how’s your life there?“

Sender : Azlina

Sudah lebih setahun Adam berada di Kolej Bulan, sebuah kolej persediaan ke luar negara yang agak terkemuka di negara ini. Adam seorang pelajar kejuruteraan yang akan melanjutkan pelajaran beliau ke United Kingdom. Dan sudah lebih 3 bulan dia tidak berhubung dengan Azlina.

Sejak menyertai bulatan gembira (baca = usrah), Adam sudah banyak berubah. Rakan seusrah (baca = usrahmate) dan juga murabbinya banyak mengajarnya tentang erti kehidupan yang sebenar. Sejak menyertai bulatan gembira jugalah Adam telah mengenal akan tujuan hidup. Tujuan setiap manusia dijadikan di atas muka bumi ini.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi…..” (2 : 30)

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan mereka beribadah kepada-Ku” (51 : 56)

Kedua-dua ayat ini sentiasa terpasak kukuh di hati Adam. Dia menjadikan kedua-dua ayat ini sebagai panduan dan pegangan dalam setiap apa yang dilakukan dalam kehidupan sehariannya. Apa-apa sahaja yang dilakukannya, study, makan, tidur, bersukan dan juga buang air besar dipastikan tidak lari dari kedua-dua tujuan hidupnya itu. Begitu pekat sekali Tarbiyyah yang diterima oleh Adam.

Namun Adam juga seorang manusia biasa. Imannya yazid wa yankus. Naik dan turun laksana graph sin (baca = sine curve). Di saat imannya naik, Adam dapat merasakan dekatnya dia dengan Tuhan. Tetapi di kala imannya turun, hanya Tuhan sahaja yang tahu hatinya.

“Adam, hopefully Adam boleh tsabat (kekal) dengan Tarbiyyah,” kata murabbinya pada suatu hari.

Adam akur. Memang Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tetapi segala-galanya bermula dengan Tarbiyyah. Saat imannya turun, di saat itulah dirinya jauh dari Tarbiyyah.

Adam merenung message yang dihantar Azlina tadi. Hati kecilnya berbisik,

“Perlukah aku balas message ini?”

“Tak perlu kot. Bukan penting pun.”

“Ah, balas je lah. Bukan ada apa pun. Tanya khabar je.”

Hatinya berbolak-balik. Jika classmate, rakan tadika atau rakan setuisyennya sudah pasti dibalasnya message tersebut. Tetapi ini kes yang lain. Azlina merupakan ex-girlfriend nya semasa Adam di zaman jahiliyyah. Walaupun sedikit, hatinya pasti akan terusik. Sebab Adam juga manusia biasa.

“Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik.” (29 : 69)

Bermujahadahlah. 


love?