Sunday, 16 December 2012

USRAH

Hari ini atau lebih specific lagi petang ini, kalau nak persis lagi pukul 6 petang hari ini saya telah membuka Facebook. Ok. Nampak macam tak de point kan? Sabar dulu. Baru mukadimah. Hihi. Ok. Agak gedik di situ. Nak dijadikan cerita, saya buka laman sesawang Facebook dan macam biasa, log in -- > check notification -- > settle kan notification -- > scroll newsfeed -- > like status orang -- > log out

So ape ceritanya? Hihi. Ok. Sepanjang process melayari news feed (cheewaaahhh..!! macam belajar biology pulak), erm saya telah terserempak dengan perkataan U.S.R.A.H. Bukan sekali, bukan dua kali  bukan juga berkali-kali. Habis tu ape? Banyak kali lah jugak. Hihi.

Tapi, apa yg istimewa sgt pasal usrah ini? Ok. Memanglah usrah ni nampak dari luaran macam tak ada apa-apa kan. Duduk-duduk. Pot pet pot pet pot pet. Lepas tu balik. Tapi sebenarnya, ada sesuatu yang sangat istimewa fasal Usrah ini. Sebelum tu, saja nak bagi tau, dekat tempat saya, usrah juga dikenali sebagai bulatan gembira. Kenapa? Sebab kami berbulatan dan kami bergembira. Wahaha.

Ok. Straight to the point, usrah kalau diertikan dari segi bahasa, ia bermaksud keluarga. Jadi, tidak salah kalau anda mengatakan bahawa, usrahmate (baca=rakan seusrah) anda tu adalah ahli keluarga anda. Dan sememangnya kita semua adalah keluarga. Bukankah setiap mukmin itu bersaudara? Senyum nampak gigi.


Mungkin ada di antara anda semua yang beruntung, keluar-keluar dari perut mak terus join usrah. Maklumlah, produk Baitul Muslim. Secara peribadi, saya baru sahaja ikut usrah setahun. Jadi tak banyak yang saya tahu. Ok. Sila tutup blog ini sekarang. Wahaha. Sebenarnya, saya dah pun sertai usrah sejak saya Tingkata Satu. Ish. Berbelit-belit lah. Mana satu ni..?? Hihi. Sabar dulu. Ala, macam biasa lah kan. Dulu masa anda sekolah, pasti sekolah ada wajibkan program usrah kan? Ke tak? Kalau di sekolah saya, program Usrah diwajibkan. Program ni dibuat secara mingguan. Means tiap-tiap minggu kena pergi Usrah la. Tapi pada saya, saya tak anggap usrah yang saya join sejak tingkatan satu tu usrah sebenar. Sebab, usrah ni bertujuan untuk membina. Tapi saya tak terbina pun. Hihi. Ok. Ni cuma pandangan peribadi saya. Maka tidak ada izin laluan dibenarkan. Peace.!

Saya start join usrah bila saya belajar di sebuah kolej persediaan ke luar negara yang tak berapa nak popular. Hihi. Dan sekarang, saya masih di kolej tersebut. Mohon sahabat-sahabat doakan saya dapat menyambung pelajaran ke luar negara. InsyaALLAH. Bidznillah. Senyum. Di kolej tersebut, saya belajar apa itu Tarbiyyah, apa itu Dakwah, apa itu Ukuhuwah dan bermacam-macam-macam istilah yang agak rare dan jarang didengar sebelum ini.

Ok berbalik pada tajuk di atas. Usrah. Siapa dah join usrah.?? Angkat tangan. Huh. Macam la boleh nampak. Wahaha. Sebenarnya, usrah ni merupakan sebahagian daripada sunah Ar-Rasul S.A.W. Tipulah..!! Tak pernah dengar pun dalan hadis Nabi cakap pasal Usrah. Sabar dulu. Hihi. Memanglah  Nabi tak pernah mention pasal term usrah ni. Tapi cuba anda selidik sirah Ar-Rasul S.A.W. Nabi pernah berhalaqah bersama sahabat-sahabatnya di rumah Al Arqam. Nah. Bukankah itu usrah?

Jadi, apa tujuan sebenar usrah ni? Perlu ke join usrah? Kalau nak ilmu agama, dengar jela ceramah Ustaz Azhar Idrus. Wahai. Usrah bertujuan untuk membina individu-individu muslim yang akan membina individu-individu muslim yang lain. Jadi, kalau anda pergi usrah sekadar untuk menimba ilmu, maka tak tercapai lah tujuan usrah itu. Eh tapi kenapa pulak? Bukan ke menuntut ilmu itu bagus lagi toiyiba? Wahai. Tidak dinafikan bahawa menuntut ilmu itu bagus. Tetapi apalah ertinya sekadar tahu. Apalah ertinya sekadar berilmu tetapi tiada amalan. Yang dikatakan sebagai individu muslim itu adalah seorang yang bergerak untuk Islam.

Selain daripada itu, saya berpandangan usah merupakan method yang paling efektif dalam usaha kita menyebarkan Islam. Walaupun jumlah ahli Usrah paling ramai pun 10 orang, tetapi ia memberi kita peluang untuk fokus. Kerana kita membina manusia. Bukan menabur jagung ke dalam mulut mereka. Eh!. Hihi.
Maka, dengan post yang pendek lagi marhaen ini, saya berharap agar sidang pembaca sekalian (Ceh, macam lah ada orang baca ) dapat faham apa yang cuba saya sampaikan ni. Akhir kata, joinlah Usrah. Hihi

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. " [2:214]

Nak pesan, dalam kita join usrah or bawa usrah, akan ada ujian-ujian yang mendatang. Maka tempuhilah dengan sabar. Cheewahh. 

Suwwiiit tak??

Saturday, 15 December 2012

Sayang Fillah

Termenung. Bosan. Tak taw nak buat ape. Bukak laptop. Tgk video. Video Ini sungguh Kool (ISK). Bosan jugak. Dah banyak kali tengok. Tutup laptop. Bersandar. Mengeluh. Mengeluh lagi. Menguap pulak. Mengantuk. Nak tidur. Ah!

Ali beralih ke katilnya. Baring. Pejam mata. Celik mata. Pejam mata lagi. Celik lagi. Celik. Terus celik. Ali bangun. Suasana bilik sunyi sepi. Hanya kedengaran kipas buruk mengiut dengan merdunya. Laksana kicauan burung tak cukup oksigen. Err. Tiba-tiba ”Lagu ketulusan Hati kedengaran”. Ringtone henset Ali. Ali seorang yang jiwang.  

Tengok screen henset. “One message received”. Jap. Terlupa. Henset Nokia. Bukan Touch screen.

Open message

“ Ali, saya sayang anda fillah”
Sender : Kasim

Close message

Ali duduk atas katil. Ali keliru. Ali amek henset dia. Nak reply ke tak nak. Erm. Malaslah. Ali campak henset dia. Apa tu sayang fillah? Ya. Sayang kerana Allah. Tapi camne? Macam mane nak taw orang tu sayang kita fillah? Pening. Tension. Ali malas nak fikir lagi. Ali nak tidur.

Tiba-Tiba. “Tok ! Tok ! Tok !”

Bunyi pintu bilik Ali di ketuk.

Ali       : Siapa tu?
Suara   : Eheh. Cuba teka.
Ali       : Kasim kan.

Ali bangun dari katil lalu buka pintu biliknya. Ya. Betul. Kasim.

Kasim  : Eheh. Macam mane ko taw aku yang datang? Wah. Mesti ko sayang aku fillah jugak kan.
Ali        : Aku dah cam sore ko.
Kasim  : “Buat muka terharu. Senyum”
Kasim  : Ali, aku sayang ko fillah.

Ali diam. Ali pandang Kasim. Kasim pandang Ali. Kasim senyum.

Ali         : Ko sayang aku fillah?
Kasim   : Ye. Senyum
Ali         : Tapi kadang2 ko macam karipap bila jumpa aku.
Kasim   : Ye. Kadang2 aku macam karipap bila jumpa ko. Tapi aku sayang ko fillah.
Ali         : Tapi kadang2 ko tak balas mesej aku.
Kasim   : Ye. Kadang2 aku tak balas mesej ko. Tapi aku sayang ko fillah.
Ali         : Tapi kadang2 ko tak senyum kat aku.
Kasim   : Ye. Kadang2 aku tak senyum kat ko. Tapi aku sayang ko fillah.
Ali         : Tapi kadang2 ko makan lolipop sorang2.
Kasim   : Ye. Kadang2 aku makan lolipop sorang2. Tapi aku sayang ko fillah.
Ali         : Apa maksud sayang fillah..?

Kasim diam. Tiada jawapan. Bunyi kipas mengiut makin perlahan. Mungkin skrunya sudah sayang arah pusingannya. Sayang fillah. Melengkapi tujuan hidupnya.

Kasim menundukkan pandangan. Kasim amik bantal Ali. Kasim peluk bantal Ali. Peluk kuat2. Kasim senyum kat Ali. Ali tiada respons. Tapi Ali sedar Kasim ikhlas. Ye. Ikhlas. Kasim juga manusia biasa. Dia juga buat silap. Dia juga tak sempurna. Ali perlu menegurnya. Ali perlu membetulkannya. Tapi jika hanya jika Ali sayang Kasim fillah.

Sungguh, setiap mukmin itu bersaudara.

Macam tergantung je? lalalala

Wednesday, 12 December 2012

Dosa Semalam

Terasa sebak didada,
Tatkala mengenang kembali memori semalam,
Tersandarku di balik pintu,
Titisan-tisan jernih mula bertakung di kelopak mata,

Tatkala diri betuhankan nafsu,
Terasa dunia ini yang abadi,
Terpedaya aku dengan angan-angan yang palsu
Terus membawa aku ke lembah yang gelap,
Tiada cahaya..
Tiada.....................

Semalam yang telah berlalu,
Masih segar dalam memori, 
Memori yang sangat menyiksa sanubari,
Aku mahu melupakan semua itu,
Tetapi bagaimana...
Bagaimana.....................

Izinkan aku untuk menebus kekhilafan itu,
Izinkan aku menjernihkan kekeruhan itu,
Izinkan aku memadam kedukaan itu,
Izinkan aku.........

Aku cuma inginkan secebis kebahagiaan,
Yg bisa hinggap di ruang hidup ku,
Persis rama-rama yg hinggap di ranting2 bebunga...
Sungguh indah dipandang,
Sungguh permai di tatap..
Sungguh......................

Ya Tuhanku,
Aku mohon ampun untuk segala khilafku,
Aku mengharapkan cinta dan keredhaan-Mu,
Aku mengharapkan sebuah cinta dalam redha-Mu,
Aku mengharap.......

-ENCIK MUSAB-

Sajak ini mempunyai makna yang sangat besar dalam hidup saya

Tuesday, 11 December 2012

WAHAI HATI

Wahai hati,

Sungguh, perjuangan ini tidak mudah yang disangka,
Sungguh, bukan kau yang memulainya,
Sungguh, bukan kau yang akan mengakhirinya,
Kerana hakikat perjuangan ini adalah perjuangan warisan,
Perjuangan yang diwarisi dari Ar-Rasul S.A.W

Wahai hati,

Tetap tabahlah atas jalan ini,
Meski kau dihujani seribu mehnah dan tribulasi,
Kerana andai kau gugur di atas jalan ini,
Bukan gugur sebagai pejuang,
Tetapi sebuah keguguran sang pengecut,
Kelak pasti ada yang mengganti,
Kerana janji Tuhan janji pasti,
Ini hakikat perjuangan suci.

Wahai hati,

Contohilah kewarakan Abu Bakar,
Warisilah ketegasan Umar,
Islahkan dirimu,
Yakinilah janji-janji Rabb,
Syahid diberi Sorga menanti

Wahai hati,

Andai kau ditimpa musibah,
Andai kau diuji mehnah,
Andai langkahmu disekat dek duri tribulasi,
Ingatlah,
Sungguh, Allah tidak pernah mempersiakan hamba-Nya
Yang ikhlas sujud menyembah kepada-Nya,
Kerana Allah itu Maha Pemurah

Wahai hati,

Tetap tsabatlah dikau atas jalan ini,
Menelusuri duri dan liku-liku kehidupan,
Andai suatu masa dikau gugur,
Semoga sorga destinasimu


-ENCIK MUSAB-