Sunday, 16 December 2012

USRAH

Hari ini atau lebih specific lagi petang ini, kalau nak persis lagi pukul 6 petang hari ini saya telah membuka Facebook. Ok. Nampak macam tak de point kan? Sabar dulu. Baru mukadimah. Hihi. Ok. Agak gedik di situ. Nak dijadikan cerita, saya buka laman sesawang Facebook dan macam biasa, log in -- > check notification -- > settle kan notification -- > scroll newsfeed -- > like status orang -- > log out

So ape ceritanya? Hihi. Ok. Sepanjang process melayari news feed (cheewaaahhh..!! macam belajar biology pulak), erm saya telah terserempak dengan perkataan U.S.R.A.H. Bukan sekali, bukan dua kali  bukan juga berkali-kali. Habis tu ape? Banyak kali lah jugak. Hihi.

Tapi, apa yg istimewa sgt pasal usrah ini? Ok. Memanglah usrah ni nampak dari luaran macam tak ada apa-apa kan. Duduk-duduk. Pot pet pot pet pot pet. Lepas tu balik. Tapi sebenarnya, ada sesuatu yang sangat istimewa fasal Usrah ini. Sebelum tu, saja nak bagi tau, dekat tempat saya, usrah juga dikenali sebagai bulatan gembira. Kenapa? Sebab kami berbulatan dan kami bergembira. Wahaha.

Ok. Straight to the point, usrah kalau diertikan dari segi bahasa, ia bermaksud keluarga. Jadi, tidak salah kalau anda mengatakan bahawa, usrahmate (baca=rakan seusrah) anda tu adalah ahli keluarga anda. Dan sememangnya kita semua adalah keluarga. Bukankah setiap mukmin itu bersaudara? Senyum nampak gigi.


Mungkin ada di antara anda semua yang beruntung, keluar-keluar dari perut mak terus join usrah. Maklumlah, produk Baitul Muslim. Secara peribadi, saya baru sahaja ikut usrah setahun. Jadi tak banyak yang saya tahu. Ok. Sila tutup blog ini sekarang. Wahaha. Sebenarnya, saya dah pun sertai usrah sejak saya Tingkata Satu. Ish. Berbelit-belit lah. Mana satu ni..?? Hihi. Sabar dulu. Ala, macam biasa lah kan. Dulu masa anda sekolah, pasti sekolah ada wajibkan program usrah kan? Ke tak? Kalau di sekolah saya, program Usrah diwajibkan. Program ni dibuat secara mingguan. Means tiap-tiap minggu kena pergi Usrah la. Tapi pada saya, saya tak anggap usrah yang saya join sejak tingkatan satu tu usrah sebenar. Sebab, usrah ni bertujuan untuk membina. Tapi saya tak terbina pun. Hihi. Ok. Ni cuma pandangan peribadi saya. Maka tidak ada izin laluan dibenarkan. Peace.!

Saya start join usrah bila saya belajar di sebuah kolej persediaan ke luar negara yang tak berapa nak popular. Hihi. Dan sekarang, saya masih di kolej tersebut. Mohon sahabat-sahabat doakan saya dapat menyambung pelajaran ke luar negara. InsyaALLAH. Bidznillah. Senyum. Di kolej tersebut, saya belajar apa itu Tarbiyyah, apa itu Dakwah, apa itu Ukuhuwah dan bermacam-macam-macam istilah yang agak rare dan jarang didengar sebelum ini.

Ok berbalik pada tajuk di atas. Usrah. Siapa dah join usrah.?? Angkat tangan. Huh. Macam la boleh nampak. Wahaha. Sebenarnya, usrah ni merupakan sebahagian daripada sunah Ar-Rasul S.A.W. Tipulah..!! Tak pernah dengar pun dalan hadis Nabi cakap pasal Usrah. Sabar dulu. Hihi. Memanglah  Nabi tak pernah mention pasal term usrah ni. Tapi cuba anda selidik sirah Ar-Rasul S.A.W. Nabi pernah berhalaqah bersama sahabat-sahabatnya di rumah Al Arqam. Nah. Bukankah itu usrah?

Jadi, apa tujuan sebenar usrah ni? Perlu ke join usrah? Kalau nak ilmu agama, dengar jela ceramah Ustaz Azhar Idrus. Wahai. Usrah bertujuan untuk membina individu-individu muslim yang akan membina individu-individu muslim yang lain. Jadi, kalau anda pergi usrah sekadar untuk menimba ilmu, maka tak tercapai lah tujuan usrah itu. Eh tapi kenapa pulak? Bukan ke menuntut ilmu itu bagus lagi toiyiba? Wahai. Tidak dinafikan bahawa menuntut ilmu itu bagus. Tetapi apalah ertinya sekadar tahu. Apalah ertinya sekadar berilmu tetapi tiada amalan. Yang dikatakan sebagai individu muslim itu adalah seorang yang bergerak untuk Islam.

Selain daripada itu, saya berpandangan usah merupakan method yang paling efektif dalam usaha kita menyebarkan Islam. Walaupun jumlah ahli Usrah paling ramai pun 10 orang, tetapi ia memberi kita peluang untuk fokus. Kerana kita membina manusia. Bukan menabur jagung ke dalam mulut mereka. Eh!. Hihi.
Maka, dengan post yang pendek lagi marhaen ini, saya berharap agar sidang pembaca sekalian (Ceh, macam lah ada orang baca ) dapat faham apa yang cuba saya sampaikan ni. Akhir kata, joinlah Usrah. Hihi

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. " [2:214]

Nak pesan, dalam kita join usrah or bawa usrah, akan ada ujian-ujian yang mendatang. Maka tempuhilah dengan sabar. Cheewahh. 

Suwwiiit tak??

No comments:

Post a Comment