Tuesday, 11 December 2012

WAHAI HATI

Wahai hati,

Sungguh, perjuangan ini tidak mudah yang disangka,
Sungguh, bukan kau yang memulainya,
Sungguh, bukan kau yang akan mengakhirinya,
Kerana hakikat perjuangan ini adalah perjuangan warisan,
Perjuangan yang diwarisi dari Ar-Rasul S.A.W

Wahai hati,

Tetap tabahlah atas jalan ini,
Meski kau dihujani seribu mehnah dan tribulasi,
Kerana andai kau gugur di atas jalan ini,
Bukan gugur sebagai pejuang,
Tetapi sebuah keguguran sang pengecut,
Kelak pasti ada yang mengganti,
Kerana janji Tuhan janji pasti,
Ini hakikat perjuangan suci.

Wahai hati,

Contohilah kewarakan Abu Bakar,
Warisilah ketegasan Umar,
Islahkan dirimu,
Yakinilah janji-janji Rabb,
Syahid diberi Sorga menanti

Wahai hati,

Andai kau ditimpa musibah,
Andai kau diuji mehnah,
Andai langkahmu disekat dek duri tribulasi,
Ingatlah,
Sungguh, Allah tidak pernah mempersiakan hamba-Nya
Yang ikhlas sujud menyembah kepada-Nya,
Kerana Allah itu Maha Pemurah

Wahai hati,

Tetap tsabatlah dikau atas jalan ini,
Menelusuri duri dan liku-liku kehidupan,
Andai suatu masa dikau gugur,
Semoga sorga destinasimu


-ENCIK MUSAB-

No comments:

Post a Comment