Saturday, 6 April 2013

AKU PUN NAK HIDUP JUGAK

Pada suatu petang yang tidak terlalu cerah dan tidak pula terlalu kelam, kelihatan Julasmad sedang duduk di atas sebuah bangku batu yang berpasangan dengan meja batu yang bulat. Keluarga batu. Heh. Jari-jemari Julasmad sedang menari-nari lincah di atas papan kekunci laptop miliknya. Menari ala-ala tarian gimnastik berirama dengan darjah kesukaran tiga perpuluhan lima.

“Hoi Mad! Kau buat ape hah?”

Kelihatan Hashim sedang berlari-lari anak sambil menjerit memanggil Julasmad. Peluh-peluh jantan merembes keluar dengan rakusnya dari dahi Hashim yang lebar itu. Kepenatan. Sudah lama dia mencari Julasmad sebenarnya.

“Aku tengah lepaskan ghairah kat Facebook ni. Hang awat cari aku?”

Tanpa mempedulikan Hashim yang kepenatan, Julasmad terus menumpukan perhatiannya seratus dua puluh percent kepada aktiviti laman maya yang di gemarinya itu. Geram dengan kepoyoan Julasmad yang tidak mempedulikannya, Hashim dengan selamba badak duduk di atas bangku batu bersebelahan dengan bangku batu yang di duduki oleh Julasmad sambil membuat muka seposen. Namun begitu, Julasmad masih lagi membatu di hadapan laptop empat seginya itu.

Kali ini Hashim tidak mahu berkompromi lagi. Ini kalilah! Eh. Dengan sepantas kilat, Hashim menyambar air kotak laici susu milik Julasmad yang terletak di atas meja batu itu dengan membuat muka lima puluh sen. Hampir separuh jugak la air kotak itu yang ditelannya.

“Weyh, hang ni apsal? Mahal kot air kotak tu.”

Hashim tersenyum apabila melihat Julasmad mula menundukkan skrin laptopnya ke bawah tanda dirinya diberi perhatian. Akhirnya rancangannya untuk mendapatkan perhatian Julasmad berhasil walaupun tanpa manifesto yang dibentangkan. Eh.

“Aku tanya hang elok-elok, hang buat muka Hang Lekiu.”

Hashim membalas kata-kata Julasmad dengan bersahaja. Dahulu kala dia pernah melakukan sesuatu yang lebih teruk lagi ke atas Julasmad iaitu dengan menarik rambut Julasmad apabila Julasmad tidak mempedulikan kata-katanya. Kejam gila.

“Okey2, aku saja lepak2 sini. Main Facebook jap,” balas Julasmad sambil menggosok-gosok saluran nasal cavitynya yang kegatalan.

“Uisshh, sini dapat pulak wifi? Hang guna Tok Bomoh Siam ke?”

“Oit2! Sorry sikit. Syirik ah bomoh-bomoh ni. Aku guna antenna untuk tarik wifi la. Zaman IT kan. Come on la.”

Julasmad lalu mencapai air kotak laici susu yang dibelinya itu. Tinggal satu perempat saja. Mujurlah Hashim ini sahabat sekapal seperahu dengan dia. Kalau tidak memang sudah terbang tubuh badan Hashim ke Planet Pluto. Lebih kejam lagi ke tempat yang jaraknya tujuh ratus tahun cahaya dari bumi. Atau sejauh dua ratus empat belas perpuluhan tujuh dua parsec mengikut kiraan astrophysics. Heh.

“Mak aih..canggih gila gadget-gadget yang kau ade. Siap boleh tarik wifi. Patut ah asyik online je memanjang.”

Hashim mengomel sendirian sambil membuat muka kejakunan. Sebijik macam muka Tarzan masa jumpa telefon bimbit. Kehkehkeh.

“Aku pun nak hidup jugak. HAHA”

Julasmad membalas kata-kata Hashim sambil diiringi evil laugh ala-ala Fliza dalam cerita Dragon Ball Z. Err.

“Assalamulaikum. Amboi-amboi seronok nampak borak-borak. Nak join sekali bulih?”

Tiba-tiba muncul Abdullah Yussuff Mubarak dari arah belakang menyapa Julasmad dan Hashim. Abdullah Yussuff Mubarak kelihatan segak berjubah hiaju dan berkopiah putih. Dalam perjalanan ke surau untuk solat asar agaknya.

“Waalaikumussalam. Uih. Awat tak bulihnya abang aji. Sila-sila. Buat macam rumah sendiri.”

Julasmad membalas sapaan Abdullah Yussuff Mubarak dengan penuh bertatasusila dan penuh dengan adab ketimuran bangsa Melayu. Chewah!

“Kitorang tak buat apa-apa pun abang aji. Saja je lepak-lepak sini bertadabbur dengan alam” kehkehkeh.

Hashim pula menyambung dengan wajah penuh berseri-seri. Kali ini mahal sikit. Dua ringgit setengah.

“Woi Hashim. Hang tengok abang aji ni. Rilex je tarik orang join usrah. Tarik orang pergi surau. Tarik orang dengar tazkirah. Tak guna gadget apa-apa pun. Aku baru tarik wifi hang dah jakun. Betul tak abang aji?

Julasmad mengutarakan hujahnya dengan penuh konfiden dan berketerampilan. Kalah Pak Anis Matta. Heh. 

Abdullah Yussuff Mubarak tersenyum melihat telatah dua orang classmatenya itu.

“Saya pun nak hidup jugak. Nak hidup kat ‘sana’ nanti.”

Eh. Jom solat! Senyum.

Solat la sebelum kamu disolatkan :)
Macam tak de point je cerita ni. Heh. Apa-apa jalan, yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadan. Chewah! Moga Allah redha. Semoga barakah. Semoga khusnul khatimah. :)

No comments:

Post a Comment