“I’m regret to
inform you that you have to repeat this presentation!”
Ringkas tapi
tegas. Begitulah kata-kata yang terbit dari mulut Madam R, guru kami. So
keputusannya, saya bersama ahli kumpulan yang lain (dua orang je sebenarnya) perlu
mengulang semula presentation untuk subjek (mari kita gelar subjek ini sebagai
subjek T). Atau dalam erti kata lain, kami gagal dalam presentation itu.
Inilah antara
catitan lembaran kisah silam saya semasa di kolej dahulu. Cewah.
![]() |
| Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat kita ditarbiah :) |
Sudah menjadi tradisi
di kolej itu, barangsiapa yang dikehendaki untuk repeat presentation untuk subjek
T, mereka akan menjalani kehidupan like in hell (not literally) pada
minggu-minggu berikutnya. Mana tidaknya, tajuk presentation yang baru perlu dicari,
manakala proses untuk menyiapkan draft presentation yang complete memakan masa
dua ke tiga minggu bahkan hampir sebulan. Itu belum dikira lagi dengan
tugasan-tugasan untuk subjek yang lain dan juga tidak boleh dilupakan, tugas
untuk STUDY. Justeru, mereka perlu bersiap-sedia untuk menjalani transformasi daripada
manusia kepada zombie.
Dan saya lah
antara mereka itu. Sobs.
Arakian, saya
tidak berminat untuk menceritakan kronologi peristiwa ini, kerana hakikatnya,
ujian-ujian seperti ini hanya seberat kaki semut. Hanya sekadar itu. Masih lagi
jauh untuk menandingi level ujian yang digalas oleh para anbiya dan syuhada.
Namun ada sebaris
catitan yang mahu saya tarik keluar dari kisah ini, lalu diceritakan kepada
kalian semua, terutamanya ikhwah dan akhawat yang dikasihi kerana Allah. Moga
ada hikmah yang dapat dikutip hendaknya. Ok, skema.
Setelah Madam R
meninggalkan kelas kami, saya pun mengemas bahan-bahan presentation dan kembali
ke tempat duduk, sambil menunggu guru subjek yang berikutnya untuk masuk.
Dipendekkan cerita, sesampainya saya ke tempat duduk, seorang rakan sekelas
yang berada tidak jauh dari kedudukan saya mengatakan sesuatu kepada saya.
“Musab, lepas ni
kau tak payah la keluar-keluar lagi bila weekend..”
“Fokus je kat
assignment kau, study kau, tolonglah…”
Kurang lebih,
begitulah. Pedas dan tajam. Menusuk ke hati saya.
Saya tahu apa
yang dia maksudkan dengan “keluar bila weekend”. Dan saya rasa kalian juga
tahu. Oh, saya terus terang sahajalah di sini. Daurah. Yes, he’s talking about
daurah.
Dan sememangnya
pada waktu-waktu getir seperti itu, iman turun naik seperti sine graph
lagaknya. Tarikan iman dan tarikan duniawi bertarung tanpa henti, yang akhirnya
memenatkan diri sendiri. Dan ada juga beberapa ikhwah yang ghaib begitu sahaja
daripada usrah dan daurah. Semuanya gara-gara serangan peluru berpandu daripada
dunia akademik itu.
Dan tidak saya
nafikan, saya juga turut teruji dengan godaan itu. Terasa daurah yang perlu
dihadiri membebankan. Terasa usrah yang terlalu lama seperti terlalu tidak
perlu. Namun, segala puji bagi Allah, dengan kasih sayang dan rahmat-Nya, saya
masih dipilih-Nya untuk terus meniti di atas jalan mujahadah pada momen-momen
itu.
Namun ada satu
perkara yang saya kesali…
Adik-adik binaan
saya. Entahlah. Saya merasakan yang saya terlalu menzalimi mereka. Terlalu
banyak hak-hak yang gagal ditunaikan. Hmm. Allahu. Moga Allah ampunkan
dosa-dosa saya..
“…sejak aku tiba
di lembah air mata ini, bahkan tak bisa ku katakan siapa diriku.”
-Umar Al
Khayyam-
Sebentar!
Justeru kenapa
saya menulis tentang ini?
Pada waktu-waktu
ini, pada masa-masa ini, saya terfikir, apakah adik-adik yang mewarisi dakwah
dan tarbiah di kolej sekarang sedang mengalami persis apa yang saya alami waktu
itu?
Jika tidak, maka
menderu lajulah wahai adik-adikku..
Jika ya,
bersabarlah, bermuhasabahlah, dan bermujahadahlah..
Jujur, amat
perit rasanya di hati pabila kita menjadi fitnah kepada dakwah yang ingin di
bawa. Meskipun, itu bukan kemahuan diri sendiri. Meskipun, kita cuba
menyedapkan hati dengan cuba menganggap kesemua yang berlaku adalah mehnah yang
perlu dihadapi di atas jalan ini. Namun hakikat tetap sebuah hakikat. Hanya
kita dan insan-insan yang memahami sahaja yang akan memandang melalui kanta
mehnah. Sedangkan kesemua yang lain cuma memandang dengan kanta fitnah.
Justeru..
Mahu tidak mahu,
kesemua persespsi negatif itu hanya mampu dibalas dengan senyuman..
Meski senyuman
itu kelat seperti kelatnya pisang muda..
Namun jangan
sesekali lupa untuk bermuhasabah. Sungguh kita hanya manusia biasa. Boleh jadi
ujian yang diturunkan sebagai peringatan buat diri kita yang masih lagi
bermain-main dengan dakwah. Boleh jadi juga Allah ingin menegur kita dek
jahiliah dalam diri yang masih bersisa.
Oleh itu, tanya balik
diri sendiri wahai adik-adikku…
Adakah kita
sudah benar-benar all out untuk dakwah dan tarbiah?
Adakah kita
sudah berusaha tahap maksima untuk “nyah”kan jahiliah jauh-jauh dari kehidupan
kita?
Kerana
pertolongan Allah hanya untuk mereka yang benar-benar layak untuk menerimanya.
Justeru, letak tangan di dada, dan bermuhasabahlah dengan hati yang paling dalam...
“Layakkah aku?”
Dan akhir
sekali, bermujahadahlah..
Sesungguhnya,
tiada dakwah dan tarbiah tanpa mujahadah. Pimpin diri sendiri untuk kembali
kepada Allah dan cubalah untuk hayati ayat-ayat-Nya dengan hati nurani yang
paling dalam. Di situ, dengan izin-Nya, kalian akan temui jawapan kepada kesedihan
dan keresahan yang melanda. Di situ kalian akan temui kekuatan untuk bangkit
dan kembali berlari. Meski sengal-sengal lutut dan lebam-lebam paha masih belum
hilang sepenuhnya.
Dan yang paling
penting, tanya kepada hati masing-masing…
“Kenapa aku
meniti di atas jalan dakwah dan tarbiah???”
Kerana tanpa
kefahaman, semangat kalian akan pudar dan mengewap pabila dibakar dengan api
mehnah. Lantas, jadilah kalian mereka-mereka yang tertapis. Na’uzubillah..
Justeru,
bertahanlah wahai tentera Allah!!
Letih tubuh di
dalam perjalanan
Saat hujan dan
panas merasuki badan
Namun jiwa harus
tetap bertahan
Kerna perjalanan
masih panjang


peh. best.
ReplyDelete:')