Macam panjang. Macam jela. Tapi bermanfaat kot. Kot.. -_-
Moga Allah redha..
**************
“Nta buat apa tu
akhi..?”
Aman mengajukan pertanyaan sambil melabuhkan
punggungnya ke birai katil. Bersebelahan dengan kedudukan Syamim.
“Tengah
settlekan report ni akhi, sikit je lagi..”
Syamim menjawab
perlahan, mendatar.
Harus diketengahkan, bunyi putaran
kipas syiling menjadi muzik latar kepada perbualan mereka malam itu.
“Amboi akhi,
report yang nta kena buat ni based on fesbuk ke cemana..?”
Zaaaaaassss!!
Bidikan tepat daripada Aman tepat menuju ke ulu hati Syamim.
Terasa bak hang!
Terasa bak hang!
“Errr takde la
akhi. Fesbuk ni sambil-menyambil je. Hehe”
Syamim membalas
dengan intonasi serba salah. Cepat-cepat diminimizekan window fesbuknya itu. Hampir
setengah jam jugalah dia habiskan hanya untuk scroll newsfeed fesbuk sahaja. Sahaja!
Haih.
“Akhi. Fokus
akhi!”
*************
FOKUS.
Cuma lima huruf.
Tetapi pemberatnya mampu menyengetkan bahu, menyakitkan tengkuk, dan
melenguhkan kaki. Jujur, saya juga acap kali tertewas dengan ujian fokus ini.
Sentiasa gagal. Dan percayakah anda, setakat ini, tak pernah lagi saya berjaya
fokus hundred percent dengan apa jua kerja yang saya buat. Sadis lagi
menyadiskan. Kan? Huh.
Namun sejak
bergelumang dengan dakwah dan tarbiah, saya semakin menyedari akan peri
pentingnya sifat yang bernama fokus ini. Masakan tidak, seorang da’ie itu sepatutnya
menjadi seorang yang busy. Mana-mana da’ie yang merasakan diri mereka tidak
busy, boleh sempat sedut tutti frutti frozen yogult sambil lepak-lepak atas
tilam court mammoth, mungkin bolehlah check balik status ke”da’ie”an tu.
Pehh. Sentappppp!
Sayalah salah
seorang daripada da’ie yang perasan da’ie tu. Anda macam mana? Jangan
segan-segan nak mengaku. Baik sentap sekarang daripada sentap kat akhirat
nanti. Betul tak?
Ok kembali
kepada topik perbincangan.
Saya kira kalau
di Malaysia ini, saya belum pernah lagi bertemu dengan full-timer dakwah.
Maksud full-timer di sini adalah, 24 jam dalam hidup mereka berkisar kepada
pembinaan rijal-rijal untuk ummah. Secara realitinya, menjadi da’ie persis
Ustaz Hassan Al-Banna ataupun Ustaz KH Rahmat Abdullah. Mungkin ada, tetapi
setakat yang saya pernah jumpa, belum lagi sehebat dan segaban kedua-dua orang
figura tersebut.
So pointnya di
sini apa?
Maksudnya di
sini, kebanyakan da’ie di Malaysia termasuk saya yang perasan da’ie ini,
kehidupan kita seolah-olah dijuzuk-juzukkan kepada beberapa bahagian. Kalau
berdasarkan perspektif saya, hidup ini di kerat kepada dua bahagian. Satu
bahagian untuk dunia, satu bahagian untuk dakwah.
Wah, bunyinya
macam sekular.
Eh. Relax dulu.
Kejap. Sebelum
tu izinkan saya buat disklemer awal-awal.
Dakwah yang saya
maksudkan di sini adalah dakwah yang bermetodologikan pembinaan rijal-rijal
Islam. Maknanya, dakwah yang dilakukan melalui interaksi secara langsung antara
seorang murabbi dengan mutarabbinya. Atau nama glamornya, tarbiah.
Arakian,
dakwah-dakwah yang lain seperti pakai minyak hatta, pakai serban, pakai baju
palestin or even ceramah-ceramah umum tidak termasuk dalam konteks ini. Ya.
Kesemua itu adalah dakwah yang in sha Allah ada ganjarannya di sisi Allah. Akan
tetapi, seperti yang saya tulis tadi, hanya dakwah yang berorientasikan
pembinaan rijal-rijal Islam sahaja yang menepati apa yang saya mahu ketengahkan
dalam post ini.
Mohon terima
dengan lapang dada ye. Hehe.
Jadi begitulah.
Kebanyakan da’ie
di Malaysia terpaksa melalui pembelahan dunia yang boleh tahan menyakitkan ini.
Bagi yang student, waktu siang banyak dihabisi di dewan-dewan kuliah yang
berpendingin hawa sambil mendengar
ceramah-ceramah yang macam mustahil boleh membasahkan hati. Kemudian, petangnya
ke library pula untuk menyiapkan kerja-kerja kursus yang bertimbunan macam
sayur. Bagi da’ie yang bekerja pulak lagi getir cabarannya saya rasa. Dengan
kerenah boss yang mengada-ngada macam baby, ditambah pula dengan bebanan kerja
yang macam standard CEO, padahal kuli je, menyebabkan secara umumnya, waktu
siang kita boleh dikatakan bukan untuk urusan dakwah. Justeru yang tinggal
hanyalah waktu-waktu malam yang hening untuk membina manusia menjadi
rijal-rijal yang berguna untuk agama ini.
Dan dari
perbualan dan perbincangan saya dengan kebanyakan ikhwah, boleh dikatakan
hampir kesemua dari mereka cuba untuk meletakkan kesemua kerja-kerja duniawi
itu sebagai alat untuk dakwah. Seperti contoh, kerja untuk dapat gaji dan
digunakan untuk dakwah. Study untuk dapat result yang cemerlang, kemudian
digunakan untuk menarik manusia ke kandang tarbiah. Dan setakat ini, saya masih
lagi dapat menemukan relevan kepada formula ini. In sha Allah, bergantung
kepada niat masing-masing.
Namun apa yang
cuba saya ketengahkan dalam post ini ialah realiti yang perlu kita hadapi bahawa
masa yang kita ada untuk dakwah yang kita imani ini sangat bahkan tersangatlah
terhad. Justeru, adalah tersangat dan sangat ironi andai masa-masa kita masih
lagi terisi dengan aktiviti-aktiviti melagha dan membuang masa. Cuba kira ada
berapa perkataan sangat dalam perenggan ni? Heh.
Mari kita
renungi kata-kata lejen dari murabbi agung, Hassan Al Banna,
“Sesungguhnya
kewajipan-kewajipan kita lebih banyak dari masa yang ada…”
“Bersiap dan
berbuatlah, jangan menunggu datangnya esok hari, kerana bisa jadi engkau tidak
bisa berbuat apa-apa pada esok hari..”
Banyak lagi
kata-kata hikmat dari murabbi ummah ini berkenaan dengan budaya kerja yang sepatutnya
ada pada diri setiap da’ie. Tapi jujur, dua ini pun dah boleh menyebabkan
kebanjiran pada bahagian ketiak dan yang berdekatan dengannya. Fuhhhhh.
Justeru ikhwah,
apa yang ditunggu lagi? Tak mahu dengar kata-kata Hassan Al Banna?
Ketahuilah,
sejak zaman berzaman Al Quran telah menukilkan..
“Maka apabila
engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras untuk urusan
yang lain..”
(94:7)
Setelah itu
wahai ikhwah, bertawakkallah kepada Allah..
“Dan hanya
kepada Tuhanmu engkau berharap..”
(94:8)

No comments:
Post a Comment