“Kan dah ada kat rumah,” balas si ayah
“Ala, yang kat rumah tu dah rosak,” rayu si anak. Penuh
manja.
“Yela..,” si ayah mengalah
Cuma intro.
Dulu saya masih ingat lagi.
Masa saya 5 tahun, ayah hantar saya untuk mendaftar di
sebuah tadika. Masa tu saya takut sangat. Dan saya hampir menangis. Sepanjang
perjalanan saya diam. Tidak seperti perjalanan yang biasa di mana seorang
kanak-kanak ribena terkinja-kinja di dalam kereta. Err.
Setelah sampai di tadika, saya pegang tangan ayah erat-erat.
Entah mengapa. Saya seperti dapat menjangka sesuatu yang buruk akan berlaku.
Naluri si anak yang masih suci mungkin.
Usai semua proses pendaftaran, maka ayah dengan penuh kasih
dan sayang memimpin saya masuk ke kelas yang saya akan belajar. Dan bermulalah
kehidupan saya sebagai seorang pelajar. Saya juga diperkenalkan dengan Ustazah Masyitah,
guru kelas saya. Seorang wanita berkaca mata dan bertudung labuh.
Tangan ayah masih lagi saya genggam erat. Hati kecil saya
berbisik. Saya tak nak berpisah dengan ayah. Tak nak..!!
Dengan penuh kasih sayang, Ustazah Masyitah memujuk saya.
Persis kasih seorang ibu. Oh. Saya terlalu rindu dengan ustazah itu. Dia
terlalu baik.
Ok buka cerita lama kejap.
Pernah sekali masa di tadika, saya telah ter….. erm erm, ter………..berak
di dalam seluar. Haha. Ok. Sila muntah sekarang. Dan lebih best lagi, saya
dengan penuh macho dan hensem telah mengangkat tangan dan mengaku dengan
ustazah.
“Ustazah, saya dah terberak,”
Gelak berguling-guling. Setiap kali saya teringat, saya
pasti ketawa. Betapa naif dan comel diri ini dulu. Hew Hew.
Tapi Ustazah Masyitah tak marah. Dia pimpin tangan saya ke
dalam bilik air. Dia basuhkan seluar saya. Dia beri saya seluar lebih di Tadika
itu. Baik kan?
Ok sambung cerita tadi.
Puas Ustazah Masyitah pujuk saya. Dan akhirnya saya mengalah.
Saya perlahan-lahan melepaskan tangan ayah. Dan ayah perlahan-lahan berjalan
pergi meninggalkan saya. Air mata saya bergenang-genang melihat kepergian ayah.
Tapi aneh. Saya sedikit pun tidak berganjak dari tempat duduk saya. Mungkin
saya dah selesa dan berasa selamat dilindungi Ustazah Masyitah.
Setelah beberapa ketika, saya terlihat kereta Toyota Biru
berlalu pergi meninggalkan perkarangan Tadika. Tanpa berfikir panjang saya
terus berlari. Mengejar kereta itu. Saya tak nak kehilangan ayah. Saya menjerit
dan menangis sambil berlari.
Namun, larian saya disekat oleh seorang guru. Dia telah
menangkap saya dengan penuh bergaya sambil menunggang motosikal. Bergaya kan?
Ok. Masa tu saya kecil dan ringan.
Dan sepanjang hari saya di tadika itu, saya menangis
tersedu-sedu. Dan saya sangat special pada hari itu. Pada ketika semua
kanak-kanak yang lain duduk di atas kerusi, saya dengan penuh manja diriba oleh
Ustazah Masyitah. Masa tu ustazah tengah bercerita. Bercerita kisah-kisah Nabi
kot.
Macam nak buat entry pasal Ustazah Masyitah je kan. Tapi tak
sebenarnya. Penulisan kali ini adalah curahan hati saya pada sang ayah.
Saya cukup tahu yang ayah bukan sengaja meninggalkan saya
pada hari pertama saya di tadika. Tapi ayah nak saya jadi kanak-kanak yang
berdikari. Ayah nak saya jadi berani. Saya akui saya seorang anak yang manja.
Mungkin itu cara ayah nak mendidik saya.
Ayah saya bukan seorang yang sering one-to-one atau
pillow-talk dengan anak-anak
Ayah saya bukan seorang yang pandai menukilkan curahan hati dia macam apa yang saya buat
Ayah saya bukan seorang yang tahu mengekspresi kan perasaan sayang dia pada anak-anak
Tapi saya yakin dan pasti. Ayah sangat sayang dan ambil berat pasal anak-anak dia. Jika tidak, saya tak akan berada di tahap sekarang. Begitu besar jasa dan pengorbanan sang ayah. Tak mampu dan tak akan mampu untuk saya balas.
Ayah saya bukan seorang yang pandai menukilkan curahan hati dia macam apa yang saya buat
Ayah saya bukan seorang yang tahu mengekspresi kan perasaan sayang dia pada anak-anak
Tapi saya yakin dan pasti. Ayah sangat sayang dan ambil berat pasal anak-anak dia. Jika tidak, saya tak akan berada di tahap sekarang. Begitu besar jasa dan pengorbanan sang ayah. Tak mampu dan tak akan mampu untuk saya balas.
Saya masih ingat lagi. Masa tu saya tingkatan satu. Saya
duduk asrama. Tapi sekolah saya sedaerah dengan rumah saya. Kira dekat lah.
Pada setiap hari khamis petang ayah akan datang untuk mengambil baju-baju kotor
saya untuk dibawa pulang ke rumah dan dicuci. Saya tahu ayah faham kehidupan di
asrama. Sibuk. Ayah tak nak masa study saya terganggu dek kena membasuh baju
dan sebagainya. Baik kan ayah? Semua kawan-kawan jeles dengan saya. Haha.
Masa di tingkatan empat, saya telah mengalami satu konflik
dalaman. Maklumlah baru nak membesar. Masa tu saya dah tak duduk asrama. Tapi
secara tiba setelah terjadi satu peristiwa hitam, saya bertekad ingin kembali
semula ke asrama. Suka hati je kan? Macam asrama tu atuk saya punya. Ayah
dengan penuh kesabaran mengurus urusan masuk ke asrama. Segala bayaran di
selesaikan. Saya tahu dia sibuk untuk melayan kerenah saya tu. Apa lagi sewaktu
saya meluahkan hasrat saya tu, berbagai-bagai konflik dah melanda keluarga saya
dan ia pasti menambahkan kerut di dahi ayah.
Dan ditakdirkan ALLAH, hayat saya di asrama tidak lama. Atas
sebab-sebab tertentu yang tak boleh diceritakan di sini, saya telah dinasihatkan
untuk keluar dari asrama. Tapi saya bersyukur sebab dalam rekod, saya tak di
senaraikan sebagai pelajar yang di buang asrama. Kalau tak, saya tak akan
berada di kolej tempat saya belajar sekarang. Saya tak akan berpeluang melanjutkan
pelajaran ke luar negara.
Tapi anda boleh bayangkan kan perasaan ayah saya. Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia diam. Tak berkata sepatah pun. Satu ayat je yang keluar dari mulutnya.
“Jangan beritahu mak..”
Bila saya ingat balik saya rasa nak nangis. Betapa teruk dan
jahat saya dulu. Dan betapa sabar dan tabah ayah.
Itu belum dikira masa zaman jahiliyyah dulu. Tiap kali ayah
ingin kejut saya untuk solat subuh, saya pasti melenting dan melawan. Entah
berapa kali kaki saya terkena muka ayah. Jahat kan? Tapi ayah tak pernah
berputus asa kejut saya. Sebab ayah tahu seksaan bagi orang yang meninggalkan
solat. Ayah tak nak saya masuk neraka.
Sebab itu lah saya bertekad untuk menjadi anak yang soleh.
Sebab anak yang soleh boleh tolong kedua-dua ibu bapa dia di alam sana. Saya
nak jadi anak yang baik. Saya nak doakan kedua-dua ibu bapa saya bahagia dunia
dan akhirat. Saya nak mati syahid. Sebab orang yang mati syahid boleh beri
syafaat kepada ahli keluarganya.
Inilah antara cara yang saya boleh lakukan untuk balas jasa
kedua-dua orang tua saya. Dan sememangnya saya tak akan mampu untuk balas jasa
keduanya. Cukuplah dengan ibu melahirkan dan ayah membesarkan saya. Dua itu
sahaja tidak mampu saya balas.
Ya Allah, rahmatilah kedua-dua ibu bapaku. Masukkanlah
mereka ke dalam sorga-Mu.
Dan kepada ayah,
Saya harap kita dapat bersama-sama di sorga nanti. Bersama
menatap bintang. Bintang di Sorga.
Saya sayang ayah saya. Anda…?
![]() |
| Saaayaannggg ayah...!! |

awal2 baca gelak macam apa, masuk part akhir......banjir T.T Allahu..
ReplyDeletehew hew
ReplyDeletesayangilah ayah anda
terbaek lah kate2 ayah.."jgn bgtw mak"..like haha
ReplyDeleteAshan Shimaki : jzkk atas kesudian membaca,moga ALLAH redha
ReplyDelete