Begitulah ungkapanmu,
Melukai hatiku,
Tak bisa mengubahku,
Aku tetap aku.
"Perempuan sombong!"
Biar apa katamu,
Biar apa tohmahanmu,
Kubalas doa sejernih salju,
Moga diampuni Yang Satu.
"Perempuan sombong!"
Itu yang terzahir,
Pengertiannya tak lahir,
Kau pasti takkan mengerti,
Sombongku kerana Ilahi.
Mengertilah..
Sombongku bererti sayang,
Sayang yang kumaksudkan,
Bukan sepertimana takrif kebanyakan,
Sayangku berpijak di landasan Tuhan.
Mengertilah..
Aku mahu kaubangkit berdiri,
Menjadi lelaki berkeperibadian tinggi,
Tidak tertipu dengan tipuan duniawi,
Apatah lagi fitmah wanita yang meracuni.
Mengertilah..
Sombongku bukti sayangku,
Pada lelaki bernama Adam,
Agar kaubangkit dari kelalaian itu,
Agar perjuanganmu tidak padam.
Mengertilah..
Aku tidak mahu kau terus tertipu,
Dengan gejolak cinta dan nafsu,
Pada seorang wanita sepertiku,
Hingga kau lupa amanah beratmu
Mengertilah..
Izinkan aku terus begini,
Menjaga maruah peribadi,
Agar bukan aku fitnah lelaki,
Agar kau tak lalai lagi,
Itulah bukti sayangku pada lelaki.
-Fatimah Syarha, Seindah Mawar Berduri-
Puisi ini saya tiru bulat-bulat dari buku Seindah Mawar
Berduri karya Ustazah Fatimah Syarha. Moga kebaikan yang banyak dilimpahkan ke
atas beliau atas usaha murni menukilkan satu puisi yang saya kira cukup indah
dan boleh dijadikan panduan untuk kita.
Subhanallah.
Terlalu banyak ibrah dan pengajaran jika puisi ini kita
hayati dan kita tadabburi dengan niat mencari keredhaan-Nya jua.
Justeru itu, terpulanglah kepada kita dari angle mana kita
nak merefleksi diri kita apabila kita hayati puisi yang cukup indah ini.
![]() |
| Jadilah Muslimah sejati |
InsyaALLAH, jika
diizinkan-Nya, saya bercadang untuk menulis cerpen pertama saya, cerpen yang
bertemakan chenta, chenta fillah abadan abada. Mohon semua doakan yang terbaik
dan dipermudahkan segala-galanya. Bidznillah, InsyaALLAH. Dan jangan lupa like
page Encik Musab
untuk membaca update2 terbaru dari blog ini. Jazakumullah. Senyum.

No comments:
Post a Comment