“Akhi, kalau nak kami tolong apa-apa, bagitahu je,
insyaAllah kami akan tolong apa yang kami mampu..”
“InsyaAllah, setakat ni ana boleh handle lagi, syukran akhi
atas keprihatinan enta..”
“Kalau nak mintak tolong, jangan segan-segan ye..”
“MasyaAllah akhi, segan ana..”
“Haish, apa pulak nak segan, ini lah gunanya ikhwah, susah
senang sama-sama..”
“Entah lah akhi, ana macam segan, enta dah banyak tolong
ana..Enta ambil berat pasal ana pun ana dah rasa cukup…”
Ikhwah..
Saat getaran chenta mula dirasai,
Saat manisan chenta mula bersemi,
Saat cahaya chenta mula menyinari,
Saat kuntum-kuntum chenta mula mekar mewangi,
Ikhwah..
Hadirmu walau sekelip cuma,
Kesannya membekas di hati selamanya,
Menerobos awan membelah langit atas sana,
Tika chenta mekar menujah angkasa,
“Akhi, enta macam ada simpan sesuatu je. Tengok riak muka
enta ana dah tahu..”
“Ish enta ni. Mana ada. Ana biasa-biasa je.”
“Akhi, kita ikhwah kan..say it..”
“Entahlah. Ana dah buntu pasal masalah ana ni..”
“Kenapa akhi..?”
“Hmm..Entahlah..”
“Akhi, Allah ada kan..mintak pada Dia..Dia boleh buat apa
yang Dia nak..”
“Syukran akhi, enta banyak dah tolong ana, ana tak tahu
macam mana hidup ana tanpa enta..”
“Allah yang tolong enta sebenarnya, ana perantara je..”
“Allahu Allah..Alhamdulillah..”
Ikhwah..
Coretan sejuta bahasa
Luahan sejuta suara
Tulisan sejuta warna
Tak akan mampu menjadi saksi
Chenta yang telah bersemi
Ikhwah..
Moga debunga chenta yang telah berputik
Terus mekar mewangi
Menujah langit tujuh petala
Lantas menuju ke sorga
Ikhwah..
Ana ukhibbukum fillah..
Inilah kehidupan..
Menuntut kesungguhan..
Tak semudah indahnya khayalan
Sillaturrahim ini tak akan terpisah
Berbahagia untuk selamanya
InsyaAllah
Terasa getaran chenta
Seperti ada yang sedang mendoakan...
![]() |
| Ukhuwah fillah abadan abada |

No comments:
Post a Comment