Amir mencapai henfon Samsung
Galaxy S3 pemberian ibunya yang terchenta.
Sambil berbaring dia membaca
mesej yang diterima itu.
“Amir, kat mana? Jom berarak..!!
Maulid nabi boh..!!
Nak balas ke tak nak?
“Ah, balas je lah..”, gumam Amir
dalam hati.
“Aku banyak kerja la..”
Entah mengapa. Terasa malas untuk
keluar pada hari itu. Seingat Amir, kali terakhir dia berarak untuk maulid nabi
ketika dia di tingkatan lima. Masa tu ada pertandingan berarak antara kelas di
sekolahnya sempena maulid nabi.
Berkumpul, berarak, berselawat,
balik rumah, tengok tv, tertidur, tak solat. Ironi kan? Pathetic.
Namun dia tidak menafikan, ada
juga yang ikhlas untuk berarak. Mengexpresikan kecintaan terhadap Ar Rasul
S.A.W . Berarak sambil berselawat, meninggikan kesatuan Islam, bersama
memartabatkan ummah. Hebat.
Amir tidak tahu apa yang sedang
difikirkannya. Hari ini maulid nabi. Tetapi tiada langsung rasa keterujaan,
semangat atau seronok di hatinya.
“Aku tidak menghargai kelahiran
nabi kah?”
“Aku tidak mensyukuri kerasulan
Muhammad ke?”
Persoalan-persoalan tersebut
terus berlari-lari di dalam kepala otaknya.
Amir tidak puas hati. Dia bangun
dari katil dan terus mencapai beg laptopnya. Dibukanya laptop ASUS berwarna
emas. Amir mengklik pada web browser kegemarannya, Google Chrome. Dia menaip
perkataan “cinta Rasul” pada ruangan search. Amir menekan right button pada
mouse nya dan mengklik “open link in new tab” pada setiap link yang dipaparkan
di screen empat segi bercahaya itu.
Dengan sabar, dia membaca setiap
apa yang ditulis di link2 yang telah dibuka tadi. Berpindah dari satu tab ke
tab yang lain.
Tiba-tiba…
Dia terbaca sepotong ayat al
Quran di blog yang sedang dibacanya. Cair hatinya. Terharu. Rasa ingin
menangis. Ya. Inilah manifestasi kepada sebuah chenta yang abadi. Chenta yang
lahir tulus dari sebuah hati. Inilah bukti kepada kechentaan sejati terhadap
Rasulullah S.A.W. Inilah chenta yang dicarinya. Inilah yang melahirkan rasa
keseronokan dan keterujaan dalam hatinya.
““Katakanlah (wahai Muhammad),
‘Jika kamu (benar-benar)
mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah mengasihi dan
mengampuni dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Ali Imran ayat 31)
Teringat lirik lagu Dia Kekasih
Allah nyanyian Hijjaz,
“Kerana chenta kepada ALLAH,
bererti chenta kepada Rasulullah”
![]() |
| Kekasihku Rasulullah |

No comments:
Post a Comment