- Saya bukanlah blogger terkenal seperti Angel Pakai Gucci ataupun MUHARIKAH untuk menulis penulisan ini. Tetapi kata orang, lihatlah apa yang dicakap bukan siapa yang bercakap. Ceeewaaahhh..!!
- Penulisan ini bukanlah bertujuan untuk saling memecah-belahkan kesatuan Rukun Tetangga di kampung anda dan memporak-porandakan Kesatuan Melayu di taman perumahan anda, tetapi ia adalah penulisan untuk kita saling memuhasabah diri baik yang bergelar blogger mahupun yang bekerja sebagai pembaca tetap blog.
- Adalah wajib untuk kita membaca Bismillah sebelum membaca penulisan ini. Suka hati je nak keluar fatwa sendiri. Eheh. Bukan fatwa pun. Ala, lagipun benda baik kan? Kenyit mata.
Baiklah. Anda sudah bersedia? Jom mulakan.
Bismillah
Penulisan kali ini akan memfokuskan kepada para blogger di
luar sana termasuklah penulis blog Teh O Panas yang dikhabarkan hensem orangnya. Batuk kecil.
Akan tetapi yang bukan blogger juga perlu membacanya kerana anda juga
sebahagian dari blog sebenarnya. Haha. Ok. Agak tidak serius di situ.
PERKARA BERBANGKIT
Niat
Perkara ini menjadi pondasi yang paling penting untuk
diluruskan oleh para blogger sebelum anda menulis entry-entry terbaru untuk
blog anda. Harus diingat bahawasanya niat ini perlu senantiasa di tajdid atau
dalam bahasa melayunya diperbaharui. Wajib untuk kita bertanya kepada diri
sendiri kenapa kita menulis sesuatu penulisan itu. Adakah sekadar untuk meraih
populariti atau sekadar percubaan kita untuk bermain dengan kata?
Cakap tak serupa bikin
Erk. Rasa macam ada batu besar hempap atas kepala saya.
Perkara ini tidak dapat dinafikan menjadi masalah kepada sebahagian blogger di dunia
ini. Menulis memang kencang. Pom Pam Pom Pam. Berdentum-dentum penulisannya.
Akan tetapi amalan ke laut cina selatan. Nanges. Maka, jom kita berusaha untuk
mengamalkan segala apa yang telah kita seru selama ini. Moga ALLAH beri
kekuatan.
Fitnah
Mungkin anda yang membaca ni akan fikir yang perkara ini tak
applicable untuk anda. Maklumlah anda kan jujur dan tulus orangnya. Ceewaaah.
Tapi ramai blogger kat dunia ni layak untuk menerima Anugerah Pemfitnah Tegar
Cawangan Lautan Pasifik. Huh.
"Cukuplah seseorang
dianggap sebagai pendusta apabila dia menceritakan segala apa yang
didengarinya” (HR Muslim)
Justeru itu, saya ingin
mengajak diri saya dan semua untuk kita mengamalkan sifat Tabayyun. Apa itu
Tabayyun? Makna secara literal adalah teliti. Sifat ini penting untuk
memastikan segala apa yang kita tulis dalam blog adalah perkara-perkara yang
sahih dan fakta. Dengan ini, kuranglah probability untuk di saman. Haha.
PERKARA TAMBAHAN UNTUK PEMBACA
Bagi anda yang telah memiliki
sijil ijazah Pembaca Blog Tetap, anda juga mempunyai tanggungjawab sebenarnya.
Anda ingat anda boleh terlepas begitu sahaja? Gelak keji.
Tanggungjawab anda adalah
mencuba sedaya upaya untuk menyebar-luaskan segala apa yang bermanfaat dari
blog-blog yang telah anda selongkar. Anda perlu sebarkan ke mana sahaja anda
pergi hatta kepada ikan haruan yang bersembunyi di bawah batu karang di Laut
Sulawesi. Eh! Tak kira lah entry, ayat-ayat Quran, hadis, mahupun wajah blogger
tersebut. Err. Jika tidak anda akan termasuk dalam golongan Makan
Sorang. Tapi semestinya perkara ini tertakluk kepada Undang-Undang Tubuh
blog terbabit.
KESIMPULAN
Justeru itu, jom kita menjadi
agen penyebar Dakwah Islamiyyah. Tidak kira sama ada anda seorang blogger
mahupun seorang pembaca, kita sama-sama memikul tanggungjawab dakwah ini. Dakwah
ni wajib ke? Yang ni saya malas nak ulas panjang-panjang. Inspector
Saahab ada jawapannya.
Jika kita tak berdakwah, tak
kan singa laut di Lautan Antartika pulak kan? Senyum
![]() |
| Woi, ko nak suruh aku berdakwah ke?? |

No comments:
Post a Comment