Akan tetapi, terkadang kejatuhan
itu baik untuk kita. Ia umpama wadah serta medan refleksi buat diri kita yang
sering terlupa. Terlupa dengan nikmat Tuhan. Terlupa akan kasih dan sayang
Tuhan. Dan lebih teruk lagi, terlupa akan Tuhan. Allah..
Kita sering melaungkan, ujian
adalah Tarbiyyah dari Tuhan. Ya. Ujian itu Tarbiyyah. Dan Tarbiyyah itu
pendidikan. Soalnya, apakah kita telah terdidik dengan ujian itu?
Terkadang aku terfikir. Apakah
benar ujian yang mendatang itu mendekatkan aku dengan Sang Pencipta? Bukan
untuk menafikan hak Tuhan menurunkan ujian. Tidak sama sekali. Tetapi aku
mempersoalkan sikap diriku terhadap ujian itu. Susah nak jelaskan. Ia umpama
berada di sebuah bilik yang gelap. Aku teraba-raba dan aku sendiri tidak tahu
ke mana akan ku tuju. Semakin aku larut dengan ujian itu, semakin aku larut
dengan kegelapan. Semakin dekat aku dengan kejatuhan. Dan semakin jauh diriku
dari Tuhan.
Coretan demi coretan. Luahan demi
luahan. Apakah ini sahaja yang mampu ku lakukan?
Aku teringat sebuah kata persis
mutiara yang bisa menusuk ke kalbu.
Waktu senang kita lupa pada
ALLAH. Waktu susah pun kita lupa pada ALLAH. Di mana iman kita? Di mana akidah
kita. Di mana matlamat syurga kita?
Aku kagum. Kagum melihat
manusia-manusia yang masih mampu berchenta dengan ALLAH di sepertiga malam saat
ujian datang menjengah.
Masih mampu tersenyum saat duri
datang menujah.
Masih mampu beristighfar saat
luka bertambah parah.
Bertambah iman mereka dek di
Tarbiyyah oleh Allah.
Bersinar hati mereka dek rindu
yang mendalam pada Rasulullah.
Mereka mengerti hakikat ujian
yang merupakan satu Tarbiyyah. Ujian itu mendekatkan diri mereka kepada
Pencipta mereka.
Aku terlalu ingin seperti mereka.
Kerana aku di sini, telah tertewas.
![]() |
| Terus berdoa dan berusaha. Jangan berputus asa |

No comments:
Post a Comment