Saya teringat masa sekolah dulu cikgu saya pernah cerita
kisah Imam Syafie RA bersama gurunya.
Aku mengadu perihal keburukan hafalanku kepada guruku, Imam
Waki’ bin Jarrah. Guruku lalu berwasiat agar aku menjauhi maksiat dan
dosa.Guruku juga berkata,
“Ketahuilah bahawa ilmu itu cahaya, dan cahaya itu tak akan
menyimbah di hati orang-orang yang melakukan maksiat”
Juga diceritakan bahawa pernah suatu ketika Imam Syafie
membaca ayat Al Quran namun sampai pada suatu ayat beliau terlupa sambungannya.
Beliaupun memperbanyakkan istighfar. Melihat keadaan beliau yang demikian,
sahabatnya lalu bertanya.
Lalu Imam Syafie RA menerangkan bahawa ingatan atau
hafalannya terganggu lantaran ia terlihat tumit seorang wanita yang terkoyak
sarung kakinya sebesar ibu jari.
Ada satu lagi kisah yang boleh membuat hati kita menangis if
and only if hati kita hidup lagi la.
(Terbakar)…kan..??
(Terbakar)…kan..??
Suatu ketika, Imam Syafie RA berjalan dan lalu seorang
wanita di hadapannya. Angin bertiup lalu terselak kainnya menampakkan betis.
Imam Syafie terpandang. Lalu beliau menangis semahu-mahunya memohon keampunan
dari Allah walaupun melihat aurat wanita secara tidak sengaja.
Boh..
Tengok betis perempuan..
TAK SENGAJA…
Menangis Imam Syafie..
Bertaubat semahu-mahunya..
Kita ni..
Agak-agak bahagian mana yang kita dah tengok? Pergi shopping
complex…
Rambut..
Lengan..
Betis..
Telinga..
Leher..
Kalau pergi shopping complex yang higher level sikit,
silap-silap peha pun boleh nampak.
Tu belum lagi kes selalu bukak channel HBO, FOX Movies,
tengok Women Tennis Grand Slam.
Allahu Allah..
Setelah semua itu, berapa banyak kali kita dah menangis?
Terkadang kita menyalahkan guru andai tidak faham ilmu yang
disampaikan.
“Ah, Puan Siti tu ajar laju la, dia ingat aku ni genius ke
hape..”
“Cikgu Dolah tu macam tak reti jadi cikgu je, ajar pakai
slide je, bek tak yah datang kelas macam tuh..”
Tetapi..
Pernah tak kita refleks ketidakfahaman kita itu dengan
keadaan diri kita…?
Iman kita..
Dosa kita…
Pernah tak..?
Belum kira kes-kes jenayah di muka buku yang sama teruk
dengan kes juvana bahkan lebih teruk lagi.
Bukak muka buku, bukak profile orang perempuan, clik pada “see
all photos”, stalk gambar-gambar mangsa, berpindah dari satu gambar ke gambar
yang lain, like mana yang directly proportional dengan nafsu.
Tidak cukup dengan itu, siap comment lagi.
“Eh, lawa la awak ni..”
“Wah, dah berubah dah awak sekarang ni, dah boleh jadi bini
orang, Eh!..”
Pastu bermulalah adegan-adegan membalas komen. Rancak persis
Lee Chong Wei dan Lin Dan berbalas pukulan shuttle.
Masuk kes ikhtilat pulak. Ah sudah..
Pernah tak kita sedar benda-benda camni lah yang boleh
menggelapkan hati kita. Menambah dosa kita. Dosa tu lah yang menjadi hijab
untuk kita faham ilmu yang kita belajar. Orang lain belajar 1 jam je dah boleh skor exam. Kita punyalah stay up sampai pagi pun tak lulus jugak. Makanya, siapakah yang harus dipersalahkan?
“Sudahkah engkau memperhatikan orang yang menjadikan keinginan
nafsunya sebagai Tuhan? Apakah engkau akan menjadi pelindungnya? Atau apakah
engkau mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu
hanyalah seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat jalannya. (Al Furqan : 43-44)
“Tolong..tolong..saya terbakar…”
![]() |
| Study boh... |

sentap ! !
ReplyDelete