Wednesday, 29 May 2013

SEJARAH BULATAN GEMBIRA

First impression. Tajuk sangat membosankan. Kan? Jangan salah faham. Saya bukan nak cerita pasal sejarah di sini. Jadi sila batalkan niat anda nak tekan tanda pangkah di hujung kanan atas skrin tu. Harhar.

Sebenarnya sejak beberapa minggu kebelakangan ini saya telah dijangkiti sindrom malas menulis. Sebabnya? Entahlah. Saya sendiri tak pasti. Saya rasa alasan yang paling obvies ofkos lah malas. Alasan selain daripada itu semuanya bercabang dari alasan malas itu. Tak cukup beramal, kerja banyak (cuti kot) dan tak dapat ilham lagi. Ok. Alasan yang last tu nampak macam valid sikit. It’s hard to write nowadays. Sobssobs.

Jadi anda rasa apa yang bakal saya kerepekkan dalam penulisan kali ini?

Menelusuri kembali sejarah perjalan hidup saya, cewah, dah macam curhat pulak, saya rasa saya amat bersyukur dipertemukan dengan bulatan gembira. Memulakan pengajian di sebuah kolej persediaan yang agak terkemuka seantero ladang kelapa sawit, saya menghadirkan diri seperti biasa, seorang pelajar baru yang  tersipu-sipu malu, bajet-bajet suci, buat-buat noob dan segala proses-proses penyesuaian diri sebagai seorang pelajar baru. Haha. Dan ofkos penampilan sebegini rupa mampu menarik perhatian pelajar-pelajar senior yang dahagakan pelajar-pelajar bawah umur seperti saya. Ok. Agak kontroversi di situ. Maksud saya di sini adalah dahaga untuk menarik pelajar-pelajar junior ini ke kandang tarbiah. Di sinilah bermulanya perjalanan tarbiah saya. Cewah.

Setelah melalui beberapa sesi dialog yang sangat obvious tujuannya, maka pada suatu malam yang hening, usai solat isyak berjemaah, dengan selambanya saya telah diajak untuk menyertai satu bulatan gembira yang diadakan di tepi surau. Bulatan gembira ini dikendalikan oleh seorang abang dari luar. Hebat mujahadah abang ni. Sanggup datang dari jauh ke kolej saya semata-mata untuk menyuapkan bijirin tarbiah yang berkhasiat kepada kami. Err.

Namun segalanya sudah ditakdirkan Allah. Jodoh saya bersama kumpulan bulatan gembira ini tidak panjang. Sebabnya? Biarlah rahsia. Cewah. Dan saya amat yakin dengan pilihan yang saya buat ini. In sha Allah, inilah jalan saya. Jalan yang in sha Allah akan membawa saya ke syurga.

Dipendekkan cerita, perjalanan tarbiah diteruskan juga. Kali ini saya berbulatan gembira bersama dengan seorang abang yang merupakan senior di kolej itu. Namanya AK. Abang AK dikenali sebagai seorang yang sangat tajam lidahnya. Sentiasa melaser hadek-hadek bulatan gembiranya. Setiap kali habis sesi bulatan gembira, pasti rentung kami dibuatnya. Haha.

Setelah abang AK menamatkan pengajiannya di kolej itu, saya telah di pass kepada IG (macam familiar je nama ni) Haha. Wah, dah macam game bola pulak passing sana passing sini. Dengan IG, saya telah ditarbiah dengan penuh keseriusan. Kali ini bukan sebagai hadek-hadek yang comel lagi terkinja-kinja ke sana ke mari. Kali ini saya di tarbiah untuk menjadi seorang muharik. Muharik ini bermaksud penggerak. Dalam erti kata lain, saya harus membawa bulatan gembira saya sendiri bersama-sama dengan junior saya yang baru mendaftar ke kolej tersebut. Inilah yang dinamakan tarbiah pewaris. Cewah.

Oh ya. Teringin juga saya ingin menulis satu entry spesel buat hadek-hadek bulatan gembira saya. Tapi mungkin di penulisan yang lain.

Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah betapa ajaibnya tarbiah ini. Tarbiah mampu merubah dari sekeji-keji makhluk kepada semulia-mulia manusia. Umar Al Khatab sebelum Islamnya adalah seorang yang sangat hina. Namun setelah ditarbiah, beliau diangkat menjadi semulia-mulia manusia dan dijanjikan syurga. Subhanallah.

Buat anda di luar sana yang masih lagi tercari-cari erti kehidupan yang sebenar, saya menyeru kepada anda semua untuk kembali kepada Islam. Sesungguhnya, Islam diturunkan sebagai rahmatan lil alamin. Sebagai rahmat sekalian alam. Mana mungkin ada sesuatu yang lain yang bisa membahagiakan selain daripada Islam. Mana mungkin ada jalan selamat yang lain selain daripada Islam. Mana mungkin ada kenderaan lain yang boleh membawa ke syurga selain daripada Islam.

Buat anda yang sedang berada di dalam sistem tarbiah, teruskan istiqamah. Teruskan berdoa untuk istiqamah. Untuk diri anda dan diri saya juga. Doakan juga buat seluruh pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia. Moga kita bersama-sama dalam jalan kemenangan Islam ini.

Semoga istiqamah, semoga baraqah, semoga khusnul khatimah.

Dah complete ke belum?

KEBANGKITAN SEMULA

Mencari kekuatan usai kejatuhan bukanlah sesuatu yang mudah. Saya ulangi bukan seusatu yang mudah. Cuti yang panjang, dengan aktivitas-aktivitas yang boleh dikategorikan sebagai kembar siam dilakukan hari demi hari, semua itu sudah cukup menjerumuskan saya dalam lembah kehinaan. Agak ganas perkataan itu. Tapi itulah realitinya.

Berdozen-dozen mesej-mesej tarbawi dari ikhwah tersayang diterima. Semuanya sepi tanpa balasan. Berseorangan dalam ruangan inbox. Bukan tiada kredit untuk dibalas. Tapi saya tahu saya akan menjadi seorang yang hipokrit andai saya membalasnya. Pathetic. Kan?

Tapi itulah. Walaubagaimanapun, hidup tetap perlu diteruskan. Macam takde kaitan je ayat ni?

Saya teringat sewaktu berchatting dengan ikhwah yang saya gelar sebagai IS (macam familiar je nama ni). Haha.

Saya : Akhi, possible tak kalau ana cakap ana tak jumpa jalan keluar untuk bebas dari
           jahiliyyah ana?

IS      : Macam tak possible je.

Saya  : Kenapa pulak?

IS      : Maybe sebab benda tu kan sifatnya datang dan akan datang lagi. Maybe sebab iman tak
           kuat.

Saya  : So, apa kita boleh buat?

IS       : Why not kita denda diri kita? Bila dah terbuat jahiliyyah, kita denda diri kita dengan
             memperbanyakkan amal-amal fardi.

Saya  : t.t. Beratnya mujahadah.

IS       : Kita kenalah benci dengan jahiliyyah tu.

Benci jahiliyyah. Denda diri sendiri. Banyakkan amal-amal fardi. Ya. Jawapan yang sama kita akan terima tak kira ikhwah dari benua mana pun yang kita tanya.

Acap kali kita menyaksikan jawapan kita akan berlegar dalam ruang lingkup yang sama.

Susahnya nak mujahadah.

Iman ana turun naik la sheikh.

Hakikatnya begitulah. Itulah ujian buat diri kita.

Saat melihat wanita yang dicintai pada zaman jahiliyyah muncul dalam senarai chatlist di mukabuku, saat itu ujian buat diri kita.

Saat melihat game-game yang pernah menjadi teman tapi mesra kita di waktu jahiliyyah sudahpun terinstall dengan sendirinya di laptop, saat itu ujian buat diri kita.

Saat melihat rakan-rakan sekolah lama begitu rancak berborak-borak di dunia maya tanpa mempedulikan batasan-batasan ikhtilat, seakan-akan memangil-manggil kita untuk menyertai mereka, saat itu ujian buat diri kita.

Saat melihat mesej dari gadis pujaan yang dibiarkan tanpa balasan di waktu iman sedang memuncak, terasa ingin membalasnya waktu iman mula gugur ke bumi, saat itu ujian buat diri kta.

Saat melihat katil yang terbentang megah dengan segala kenikmatan tidur yang dipeloporinya, kita terasa ingin tidur speanjang hari, saat itu ujian buat diri kita.

Kesemua dugaan ini boleh menjadi asbab untuk kita meraih redha ilahi. Andai kita sabar dan tabah mengharunginya.

Bertabahlah wahai hati. Bermujahadahlah. Redha Allah pasti mengiringi.

Apakah kamu menyangka kamu akan dibiarkan dengan hanya berkata “Kami telah beriman” dan kamu tidak diuji?

Al Ankabut : 2

in sha Allah

Monday, 20 May 2013

MELURUSKAN SAF YANG BENGKANG-BENGKOK

Setelah diteliti segala macam tok nenek penulisan yang pernah saya post di blog marhaen ini, ternyata amat jarang sekali saya menulis sesuatu penulisan yang bertemakan ukhuwwah fillah. Cerpen Limau Untuk Syuhrabil salah satu daripadanya. Kepada yang ternanti-nanti sambungan cerita tu (ada ke?), saya pohon kesabaran kalian. In Sha Allah, jika diberi kelapangan dan kekuatan oleh-Nya, sambungannya pasti akan menyusul satu hari nanti. Cewah.
                          
Sebenarnya saya amat takut untuk menulis tentang ukhuwwah. Apatah lagi tentang ukhuwwah fillah yang dicanang-canang dalam usrah. Jujur saya katakan saya sendiri agak bermasalah when it comes to ukhuwwah. Cewah, cakap omputih gitu. Saya akui selalu juga diri ini tergelincir dalam dalam percubaan saya untuk berukhuwwah. Ukhuwwah yang dimaksudkan bukanlah sekadar bercipiki-cipika, berpeluk-pelukan, bersweet-sweetan dan sebagainya. Tapi ia lebih kepada manifestasi tingkatan ukhuwwah yang digariskan oleh Imam Hassan Al Banna, iaitu serendah-rendah ukhuwwah ialah berlapang dada dan setinggi-tinggi ukhuwwah adalah itsar, yakni mendahulukan kepentingan saudaranya berbanding kepentingan diri sendiri. Nampak tak permainan di situ? Even untuk mencapai tahap terendah dalam ukhuwwah sahaja sudah menyebabkan saya tidak cukup oxygen. Itsar apatah lagi.
                                                   
Saya teringat akan luahan hati secara tidak sengaja seorang ikhwah semasa berborak-borak dengan saya.

“Musab, aku rasa Allah nak uji ukhuwwah aku”

“Kenapa?”

“Entahlah, aku rasa Allah nak uji sama ada ukhuwwah aku betul-betul kerana Allah atau sebab aku boleh masuk dengan orang tu.”

Pada mulanya, saya memandang enteng luahan hati dia. Pada saya, biasalah, belum rapat lagi. Tapi setelah saya fikir-fikir semula tentang hal ini, ternyata saya juga terjerumus dalam kancah ini. Ukhuwwah plastik.

Sedih juga saya memikirkan tentang fenomena ukhuwwah plastik ini. Apatah lagi diri sendiri turut terkena tempiasnya. Sedangkan perjuangan sudahpun hampir sampai ke penghujungnya. Menanti masa untuk terjun ke medan yang baru. Tetapi rupanya ukhuwwah yang mendasari perjuangan selama ini hanyalah bersalutkan plastik.

Apa yang saya rasa ini tidaklah ditujukan kepada semua ikhwah yang saya kenali. Bahkan ada sebahagian ikhwah yang saya benar-benar cintakan mereka kerana Allah. Saya berasa selesa dengan mereka. Gembira, sedih, gundah-gulana, resah, cemas semuanya saya kongsikan bersama mereka. Dan saya sangat-sangat bersyukur ditemukan dengan insan seperti mereka. Kami saling memahami. Dalam erti kata lain, ikhwah boleh masuk.

Tapi yang menjadi perhatian di sini adalah ikhwah yang tak boleh masuk. Bukannya disebabkan perangai mereka ataupun sikap mereka yang menjengkelkan. Susah untuk saya nyatakan di sini. Ianya lebih kepada persoalan hati. Hati kita tidak mampu untuk menerima kehadiran mereka. Apa yang mampu dilakukan adalah bekerja secara professional dengan mereka. Tetapi itu sahajalah.

Apa pendapat kalian tentang hal ini? Saya kira semua ini berlaku lantaran diri saya yang masih belum cukup ikhlas dalam berukhuwwah. Saya masih lagi belum memahami erti ukhuwwah fillah. Saya masih lagi memilih bulu dalam berukhuwwah. Saya hanya memilih mereka-mereka yang sekepala dengan saya sahaja untuk berukhuwwah. Sedangkan ikhwah-ikhwah yang tidak boleh masuk ini hanya sekadar di pinggiran. Bertemu di jalanan pula hanya sebutir senyuman dihantar. Berbalas-balas mesej langsung tidak pernah. Berborak-borak bantal apatah lagi. Persoalannya kenapa harus memilih dalam berukhuwwah?

Jujur saya katakan saya cukup buntu memikirkan solusi kepada perkara ini. Hendak bertemu mata ke mata dengan mereka, bimbang melahirkan awkward moment pula. Apa hendak diperkatakan? Berdiam diri dan mengikut sahaja arus yang mengalir langsung tidak mengubah apa-apa. Sampai bila harus berterusan begini?

Seringkali saya mendengar, iman dan ukhuwwah itu berkait rapat. Di saat ukhuwwah kita bermasalah, pasti iman yang menjadi puncanya. Dan saya sangat-sangat bersetuju dengan kata-kata ini. Apakah  mungkin saya masih belum cukup beriman? Apakah iman saya masih lagi koyak rabak? Apakah iman saya dalam keadaan compang-campeng?

Anda dipersilakan untuk melontarkan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Mungkin sedikit nasihat buat diri saya, apa yang perlu saya lakukan, dan apakah solusi terbaik kepada permasalahan ini.

Saya tidak pasti apakah ada ikhwah-ikhwah yang berkenaan membaca blog marhaen ini. Sekiranya ada, ketahuilah bahawa saya masih lagi berusaha untuk mencintai kalian. Mungkin manifestasi cinta itu tidaklah sehebat seperti ikhwah-ikhwah yang lain di mana sudah boleh sampai tahap tidur sebantal dan berqadhaya hingga larut malam, tetapi yakinlah cinta itu tetap ada. Mungkin ia terpendam di dasar hati yang paling dalam. Mungkin pada suatu masa ia akan bercambah dan menjalar terus membelah angkasa. Satu hari nanti. Dengan izin-Nya.

 Ya Rabbi, bimbinglah kami.

Ukhuwwah

Tuesday, 30 April 2013

MACAI USRAH

Imam Hassan Al Banna pernah mengatakan yang beliau rindu dengan pemuda-pemuda yang tidak lena tidur mereka kerana memikirkan masalah umat. Malam ini saya ingin mengajak anda semua dan diri saya sendiri untuk bersama-sama kita menjadi pemuda-pemuda yang dirindui itu.

Cuba teka apa yang kita nak bincangkan malam ni?

Tak ada orang nak cuba ke? Kalau macam tu biar saya straight to the point je la.

Kehangatan PRU kali ini memang tidak seperti biasa. Ini kalilah! Eh. Walaupun saya belum cukup umur nak mengundi , tapi saya sendiri tidak sabar untuk menantikan keputusan PRU kali ini. Dengar khabarnya, PRU kali ini adalah PRU yang paling sengit dalam sejarah PRU di Malaysia. Wallahua’alam.

Post kali ini saya tidak mahu menjadi pengulas tidak bertauliah baik pro kerajaan atau pro pembangkang. Cuma saya ingin mencungkil sedikit, mungkin satu millimeter dari isu PRU kali ini untuk diborak-borakkan dan dipanjang-panjangkan. Anda tahu isu apa. Jom teruskan membaca.

Kalau tengok di mukabuku, pengicau mahupun social network yang lain, ada banyak keyboard warrior baik di pihak kerajaan mahupun di pihak pembangkang. Mereka ini saling menggelar di antara mereka dengan gelaran yang sama. Macai. Macai UMNO lah, macai PKR lah. PAS ada macai ke?

Mengikut kefahaman saya yang entah dapat dari mana, macai ni ringkasan dari pencacai. Maksudnya, orang-orang yang tak reti nak mengkaji. Mereka ni cakap ikut semberono je. Kalau pemimpin yang mereka agung-agungkan itu terbukti tidak bersih, golongan-golongan macai ini akan spint lima ratus tujuh puluh lapan darjah untuk pertahankan jugak pemimpin mereka itu. Itulah serba sedikit yang saya tahu tentang macai. Anda macai tak?

Tapi dalam post ini, saya mahu anda memahami macai sebagai penyokong. Saja nak bagi tajuk blog nampak sensasi.  Haha.

Jika tanya pada saya, saya memilih untuk menjadi macai usrah. Cewah.

Tapi itu bukan bererti saya tidak mengambil tahu hal ehwal politik semasa. Cuma dalam kerangka untuk memartabatkan semula Islam di atas muka bumi, saya kira kita perlu untuk bermula daripada bawah. Secara spesifiknya, kita membina individu-individu muslim yang sejati. Cara yang in sha Allah terbaik of kos lah usrah. Sila baca Maratib Amal untuk anda memahami dengan lebih lanjut tentang pegangan yang saya anuti ini. Cewah. Arakian, penglibatan kami dalam politik buat masa ini hanyalah bersifat “damage control”. Sila jangan pandai-pandai assume mana yang kami pilih. Haha.

Kenapa usrah?

Sebelum itu, izinkan saya bertanya kepada tuan-puan, makcik-pakcik, abang-kakak dan adik-adik sekalian.

Anda semua pernah join usrah tak?

Kenapa tak de orang jawab? Ok lupa ini blog. Kalau macam tu biar saya sendiri lah yang jawab.
Saya pernah, sedang dan in sha Allah akan selamanya join usrah. Hoyeah.

Di kesempatan ini saya ingin mempromosikan usrah kepada antum semua. Untuk pengetahuan antum semua, usrah merupakan salah satu daripada nikmat-nikmat hidup. Sia-sia hidup kalau tak join usrah. Agak over sedikit di situ.

Tapi serius saya cakap usrah ni memang best. Dalam usrah kita ada murabbi dan mutarabbi. Murabbi ni macam naqib atau orang yang mengetuai usrah. Mutarabbi pula ialah ahli-ahli usrah itu sendiri. Dalam usrah juga, murabbi berperanan sebagai bapa, abang, sahabat dan ustaz kepada mutarabbi-mutarabbi mereka. Hubungan kekeluargaan yang erat inilah yang menambah seri kepada sistem usrah yang diyakini mampu menghasilkan individu-individu muslim yang sejati. Cewah. Kelas gitu.

Jadi bagaimana anda nak join usrah?

Saya pasti ditempat-tempat pengajian masing-masing, mesti ada kumpulan-kumpulan usrah sama ada yang official mahupun yang underground. Anda hanya perlu tersengih-sengih macam kerang busuk kepada mereka, saya pasti, anda tak cakap pun yang anda nak join usrah, anda akan ditarik kepada usrah. Haha.

Akhirul kalam, cewah, jom kita sama-sama jadi macai usrah. Tapi sampai bila kita nak berusrah? Anda, mursyidul am pun join usrah tahu? Fulsetop.

Saya nak cepat sebenarnya, rembat jela gambar akhawat, Haha.

Saturday, 20 April 2013

Di Terminal Keberangkatan

Di terminal keberangkatan ini, saya memilih untuk mendefinisikan semula blog ini. Membina semula struktur dan komponen daripada blog ini yang kelihatan compang-campeng. Membetulkan semula kemudi blog ini yang sudah tersasar arah tujunya. Mencairkan semula udara cinta yang sekian lama membeku di setiap lapisan dinding blog ini. Semuanya disandarkan di atas kalimah semula. Demi sebuah barakah. Demi sebuah khusnul khatimah.

Blog ini terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan blog-blog tarbawi dan ruhi yang pernah kalian jejaki. Hakikatnya blog ini sendiri ditulis oleh sang penulis yang cacat serba-serbinya. Seorang penulis yang masih lagi bertatih di atas jalan cinta para pejuang. Yang selamanya tidak akan sempurna. Yang masih lagi gagal untuk berdiri di atas kaki sendiri.   

Blog ini diwujudkan atas rasa ingin berkongsi. Untuk mencurahkan segala isi hati. Untuk memanifestasikan sebuah cinta. Untuk mengungkap sebuah rindu. Saya akui saya bukanlah terdiri dari kalangan “ahlul zikr” dalam kebanyakan perkara. Namun in sha Allah, apa yang saya nukilkan pada setiap bait-bait penulisan ini di sandarkan kepada sumber-sumber yang sahih. Saya berharap agar anda dapat menilai sendiri dengan menggunakan ilmu serta pemikiran anda sebelum menerima apa-apa sahaja yang saya tulis. Itulah hakikat yang perlu ada pada diri setiap muslim. Teliti. Tabayyun.

Saya juga memilih pendekatan penulisan yang ringkas. Teringin juga saya ingin mengulas tentang sesuatu perkara selumat-lumatnya. Mencincang setiap point-point perbahasan sehancur-hancurnya. Mendefinisikan setiap kalimah-kalimah sedalam-dalamnya. Namun perbatasan yang ada pada diri saya sebagai seorang hamba yang marhaen belum memungkinkan saya untuk berbuat demikian.

Lantas saya memilih untuk menjadikan ruh blog ini sebagai sumber inspirasi kepada setiap jiwa-jiwa yang membaca. Semoga blog ini mampu menyalakan bara kemahuan untuk terus menelaah kitab-kitab tafsir yang muktabar. Semoga blog ini mampu menghembuskan angin perubahan untuk terus berlari mencari mardhatillah. Semoga blog ini mencetuskan keinginan untuk terus membelek buku-buku fikrah. Semoga blog ini mampu memukul hati untuk terus tsabat di atas jalan dakwah.

Di terminal keberangkatan ini, saya memohon doa kalian supaya saya terus istiqamah menyanyikan lagu-lagu kebenaran, mendendangkan puisi-puisi keazaman dan menulis bait-bait kata yang membangkitkan. Semoga diri ini terus diselubungi keikhlasan dan bertemu dengan sebuah pengakhiran yang suci. Semoga dapat bertemu dengan bidadari yang telah sekian lama ternanti-nanti.

Di terminal keberangkatan ini, saya ingin mengucapkan selamat datang ke jalan cinta para pejuang. Semoga istiqamah. Semoga barakah. Semoga khusnul khatimah.


Istiqamah

Friday, 19 April 2013

Indahnya sebuah Tawakkal

Kerana pada kebiasaan setiap manusia itu mula mencintai tatkala dia sudah tidak dicintai

Kerana pada kebiasaan setiap manusia itu mulai menghitung hari disaat dirinya ternanti-nanti

Kerana pada kebiasaan setiap manusia itu mengharap pada sesuatu yang tidak pasti

Kerana pada setiap kebiasaan manusia itu, aku memilih mencoret di sini.

Cewah. Puitis gitu. Dah lama tak bersastera. Tapi sastera saya tak semenggah mana pun. Maklumlah diriku hanya seorang ahli filsuf kurap lagi berhabuk. Hewhew.

Melihat kepada tajuk post di atas, saya yakin lagi pasti anda boleh agak apa yang akan ditulis. Tapi saya rasa saya tak nak taip panjang-panjang. Hati saya teringin untuk berpuisi pada malam yang hening lagi dingin ini. Cewah. Terpulanglah pada diri anda dari celah mana anda nak mentafsirkan puisi ini.

Semenjak zaman bercahaya yang barakah
Telah terpateri sebuah janji yang pasti
Sebuah karunia yang datang dari arah yang tidak disangka-sangka
Buat hamba yang jiwanya tenggelam dalam lautan taqwa
Buat hamba yang nafasnya segar dengan udara tawakkal

Aku terkesima
Tatkala mengintrospeksi hati sendiri
Betapa lemahnya jari-jemari ku
Untuk terus berpaut pada dahan-dahan tawakkal
Menyebabkan aku terjerumus ke dalam sebuah fitnah
Yang menjatuhkan kredibiliti seorang hamba
Yang sepatutnya mulia dengan naungan Tuhannya.
Pada indahnya sebuah tawakkal

Lantas aku bingkas berdiri
Untuk meyakini kebenaran sebuah janji

Lantas aku terus berlari
Meninggalkan semua khayalan dan ilusi

Aku berhenti di sebuah persimpangan
Aku memejamkan mata
Aku memekakkan telinga
Aku mahu mendengar bisikan dari hati
Sebuah kata-kata keramat yang bisa membasahkan hati

Hasbunallah, wa ni’mal wakil


:)
Semoga istiqamah. Semoga baraqah. Semoga khunul khatimah.



Saturday, 13 April 2013

BELUM TIBAKAH WAKTUNYA?

Post kali ini saya mahu serius. Tak ada unsur-unsur gelak tawa yang tak tarbawi, tak ada lawak-lawak yang entah jadi entah tidak, tak ada masa nak bermain-main, sampai bila kita nak main-main? Begitu juga dengan diri anda. Saya harap anda dapat membaca post ini dengan emosi yang serius. Semoga masa-masa yang kita sama-sama infakkan ini mendapat sebaik-baik balasan dari Allah dan sekaligus meraih redha-Nya.

Sebelum kita pergi lebih jauh, saya ingin mengajak diri saya dan anda semua, untuk kita sama-sama istighfar sepuluh kali. Nak lebih pun lagi bagus. Jom Istighfar. Kita sama-sama bermuhasabah diri kita, mengharapkan agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita, dan dibukakan pintu hati kita supaya kita mampu meraih manfaat dari post ini. Saya dan anda. Penulis dan pembaca.

Baiklah. Bismillah.

Selalu juga saya berasa hairan dengan diri sendiri. Dah banyak pengisian-pengisian tarbawi, perkongsian-perkongsian ruhi dan majlis-majlis ilmu yang kita sertai. Sudah terlalu banyak input-input yang kita perolehi sepanjang berbelas atau berpuluh tahun kita hidup di muka bumi ini. Tetapi, kita masih lagi gagal untuk menjadi hamba yang baik, hamba yang beribadah sepanjang hari, hamba yang menjadikan setiap perbuatan sehariannya sebagai ibadah.

Tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini kita abaikan. Jika dilaksanakan sekalipun, penuh dengan ketidakseriusan. Seringkali saya bertanya diri saya sendiri, dan kali ini saya ingin bertanya kepada anda semua. Sepanjang kita hidup, dah berapa ramai orang yang kita tarik kepada Islam? Sepuluh? Seratus? Ke tak ada orang langsung? Sedangkan kita dah dapat berbagai-bagai ilmu pengetahuan. Jika nak dicomparekan dengan para sahabat terdahulu, Abu Bakar contohnya, Rasulullah hanya mengajar beliau syahadah, tetapi dah mampu mengislamkan ramai orang. Di mana kita?

Kita sering berbangga dengan gelaran da’ie yang terpacak di atas kepala kita. Pernah tak kita sedar itu adalah satu amanah? Kita akan di tanya kelak di hari akhirat tentang amanah itu. Sejauh mana kita bersungguh-sungguh menyampaikan Islam kepada orang-orang sekeliling kita? Setinggi mana usaha kita memastikan family kita, rakan-rakan kita memahami tujuan hidup mereka?

Di sebalik kesedaran tentang tanggungjawab dakwah ini, kita masih lagi membiarkan hari-hari dalam hidup kita diselubungi dosa. Jahiliyyah terus bermaharajalela dalam hati kita. Sampai satu tahap, kita dah tak rasa apa yang kita buat itu dosa.

Kita bergelar du’at, muharikun, hawariyyun, jundullah, ansarullah dan bermacam-macam gelaran lagi. Akan tetapi kita sendiri masih belum menghayati dengan sepenuhnya gelaran-gelaran tersebut. Gelaran yang sepatutnya menjadikan kita lebih agresif dalam arena dakwah, tetapi sebaliknya yang berlaku. Gelaran hanya tinggal gelaran.

Pernah tak kita terfikir, di saat kita menaip perkongsian-perkongsian ruhi, bercakap perkara-perkara tarbawi, bertazkirah dengan kisah-kisah nabi, adakah kita seorang da’ie, atau munafik yang menanti masa untuk dihumbankan ke dalam neraka?

Mana tidaknya.

Ikhtilat kita entah ke mana. Bertepuk tampar dengan lain-lain jantina sesuka hati. Mungkinlah kita perlu berkomunikasi dengan mereka lanataran urusan-urusan muamalat yang memerlukan keterlibatan kedua-dua pihak. Tetapi masih lagi ada batas-batas yang perlu kita jaga. Kita sendiri tahu sama ada kita dah cukup jaga batas-batas itu atau tidak. You know yourself better.

Pandangan mata kita juga dah bukan macam pandangan mata seorang da’ie. Kadang-kadang orang yang tak buat dakwah pun lebih soleh pandangan mata mereka nak dibandingkan dengan kita. Kita tak aplikasikan pun istilah menundukkan pandangan dalam kehidupan kita. Mata dibiarkan meliar sesuka hati. Patutlah kita susah sangat nak absorb apa yang kita belajar kan? Mungkin di sinilah titik puncanya.

Tak payah nak cerita solat jemaah. Solat kita yang sendiri-sendiri tu. On time tak? Cukup khusyuk tak? Kita rasa tak nikmat bersolat tu? Ke solat hanya sebagai rutin seharian kita? Sedangkan bagi para du’at, solat itulah waktu mereka berehat. Hati-hati mereka terhubung ke langit. Kita?

Al Quran kita ke mana? Dalam satu hari berapa page kita belek? Ke dah berhabuk Al Quran tu? Sedangkan diutuskan Ar Rasul beserta dengan ayat Al Quran yang merupakan wahyu yang menggerakkan. Ironi lah kalau kita yang mengaku sebagai penyambung tugas Ar Rasul yang mulia meletakkan Al Quran di tepi.

Allahu Allah.

Kita. Ya. Saya menggunakan kata ganti diri kita. Bererti pembakaran secara terbuka ini turut ditujukan buat diri saya. Muhasabah. Itu yang terbaik. Kita reflek diri kita. Setara mana kita dalam dakwah ini? Dah berapa jauh kita dah pergi? Setinggi mana amal kita? Seluhur mana ikhlas kita?

Saya rasa cukuplah sampai di sini dulu. Menulis, mencoret, menconteng sebanyak mana pun tetapi kalau tak disusuli dengan amal tak ada gunanya. Mari kita bersama-sama muhasabah diri kita. Sejauh mana kita dah amalkan apa-apa yang telah kita kongsikan? Perkara yang kita seru selama ini, apakah sudah diterjemah kepada amal? Jika belum tutuplah laptop. Beramallah. Saya dan anda.

Semoga post ini mencetus kalau tidak banyak pun, sedikit keinginan untuk diri kita untuk berubah. Saya, anda dan mereka. Semoga istiqamah, semoga barakah, semoga khusnul khatimah.

Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan kepada mereka dan janganlah mereka berlaku seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik.

(Al Hadid : 16)

Irdhana ya Allah. Aku dan mereka. Jadikan kami orang-orang yang beramal.

Imanan wahtisaban