Kerana pada kebiasaan setiap manusia itu mulai menghitung hari disaat dirinya ternanti-nanti
Kerana pada kebiasaan setiap manusia itu mengharap pada sesuatu yang tidak pasti
Kerana pada setiap kebiasaan manusia itu, aku memilih mencoret di sini.
Cewah. Puitis gitu. Dah lama tak bersastera. Tapi sastera saya tak semenggah mana pun. Maklumlah diriku hanya seorang ahli filsuf kurap lagi berhabuk. Hewhew.
Melihat kepada tajuk post di atas, saya yakin lagi pasti anda boleh agak apa yang akan ditulis. Tapi saya rasa saya tak nak taip panjang-panjang. Hati saya teringin untuk berpuisi pada malam yang hening lagi dingin ini. Cewah. Terpulanglah pada diri anda dari celah mana anda nak mentafsirkan puisi ini.
Semenjak zaman bercahaya
yang barakah
Telah terpateri sebuah janji yang pasti
Sebuah karunia yang datang dari arah yang tidak disangka-sangka
Buat hamba yang jiwanya tenggelam dalam lautan taqwa
Buat hamba yang nafasnya segar dengan udara tawakkal
Aku terkesima
Tatkala mengintrospeksi hati sendiri
Betapa lemahnya jari-jemari ku
Untuk terus berpaut pada dahan-dahan tawakkal
Menyebabkan aku terjerumus ke dalam sebuah fitnah
Yang menjatuhkan kredibiliti seorang hamba
Yang sepatutnya mulia dengan naungan Tuhannya.
Pada indahnya sebuah tawakkal
Lantas aku bingkas
berdiri
Untuk meyakini kebenaran sebuah janji
Lantas aku terus
berlari
Meninggalkan semua khayalan dan ilusi
Aku berhenti di
sebuah persimpangan
Aku memejamkan mata
Aku memekakkan telinga
Aku mahu mendengar bisikan dari hati
Sebuah kata-kata keramat yang bisa membasahkan hati
Hasbunallah, wa
ni’mal wakil
| :) |
No comments:
Post a Comment