Mereka kata...Kita ni menjaga solat. Tapi Kita...Kalau boleh
nak buat masa paling hujung waktu.
Mereka kata...Kita ni boleh menjadi imam Tapi Kita... Bagi
alasan "Eh ada orang yang lagi layak lah"
Mereka kata...Kita ni tak mengumpat Tapi Kita...Pantang ada
geng. Pasti bergosip.
Mereka kata...Kita ni calon suami yang soleh Tapi
Kita...Layak ke gelaran soleh tu untuk kita?
Mereka kata...Kita ni calon isteri yang solehah Tapi
Kita...Layak ke gelaran solehah tu untuk kita?
Mereka kata...Kita ni mathurat dijadikan amalan harian. Tapi
Kita...Mathurat tu apa benda?
Mereka kata...Kita ni mengamalkan sunnah. Tapi Kita...Perkara
yang wajib pun entah ke mana.
Mereka kata...Kita ni menutup aurat. Tapi
Kita...Mempersembahkan aurat menjadi kebanggaan.
Mereka kata...Kita ni qiamullail dijadikan makanan mingguan.
Tapi Kita...Last buat pun time kat sekolah.
Mereka kata... Kita ni kuat bersedekah. Tapi Kita...Kekasihku
segala-galanya.
Mereka kata... Kita ni menjaga batasan pergaulan. Tapi
Kita...Bertepuk tampar dengan ajnabi menjadi kebiasaan.
Mereka kata...Kita ni banyak menghafaz Al Quran. Tapi
Kita...Juzu’ amma pun entah ke mana.
Mereka kata...Kita ni sedap mata memandang. Tapi Kita...Langsung
tiada seri dek terpalit dosa dan noda.
Mereka kata...Kita ni membaca Al Quran dijadikan kelaziman.
Tapi Kita...Al Quran hanya perhiasan. Entah-entah dah berhabuk.
Mereka kata...Kita ni penuh ilmu agama di dada. Tapi
Kita...Sekarang kita bukan pelajar sekolah agama dah. Belajar pun sekadar mahu
lulus periksa.
Menangislah wahai jiwa-jiwa yang membaca. Telah datang peringatan
kepada kita. Kenapa kita mendustakannya?
Tidak berdesing kah telinga kita mendengar
“Ala..budak sekolah agama pun buat begitu dan begini”
Atau lebih menyakitkan apabila non muslim bercakap,
“I tengok budak sekolah agama pun macam tu. Patut la Islam ni teruk.”
Nah. Tahniah untuk kita semua yang berjaya menimbulkan fitnah
besar kepada agama yang kita cintai ini. Islam yang tersebar dengan lelah dan
keringat baginda Ar Rasul S.A.W, para sahabat dan para mujahidin, kita cemarkan
dengan akhlak “budak sekolah agama” kita.
Artikel ini bukanlah dihadirkan atas dasar ingin mengumpat ataupun mengata. Bukan jua untuk mendabik dada sebagai produk sekolah agama. Tetapi sebagai wacana untuk kita muhasabah diri, merenung peribadi diri, menilai amalan sendiri, mengaudit sahsiah sendiri. Apakah layak kita menggalas title “Bekas Pelajar Sekolah Agama?” Solat jemaah kita ke mana? Al Quran kita di laut Cina Selatan kah? Mathurat kita di Banjaran Himalaya kah? Batasan Ikhtilat kita di Gunung Karaktoa kah? Sila menangis tersedu-sedu. Begitu juga dengan diri saya. Diri yang penuh dengan dosa dan noda.
Bukan mengatakan kita wajib menjadi alim seperti ulama’ hebat. Bukan ingin mengatakan kita harus taat seperti malaikat. Kerana kita sendiri mengenali perbatasan kita. Manusia yang penuh cacat cela. Tapi cukup lah kita menjadi umat yang sebenar-benar umat. Ingat kata-kata ini. “Andai tak mampu buat semua jangan tinggal semua."
Wahai. Kita adalah harapan ummah. Tapi bukan untuk kita mendabik dada. Bahkan, ini adalah amanah yang berat. Seakan-akan segala gunung-ganang yang ada diletakkan di atas bahu kita. Nah. Rasakan amanah ini. Hidupkan semula hati kita. Untuk kita merasai semula Tarbiyyah Rabbaniyyah dan untuk kita menghayati Tazkirah yang menggugah jiwa. Apa yang ditunggu lagi? Ingin ditunggu langit terbelah dua? Ingin ditunggu halilintar membelah samudera? Wahai. Anda telah dilengkapi dengan khazanah ilmu yang tidak dimiliki oleh mereka yang tidak bersekolah agama. Khazanah yang sepatutnya kita guna untuk menghadapi Ummah. Bukan untuk kita berbangga dengan Slip Periksa. Wahai. Bangkitlah dari tidur lena. Kembalikan diri ke dalam kandang Ibadah. Jalankan tugas Khalifah.

Allahummsolli ala muhammad . terima kasih atas peringatan ni :)
ReplyDeleteJazakillah atas kesudian membaca
ReplyDeleteMoga ALLAH redha
Peringatan untuk penulis juga,
Jgn lupa follw ya dan sebar-sebarkan :)
mmg terasa..
ReplyDeletesgt tepat pd target..
semga dri ini kmbali istiqmah..
semoga diri daku kembali bertaut pada Ad-Deen..
ReplyDeleteAllahu. Sentap. Sungguh :(
ReplyDeleteDoakan ana supaya istiqomah mengamalkan apa2 yg diajarkan oleh ustaz dan ustazah apabila keluar dari "sekolah agama".