Termenung. Bosan. Tak taw nak buat ape. Bukak laptop. Tgk
video. Video Ini sungguh Kool (ISK). Bosan jugak. Dah banyak kali tengok. Tutup
laptop. Bersandar. Mengeluh. Mengeluh lagi. Menguap pulak. Mengantuk. Nak
tidur. Ah!
Ali beralih ke katilnya. Baring. Pejam mata. Celik mata.
Pejam mata lagi. Celik lagi. Celik. Terus celik. Ali bangun. Suasana bilik
sunyi sepi. Hanya kedengaran kipas buruk mengiut dengan merdunya. Laksana
kicauan burung tak cukup oksigen. Err. Tiba-tiba ”Lagu ketulusan Hati
kedengaran”. Ringtone henset Ali. Ali seorang yang jiwang.
Tengok screen henset. “One message received”. Jap. Terlupa.
Henset Nokia. Bukan Touch screen.
Open message
“ Ali, saya sayang anda fillah”
Sender : Kasim
Close message
Ali duduk atas katil. Ali keliru. Ali amek henset dia. Nak
reply ke tak nak. Erm. Malaslah. Ali campak henset dia. Apa tu sayang fillah?
Ya. Sayang kerana Allah. Tapi camne? Macam mane nak taw orang tu sayang kita
fillah? Pening. Tension. Ali malas nak fikir lagi. Ali nak tidur.
Tiba-Tiba. “Tok ! Tok ! Tok !”
Bunyi pintu bilik Ali di ketuk.
Ali : Siapa tu?
Suara : Eheh. Cuba teka.
Ali : Kasim kan.
Ali bangun dari katil lalu buka pintu biliknya. Ya. Betul.
Kasim.
Kasim : Eheh. Macam mane ko taw aku yang datang? Wah. Mesti
ko sayang aku fillah jugak kan.
Ali : Aku dah
cam sore ko.
Kasim : “Buat muka terharu. Senyum”
Kasim : Ali, aku sayang ko fillah.
Ali diam. Ali pandang Kasim. Kasim pandang Ali. Kasim
senyum.
Ali : Ko sayang
aku fillah?
Kasim : Ye. Senyum
Ali : Tapi
kadang2 ko macam karipap bila jumpa aku.
Kasim : Ye. Kadang2 aku macam karipap bila jumpa ko. Tapi
aku sayang ko fillah.
Ali : Tapi
kadang2 ko tak balas mesej aku.
Kasim : Ye. Kadang2 aku tak balas mesej ko. Tapi aku sayang
ko fillah.
Ali : Tapi
kadang2 ko tak senyum kat aku.
Kasim : Ye. Kadang2 aku tak senyum kat ko. Tapi aku sayang
ko fillah.
Ali : Tapi
kadang2 ko makan lolipop sorang2.
Kasim : Ye. Kadang2 aku makan lolipop sorang2. Tapi aku
sayang ko fillah.
Ali : Apa maksud sayang fillah..?
Kasim diam. Tiada jawapan. Bunyi kipas mengiut makin
perlahan. Mungkin skrunya sudah sayang arah pusingannya. Sayang fillah.
Melengkapi tujuan hidupnya.
Kasim menundukkan pandangan. Kasim amik bantal Ali. Kasim
peluk bantal Ali. Peluk kuat2. Kasim senyum kat Ali. Ali tiada respons. Tapi
Ali sedar Kasim ikhlas. Ye. Ikhlas. Kasim juga manusia biasa. Dia juga buat
silap. Dia juga tak sempurna. Ali perlu menegurnya. Ali perlu membetulkannya.
Tapi jika hanya jika Ali sayang Kasim fillah.
Sungguh, setiap mukmin itu bersaudara.
Macam tergantung je? lalalala
sayang anda fillah jugak
ReplyDelete8-)
masyaALLAH
ReplyDelete