Saturday, 13 April 2013

PAS

Saya ada ternampak sebuah gambar di mukabuku yang tertulis,

"Semua orang nak mati dalam Islam, tapi tak ramai yang nak hidup cara Islam"

To some extent, saya bersetuju dengan quote ini but in different perspective, saya kurang bersetuju. Konklusinya saya bersetuju untuk tidak bersetuju. Eh makin pening pulak.

Hujah saya, cewah, dah macam debat pulak. First thing first, mana kita tahu orang-orang tu tak nak hidup cara Islam? Boleh jadi mereka tidak memiliki kefahaman lagi tentang Islam yang sebenar. Boleh jadi jugak mereka masih lagi teraba-raba mencari cahaya pencerahan. Boleh jadi jugak mereka jauh dari Islam sebab keculasan dan kemalasan kita dalam menyempurnakan tuntutan Syahadatul Haq. Uhuk. Kita duk jadi baik sorang-sorang, makan sorang, semua benda nak buat sorang-sorang. Pastu kita bajet nak masuk syurga. Pffttt. Tahukah anda yang mereka-mereka ini boleh menuntut daripada anda di hari pembalasan kelak?

“Hang join usrah kenapa tak ajak aku?”

“Kau pergi surau dulu selalu je lalu depan bilik aku, kenapa tak ajak aku?”

Gulp. Anda ada jawapannya?

Ini cuma muqaddimah. Muqaddimah kali ni agak psiko sikit. Asyik sedih-sedih je kan.

Kali ini saya nak cerita tentang sebuah penyakit hati yang popular dalam kalangan ahli-ahli ibadah, para du’at mahupun Perdana Menteri. Eh.

Penyakit ini dinamakan SUM’AH.

Anda tidak boleh bersetuju lebih jika saya katakan penyakit ini bukan calang-calang penyakit. Dikisahkan bahawa ketinggian tahap radiasi penyakit ini mampu membuatkan amal-amal yang kita lakukan menjadi seperti debu-debu yang berterbangan di hari akhirat kelak. Nauzubillah.

Dan kami tunjukkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagai debu yang berterbangan

25: 23

Secara ilmiahnya, sum’ah ni bermaksud kita mengkhabarkan amalan-amalan yang kita buat kepada orang lain yang sebelumnya amalan tersebut tidak diketahui dengan sebab untuk mendapatkan pujian atau penghargaan dari mereka.

Pahe dop?

Secara mudahnya, bila mana kita melakukan sesuatu amalan dengan niat untuk mendapatkan pujian, maka itulah sum’ah. Sebagai contoh, kita bangun untuk qiamullail. Macam-macam kita buat. Solat sunat taubat, solat sunat hajat, baca quran, berzikir. Kalah ibadah ahli sufi. Fuh. Tapi esoknya kita gi cerita pulak semua benda yang kita buat malam tu kat semua orang dengan harapan nak dapatkan pujian. Dah rugi kat situ.

Ok. Mungkin contoh di atas agak extreme dan tidak relevan untuk kita yang tak selalu bangun qiam ni. Koff3. Contoh lain bila kita tulis blog, lepas dah publish, ada sekelumit rasa di hati kita nak orang puji hasil karya kita. Bila tak de orang puji mulalah kita menjaja entry blog kita tu kat semua orang. Sum’ah la namanya tu. Uhuk *kena panah petir.

*Hangus*
Anda mungkin tertanya-tanya apakah hubung kait antara sum’ah dan riya’?

Baiklah. Sekali lagi secara ilmiahnya, cewah, riya’ ni maksudnya sikap beramal bukan kerana Allah, manakala sum’ah bermaksud beramal kerana Allah tetapi mengkhabarkan amalan itu kepada orang lain. Dalam kitab Fathul Bari, dinyatakan bahawa, sum’ah ini merupakan amal yang terpuji sekiranya ia melakukannya untuk Allah dan memperoleh redha-Nya, dan tercela sekiranya dia membicarakan amalnya di hadapan manusia.

Maka pada hemat saya yang serba marhaen ini, adalah lebih baik kita merahsiakan amal-amal kita sebab kita tak mahu terjerumus dalam lembah perangkap penyakit sum’ah. Biasa la kan, iman umat akhir zaman ni senipis kulit bawang. So better play safe. Eheh.

Jom kita sama-sama sertai PAS. Persatuan Anti Sum’ah. Eheh.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya’ kepada manusia.

(2 : 264)

Semoga istiqamah. Semoga baraqah, Semoga khusnul khatimah.

4 comments:

  1. Ceh..Tajuk entri nak sensasi je..Hahah..Apa-apa pun..Jum sertai PAS! :D

    ReplyDelete
  2. tajuk entri sangat kontroversi err.
    jzkk utk penerangan yg sangat in depth ni.
    tak sangka pula. dgn blog pun boleh dipermainkan T-T
    ana nak join PAS jugalah.

    ReplyDelete
  3. Mohon buat lagu tema PAS. Ana pn nk buat promosi juga. :)

    ReplyDelete