Sunday, 7 April 2013

pssssttt..akhi, mari la sini kejap

Hari demi hari berlalu. Minit demi minit terus bergerak. Detik demi detik pergi meninggalkan kita. Persoalannya di sini adalah diri kita. Adakah iman dan amal kita terus meningkat dengan berlalunya makhluk-makhluk tadi ataupun masih di takuk lama? Anda nilailah diri anda sendiri.

Ini muqaddimah.

Sebenarnya saya selalu ada perasaan aneh terhadap ikhwah. Err. Sila jangan salah faham ye. Maksud saya di sini ialah cemburu. Ya. Perasaan cemburu. Especially ikhwah-ikhwah yang mantap amal da’wi dan amal fardi mereka.

Ikhwah-ikhwah ini ada di antara mereka yang saya baru kenal. Yang tak pernah kenal pun ada. Tapi mendengar cerita-cerita legenda tentang diri mereka dari sumber-sumber yang terpercaya lagi sahih, saya meyakini bahawa mereka ini memang benar-benar super saiya di atas jalan dakwah.

Begitu juga dengan ikhwah-ikhwah yang sepenjuru dengan saya. Bersama-sama membina penjuru kami. Mata, telinga, hidung hatta bulu kening saya menjadi saksi betapa komitednya mereka dengan dakwah ini. Dengan amalan fardi yang cukup dijaga bagai menatang air ribena di atas dulang untuk dihidang kepada tetamu, dakwah fardiyyah yang cukup bersinar-sinar dan begitu juga hubungan hati dengan hadek-hadek bulatan gembira mereka.

Anda cemburu juga ke?

Dan ada di antara ikhwah-ikhwah ini yang menjadi pengusaha industri blog kecil-kecilan. Selalu jugalah saya meng’usha’ blog-blog mereka. Walau macam mana sibuk pun diri ini, saya tetap akan cuba untuk meluangkan masa untuk membaca setiap entry-entry baru dari blog mereka dengan harapan untuk mendapatkan secebis hikmah daripada penulisan-penulisan yang ditulis dengan titisan-titisan peluh mereka sendiri. Kadang-kadang saya saja meninggalkan jejak setelah membaca blog-blog mereka. Kepingin benar berukhuwwah dengan mereka. Begitu juga dengan page-page mukabuku yg dikendalikan oleh ikhwah-ikhwah untuk tujuan dakwah umum. Saya konpem tanpa segan silu dan tanpa malu-malu kucing akan menge’like’ page mereka sebab saya tahu pasti ada sesuatu yg bermanfaat yang ingin di kongsi oleh mereka sama ada melalui kuot-kuot osem mereka, hadis-hadis yang mereka baca mahupun ayat-ayat al-quran agung yang menyentuh hati mereka.

Anda nak tahu kenapa saya tersangatlah cemburu dengan ikhwah-ikhwah super saiya ini?

Mana tidaknya.

Jika dahulu sebelum mengenal tarbiyyah, mereka dah layak dipanggil kasanova. Melayan perempuan sana sini. Tetapi sekarang mereka melayan banyak usrah. Ada ikhwah yang menjadi murabbi kepada berbelas-belas anak usrah. Subhanallah. Osem kan?

Jika dahulu sebelum menyertai dakwah, mereka dan game dah macam isi dengan kuku. Tapi sekarang dah jadi bespren dengan al quran. Pergi mana-mana mesti ada al quran. Saya paling suka tengok ikhwah-ikhwah baca al quran dalam tren. Osem!

Jika dahulu sebelum bersama usrah, mereka ni gangster kaki lima yang entah datang dari mana. Belasah orang. Bunuh orang. Err, ade ke? Tapi sekarang mereka menjadi kader-kader dakwah yang gangster. Pantang ada unsur-unsur jahiliyyah dalam dakwah pasti akan ditentang habis-habisan. Lawan tetap lawan! Ini kalilah! Arus baru! Eh.

Dan anda tahu apa?

Saya kepingin benar ingin bertemu dengan ikhwah-ikhwah ini terutama yang saya belum pernah kenal lagi untuk menuntut hikmah dari mereka. Cewah! Jika anda yang sedang membaca tu kenal mana-mana ikhwah yang super osem ini, sampaikan salam ukhuwwah dari saya buat mereka ye.Wink wink. Kenyit mata.

Saya kepingin benar ingin bercipiki-cipika dengan ikhwah-ikhwah ini dengan penuh kemesraan dan saling berkasih sayang hanya kerana-Nya. Oh ye anda yang tadi tu. Kalau ada kenal mana-mana ikhwah-ikhwah super saiya ini, sampaikan juga cipiki cipika saya kepada mereka ye. Kekeke.

Saya kepingin benar ingin berqadhaya dengan mereka. Mendengar taujihat yang basah dari mereka. Merelakan diri yang penuh dengan sisa-sisa dosa dan karat-karat jahiliyyah ini di bakar oleh mereka dengan darjah kepanasan lima ratus enam puluh lapan.

Sungguh, saya kepingin benar.

aku ingat pertemuan pertama kita, akhi sayang
dalam dua detik, dua detik saja
aku telah merasakan perkenalan, bahkan kesepakatan
itulah ruh-ruh kita yang saling sapa dan berpeluk mesra
dengan iman yang menyala, mereka telah muafakat
meski lisan belum saling sebut nama, dan tangan belum berjabat

Dalam Dekapan Ukhuwwah, Salim A Fillah

Sesungguhnya, dalam dekapan ukhuwwah, aku mencintai kalian kerana Allah.

Ana uhibbukum fillah

*jatuh kerusi*

Hoyeaahh!!

1 comment:

  1. Salam akh,
    mungkin boleh letak pautan utk ke blog2 yg akh maksudkan tu ,jadi boleh readers tambah bhn bacaan..dan cemburu yg akh maksudkan,sy juga pernah merasakan ..betapa aneh bila sebelumnya saya tak berapa rapat dgn kawan yg sama jantina,kerana lbh suka berkongsi cerita dgn kawan2 yg berlainan jantina,tp saat sy terpandang seorang yg sama jantina dgn sy,terus jatuh hati (err .jgn slh fhm) ,cemburu hanya dgn melihat ..langsung sy mengenali beliau,bahkan cemburu itu bertambah..dengan pimpinan beliau,sy mula mengenali apa itu tarbiah :)

    ReplyDelete