Anda tahu anda
bukan artis pujaan rakyat Malaysia yang masih aman ini bila mana status
mukabuku yang di update hanya menerima kurang dari sepuluh like.
Anda tahu anda
bukan selebriti terkenal seantero nusantara ketika bilangan pengikut pada akaun
twitter anda statik ataupun bertambah pada kadar pertumbuhan perlahan sejak
tiga bulan yang lepas walaupun anda tweet hampir setiap hari.
![]() |
| Hang percaya tak kalau aku cakap matluhfi yang tulih belog nih..? |
Selebriti alam
maya.
Ramai figura yang
saya kenali kini sudahpun bergelar selebriti di dunia yang dipenuhi dengan kod,
wayar dan electron ini. Ada yang mengenakan topeng, ada juga yang mendedahkan
sahaja identiti mereka kepada umum. Sudah pasti mereka punyai sebab serta
alasan yang tersendiri.
Jujur bagi diri
saya, dunia maya ini punyai cerita dan cereka yang tersendiri. Perjuangan di
dunia serba putih ini memerlukan mujahadah yang bukan calang-calang. Di sini
kita bebas menulis dan mempersembahkan apa sahaja yang kita sukai. Apatah lagi
jika kita memilih watak yang berselindung di sebalik topeng. Cabarannya
terletak di fasa pelaksanaan dimana kita perlu menterjemahkan segala huruf dan perkataan
kepada bentuk amal.
Di fasa ini saya
kerap gagal. Bahkan berkali-kali gagal. Tidak dapat dinafikan kadangkala saya
berperang dengan hati sendiri. Saya acap kali gagal dalam percubaan untuk
menulis post yang baru kesan daripada peperangan ini. Terasa berat untuk
melaksanakan apa yang mahu diseru, sedangkan perkara itu perlu diseru. Namun
saya memilih untuk tidak menekan butang berhenti. Saya percaya perkara sama
turut dihadapi oleh mereka yang memilih wadah lain. Melalui lisan misalnya ataupun
pembikinan video animasi. Semuanya memerlukan mujahadah tika mana untuk melaksanakan
apa yang telah mereka seru. Jangan sesekali berhenti menyeru. Itu kata
kuncinya.
Itu baru cabaran
yang pertama.
Walaupun
bilangan likers dan followers tidak boleh dijadikan indicator sebenar
berjayanya seruan alam maya yang kita lakukan, tidak boleh dinafikan perkara
itu mampu menjadi catalyst ataupun lastik pelancar untuk kita terus bersemangat
menyeru dari sini. Justeru tiadanya catalyst dan lastik pelancar ini mampu
memberi kesan kepada prestasi kita sebagai da’ie alam siber.
Saya akui
perkara itu.
Namun saya tidak
bersetuju andai perkara itu menyebabkan kita terus patah semangat lantas
berhenti menyeru. Di timeline mukabuku sebenar saya, saya terjumpa sebuah
status yang saya kira menyentuh hati saya.
“I don’t care
how many likes a status can get, but the benefits that others can get from it
that counts.”
Maka saya dapat
menyimpulkan..
No like? No
problem.
No share? No
problem.
No follower? No
problem.
If your
blogpost, tweet or status do not benefit others, at least they benefit you.
That matters the most.
Namun dari sudut
pandangan yang lain, saya menyeru diri saya sendiri dan seluruh pejuang alam
maya yang dikenali mahupun tidak, usah terlalu taksub dengan dakwah alam maya
sehingga kita melupakan kerja kita yang sebenar.
Dakwah yang
sebenar adalah bila mana kita berkonfrontasi dengan orang yang diseru secara
berhadapan, bukan bertiraikan huruf dan perkataan. Itulah medan kita yang
sebenar. Itulah sunnah dakwah Rasulullah. Dunia realiti. Kerana itu saya beranggapan pekerjaan di alam maya ini
tidak lebih dari sekadar pekerjaan sambilan.
Akhir kata..
Ikhlaslah..






