Thursday, 25 July 2013

TUHAN KAMI ADALAH ALLAH

Amaran. Post ini panjang. Sila tabahkan hati dan ikhlaskan diri untuk membaca. Hmm


Assalamualaikum.

Fuh lama dah tak start tulis blog dengan beri salam. It is a good thing to practice by the way. Tetibe je cakap omputeh kan.

Seperti biasa, di bulan ramadhan yang mulia ini, agak rugi pula jika setiap post tak dikaitkan secara atas talian ataupun di bawah talian dengan ayat-ayat Al Quran. Makanya, dengan keizinan pemegang cap mohor diraja industri blog cawangan kecil-kecilan, saya berminat untuk berkongsi dapatan daripada tadabbur saya. Bunyi seperti bajet di situ.

Sebelum itu, seperti biasa, sesiapa yang tak tahu apa itu tadabbur, sila gugel dalam masa tiga saat. Dan perlu diketengahkan juga, tadabbur ni cuma untuk refleksi diri masing-masing. Arakian anda tidak boleh menggunakan sebarang dapatan perbincangan untuk menyesatkan mana-mana pihak baik di belah kerajaan mahupun pembangkang.

Panjang pulak disklemer. So bagi yang ada mushaf Al Quran tu cepat-cepat bukak mukasurat lima ratus tiga, surah ke empat puluh enam ayat ke tiga belas. Oh lupa pulak, it would be nice kalau anda berwudhuk dahulu, jangan lupa baca doa penerang hati.

“Sesungguhnya orang-orang yang berkata, “Tuhan kami adalah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah, tidak ada rasa khuatir pada mereka, dan mereka tidak pula bersedih hati”
Al-Ahqaf : 13

Dengan aqidah yang in sha Allah sejahtera, jom kita perhalusi dan teliti ayat diatas bahagian demi bahagian.

“Sesungguhnya orang-orang yang berkata, “Tuhan kami adalah Allah”..”

Ramai. Saya kira setiap manusia yang memegang kad pengenalan berwarna biru yang tertera “Islam” di bahagian agama pasti akan mengiyakan statement di atas. Hari ini kita melihat umat Islam di mana-mana. Pergi sekolah ada orang Islam, pergi bazar ramadhan lagi la ramai orang Islam, pergi masjid ofkos la semua orang Islam, pergi disko pun ada orang Islam, acano tu?

Apa-apa pun kita teruskan dahulu.

“….kemudian mereka tetap ISTIQAMAH..”

Mungkin anda tidak, tetapi frankly speaking, saya seringkali gagal part yang ini. Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan istiqamah itu? Secara literalnya, tentulah kita memahami istiqamah yang dimaksudkan ialah istiqamah mengatakan “Tuhan kami adalah Allah”.

Namun kita perlu melihat perkaitannya di sebalik tabir, iaitu apa yang dimaksudkan dalam ayat itu secara tersiratnya.

Statement “Tuhan kami adalah Allah” itu bukan sebarang statement. Bahkan ia adalah statement agung yang sekaligus mengangkat tinggi kedudukan Allah mengatasi segala-galanya dalam hidup kita. Bererti kita memprioritaskan Allah lebih dari segalanya, lebih dari kedua ibu bapa kita, lebih dari harta benda yang telah kita kumpulkan, lebih dari kucing kesayangan kita.

Dengan memperakui statement “Tuhan kami adalah Allah” secara tidak langsung bererti kita bersetuju untuk mematuhi segala apa yang ditetapkan oleh Allah, undang-undang Allah, hukum-hakam Allah, titah-perintah Allah. Dan semua yang telah ditetapkan oleh Allah ini sudah termaktub dalam Al Quran dan ia menguncup dari pecahan yang besar kepada dua tujuan utama kita dihidupkan di dunia ini iaitu menjadi abid (hamba) dan khalifah.

Inilah istiqamah yang dmaksudkan. Istiqamah menjalankan tugas sebagai abid (hamba) kepada Allah dan khalifah di muka bumi. Persoalannya berapa ramai yang istiqamah?

Jom teruskan lagi

“..tidak ada rasa khuatir bagi mereka..”

Nah. Allah sebut orang-orang yang istiqamah ini tidak ada rasa khuatir dalam diri mereka. Mereka tidak terkesan dengan mehnah permainan dunia, tipu daya dunia. Risau, cemas, gelisah, berpeluh-peluh seolah-olah bukan sebahagian dari mereka. Dan bagaimana dengan kita? Saya rasa hampir setiap hari kita risau dan gelisah oleh sebab yang pelbagai. Risau dengan keputusan hekzem, risau memikirkan bonus hari raya, gelisah kalau duit hilang, cemas bila kekasih gelap mintak putus. And the list goes on.

Apakah sebabnya?

Jawapannya mudah. Kerana kita tidak istiqamah mengatakan “Tuhan kami adalah Allah”. Dan ofkos secara tidak langsung kita juga tidak istiqamah menjalankan tugas sebagai abid (hamba) dan khalifah. Mungkin kita terlalu kerap tergelincir ke lembah kefuturan. Mungkin juga kita terlalu lembik dalam bermujahadah.

“…dan mereka tidak pula bersedih hati..”

Perasaan sedih. Fitrah seorang manusia yang normal tidak kira berapa jumlah chromosome yang dia ada. Semua orang pernah dan akan berasa sedih. Sedih kerana kehilangan orang yang tersayang, sedih dengan ujian yang terlalu berat ditimpakan, sedih setelah apa yang diimpikan tidak kesampaian.

Tetapi dalam ayat di atas, Allah menegaskan orang-orang yang istiqamah ini tidak bersedih hati. Mereka meyakini kebenaran janji-janji Allah dan sudah tentu janji-janji Allah itu benar. Kuasa Allah. Kurniaan Allah. Hati itu milik Allah. Bukankah Allah pernah mengatakan bahawa Dia yang menurunkan ketenangan dalam hati orang-orang yang beriman?

Dan kita di sini terus-menerus berasa gelisah. Terus menerus bersedih hati. Walaupun disebabkan ujian seberat kaki semut. Mungkinkah kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang istiqamah itu?

Jika nikmat tidak berasa khuatir dan tidak bersedih hati tidak bisa kita dapatkan, layakkah kita untuk mendapat nikmat seterusnya yang dijanjikan untuk orang-orang yang istiqamah ini dalam ayat yang seterusnya?

“Mereka itulah para penghuni syurga, kekal di dalamnya, sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan”
Al Ahqaf : 14

Layakkah kita?

3 comments:

  1. Encik Musab, boleh huraikan lagi tujuan hidup sebagai abid dan khalifah itu? Jazakallah

    ReplyDelete
  2. Ingin Tahu : Susah nak jawab dekat sini, in sha Allah sy try tulis pasal tu, utk rujukan tgk 2:30 dan 51:56

    ReplyDelete