Monday, 7 October 2013

MEMORANDUM UNTUK SEMUA PELAJAR UNIVERSITI / KOLEJ / IPTA / IPTS

Tajuk macam serius. Macam je la. In sha Allah, saya akan mencuba dengan sedaya upaya untuk memastikan apa yang bakal saya bebelkan di bawah ini tidak membosankan apatah lagi menyebabkan anda yang membaca kekejangan otot. Saya cuba..

Let’s start!

Hari demi hari kita dapat melihat dunia mengalami perubahan. Daripada sekecil-kecil perubahan kepada sebesar-besar perubahan. Contohnya telefon. Jika dahulu, telefon yang ada jika dibaling ke arah anjing, in sha Allah, anjing tu meninggal dunia. Sekarang? Macam-macam fesyen telefon dah ada. See how world is evolutionizing?

Impressive!
Straight to the point…begitu juga dengan Islam.

Agama Islam yang telah disebarkan dengan keringat Rasulullah dan para sahabat juga mengalami perubahan. Perubahan yang saya maksudkan di sini bukanlah perubahan dari segi ruh atau intipati Islam. Tetapi perubahan dari segi bagaimana umat Islam memandang Islam itu sendiri. Perubahan yang macam mana tu?

Let us see.

Sekarang terdapat macam-macam jenama Islam. Ada yang Islam separuh-separuh, Islam suku-suku dan sebagainya. Tidak! Saya tidak bermaksud untuk melabel sesiapa. Namun ini adalah hasil daripada pemerhatian saya. Boleh dikatakan hampir keseluruhan umat Islam zaman ini tidak lagi memandang Islam sebagai Ad-Deen sebagaimana yang dipandang oleh Rasulullah dan para sahabat.

Apa maksudnya?

Islam kini hanya dianggap tidak lebih dari sekadar sebuah agama. Maknanya pengertian Islam kini hanya difahami melalui ibadat-ibadat ritual seperti solat, puasa, mengaji dan lain-lain. Dalam erti kata lain, Islam hanya berlegar sekadar di ruang lingkup perkara-perkara ukhrawi (akhirat). Ruh Islam sudah tidak wujud lagi dalam aspek keduniaan seperti jual-beli, pemerintahan, apatah lagi perkara kecil seperti buang air kecil sekalipun.

Sedangkan pada hakikatnya Islam itu merupakan sebuah Ad-Deen yang bererti cara hidup. Cara hidup kita adalah cara hidup Islam. Cara kita makan melambangkan kita adalah orang Islam. Cara kita berniaga melambangkan kita adalah seorang muslim. Hatta cara kita buang air sekalipun menunjukkan kita adalah orang Islam.

Namun masalahnya hari ini, mengapa agak sukar untuk menentukan status keislaman seseorang berdasarkan kehidupan sehariannya? Bahkan orang yang bukan Islam pula yang tertonjol ciri-ciri keislaman mereka. Lebih teruk lagi orang Islam sendiri memberikan imej buruk kepada agama Islam. Bila sebut sahaja tentang Islam, mula terbayang kemunduran, kemiskinan, keganasan dan sebagainya.

Ia perit untuk diterima namun tetap perlu ditelan jua. Islam kini sudah terfitnah. Agama yang disebarkan dengan jerih-perih Rasulullah dan sahabat kini terpalit dengan persepsi buruk dek kurangnya kefahaman umat Islam zaman ini terhadap ruh Islam yang sebenar.

Saya tidak bermaksud untuk mendabik dada seolah-olah saya seorang sahaja yang memahami agama ini. Bahkan saya juga seperti anda, masih lagi belajar dan akan terus belajar. Cuma di platform ini saya ingin berkongsi formula untuk mengembalikan semula Islam ke tempat yang tertinggi. Tempat yang sepatutnya bagi agama yang mulia ini. Sebuah kefahaman yang saya kira telah banyak mengubah diri dan kehidupan saya secara keseluruhannya.

Itulah kefahaman yang diperoleh dari sebuah TARBIAH

Tarbiah? Apa tu? Yang pasti ia bukan sejenih kuih.

Tarbiah ertinya pendidikan. Melalui tarbiah, individu-individu muslim yang mempunyai kefahaman yang benar terhadap Islam akan dibina dengan begitu pesat sekali. Umpama kilang kasut Bata yang menghasilkan ribuan kasut setiap hari. Cool bukan?  

Persoalannya di sini, bagaimana untuk melibatkan diri dalam proses tarbiah ini?

Jika anda bertanya kepada saya, ofkos saya akan mengesyorkan kepada anda untuk mendapatkan tarbiah melalui sistem usrah. Eh tetapi sebelum itu sila jangan salah faham. Usrah yang dimaksudkan di sini bukan seperti usrah yang anda dipaksa untuk join sewaktu di sekolah berasrama penuh dahulu.

Akan tetapi usrah yang saya ingin syorkan di sini merupakan usrah yang dibentuk hasil dari kesatuan hati dan kekuatan ukhuwah. Usrah yang diikat dengan kesatuan akidah dan iman. Cewah.

Perlu ke join usrah?

Kalau tanya saya..gerenti lah saya cakap perlu. Dah saya pun join usrah. Harhar.

Tetapi itulah..

Cubalah dahulu. Anda tidak boleh merasai kelazatan aiskrim coklat bersalut vanilla yang dihiasi dengan buah strawberry selagi ia tidak masuk ke dalam mulut anda. Begitu juga dengan usrah. Percayalah..Anda tidak boleh merasai kenikmatan berusrah selagi mana anda tidak join usrah terlebih dahulu. Hehe.

So what do you think?

So macam mana nak join usrah?

Nak senang anda taip sahaja status..”Macam mana nak join usrah?” di group rasmi universiti atau mana-mana tempat anda belajar. Saya yakin, in sha Allah ada hamba Allah yang akan muncul di inbox facebook anda tidak beberapa lama kemudian. Hihi.

Gurau..gurau...

Kalau anda lelaki, boleh kontek abam Inche Gabbana kita, kalau anda perempuan, jangan segan-segan nak kontek akak Muharikah kita. 

Eh, suka suki saya je nak suruh kontek mereka. Takpe. In sha Allah, saya yakin lagi percaya mereka akan berusaha sedaya upaya dan semampu mungkin untuk mengusrahkan anda. Haha. 

Hmm..

Namun jika bukan keseronokan dan kebahagiaan yang anda temui dalam usrah, saya pohon tetaplah istiqamah. Kerana yang kita buru hanyalah redha Allah.

Senyum.

Saturday, 5 October 2013

SEBUAH GARIS MASA

Post pertama setelah blog berubah wajah. Cewah.

Dan saya kira teramatlah wajar saya memulakan apa yang bakal saya coretkan dibawah dengan lafaz Alhamdulillah. Bunyinya macam skema. Skema pun skema lah.

Ok sebenarnya ceritanya macam ni.

Alhamdulillah, setelah penantian selama beberapa purnama, melalui fasa-fasa yang agak sukar, akhirnya saya berjaya mendapatkan tawaran daripada sebuah universiti yang namanya terpaksa dirahsiakan. Dan untuk pergi ke sana, saya perlu menggunakan kapal terbang, jika tidak saya perlu berenang merentasi laut. Ok, cukup sekadar itu.

Courtesy of LangitIlahi
Yang akan saya highlight di sini adalah keadaan saya sebelum menerima tawaran itu. Saya tak boleh menipu diri sendiri bahawa terdapat sekelumit bimbang dan cemas yang membelenggu hati saya. Bimbang akan masa depan saya. Resah memikirkan ke mana akan saya tuju selepas ini. Begitulah dan begitulah. Eh jap. Bukan ke orang-orang yang beriman itu hatinya tenang dengan mengingati Allah? Ouch.

Resah, bimbang, gelisah, cemas, risau dan yang sama waktu dengannya.

Ya. Saya tidak menafikan bahawa perasaan-perasaan seperti ini tidak dapat dipisahkan dengan diri seorang manusia. Apatah lagi manusia yang penuh dengan kekurangan. Bahkan ia juga berlaku ke atas diri saya. Involuntarily.

Saya ingin mengajak diri saya sendiri dan anda semua untuk berhenti sejenak, pandang ke dalam hati, koreksi diri. Pinjamkan sejenak sahaja dari masamu. Mana tahu pinjaman ini berguna buat dirimu di hari muka.

Risau pasal masa depan itu normal untuk manusia biasa. Saya setuju. Cuma kali ini saya mahu anda mengimaginasikan hidup ini umpama sebuah garis masa. Sebuah garis masa yang memaparkan perjalanan hidup kita. Bermula sejak kita keluar dari rahim ibu, masuk tadika, terjatuh sewaktu kali pertama menunggang basikal, dapat result SPM dan seterusnya.

Cuba kita fikirkan sedalam-dalamnya.

Kita hanya risau kepada perkara-perkara yang dekat dari kita di atas garis masa itu. Mula-mula risau nak masuk universiti mana. Setelah itu resah memikirkan tentang pekerjaan setelah tamat pengajian dari universiti, gelisah memikirkan hendak kahwin dengan siapa and the list goes on. Cuba kita perhatikan, kerisauan kita hanya sekadar berpusat kepada perkara-perkara yang materialistik, yang sepatutnya tidak signifikan kepada seseorang yang telah meletakkan setinggi-tinggi kepercayaan kepada Allah.

Dalam erti kata yang lain, kita tidak berpandangan jauh dalam memandang garis masa kehidupan kita. Jika sekalipun ada pemuda-pemudi yang sudahpun berasa risau tentang univeristi mana cucu-cicit mereka akan pergi, saya berani mengatakan mereka masih belum cukup berpandangan jauh lagi.

Mengapa?

Kerana kita masih lagi gagal untuk memandang sesuatu yang jauh tetapi dekat sebenarnya dengan kita. Itulah dia kehidupan setelah mati. Mengapa ia sesuatu yang jauh dari kita? Kerana kita tak mampu memandangnya dengan menggunakan mata kasar apatah lagi menggapainya dengan tangan. Mengapa pula ia sebenarnya dekat dengan kita? Kerana maut bila-bila masa boleh menjemput kita.

Yet, the fact yang kematian sentiasa memburu kita langsung tidak merisaukan kita untuk memikirkan kehidupan kita setelah mati. Bagaimana nasib kita di sana? Apakah kesudahan kita? Di syurga atau di neraka?  Semua itu sama sekali tidak merisaukan kita. Seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya.

"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”. (As Sajadah : 12)

“Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan” (Az Zumar : 58)

Ini antara ayat Al Quran yang menceritakan tentang penyesalan manusia yang sewaktu di dunia mereka tidak beriman dengan janji-janji Allah. Dan setelah mereka menyaksikan akan kebenaran ayat-ayat Allah dengan menggunakan mata kepala mereka sendiri, barulah mereka menyesal dan merayu untuk kembali semula ke dunia.

Post ini tdak bermaksud sama sekali untuk menyeru kalian menjadi ahli ibadah yang melupakan terus dunia ini. Tidak bermaksud untuk mengajak seorang suami dan ayah meninggalkan terus isteri dan anak-anaknya untuk beribadah di masjid. Tidak juga bermaksud untuk menghasut pelajar-pelajar universiti meninggalkan terus bidang pengajian kalian lantas menjadi ahli masjid sepenuh masa.

Tidak. Sama sekali tidak.

Namun pengajaran terpenting di sini ialah mengingati mati dan melakukan persediaan ke arahnya. Itulah ciri orang-orang yang bijaksana.

Maka di mana kita?

Thursday, 3 October 2013

AKU BUKAN SELEBRITI

Anda tahu anda bukan artis pujaan rakyat Malaysia yang masih aman ini bila mana status mukabuku yang di update hanya menerima kurang dari sepuluh like.

Anda tahu anda bukan selebriti terkenal seantero nusantara ketika bilangan pengikut pada akaun twitter anda statik ataupun bertambah pada kadar pertumbuhan perlahan sejak tiga bulan yang lepas walaupun anda tweet hampir setiap hari.

Hang percaya tak kalau aku cakap matluhfi yang tulih belog nih..?
 Selebriti alam maya.

Ramai figura yang saya kenali kini sudahpun bergelar selebriti di dunia yang dipenuhi dengan kod, wayar dan electron ini. Ada yang mengenakan topeng, ada juga yang mendedahkan sahaja identiti mereka kepada umum. Sudah pasti mereka punyai sebab serta alasan yang tersendiri.

Jujur bagi diri saya, dunia maya ini punyai cerita dan cereka yang tersendiri. Perjuangan di dunia serba putih ini memerlukan mujahadah yang bukan calang-calang. Di sini kita bebas menulis dan mempersembahkan apa sahaja yang kita sukai. Apatah lagi jika kita memilih watak yang berselindung di sebalik topeng. Cabarannya terletak di fasa pelaksanaan dimana kita perlu  menterjemahkan segala huruf dan perkataan kepada bentuk amal.

Di fasa ini saya kerap gagal. Bahkan berkali-kali gagal. Tidak dapat dinafikan kadangkala saya berperang dengan hati sendiri. Saya acap kali gagal dalam percubaan untuk menulis post yang baru kesan daripada peperangan ini. Terasa berat untuk melaksanakan apa yang mahu diseru, sedangkan perkara itu perlu diseru. Namun saya memilih untuk tidak menekan butang berhenti. Saya percaya perkara sama turut dihadapi oleh mereka yang memilih wadah lain. Melalui lisan misalnya ataupun pembikinan video animasi. Semuanya memerlukan mujahadah tika mana untuk melaksanakan apa yang telah mereka seru. Jangan sesekali berhenti menyeru. Itu kata kuncinya.

Itu baru cabaran yang pertama.

Walaupun bilangan likers dan followers tidak boleh dijadikan indicator sebenar berjayanya seruan alam maya yang kita lakukan, tidak boleh dinafikan perkara itu mampu menjadi catalyst ataupun lastik pelancar untuk kita terus bersemangat menyeru dari sini. Justeru tiadanya catalyst dan lastik pelancar ini mampu memberi kesan kepada prestasi kita sebagai da’ie alam siber.

Saya akui perkara itu.

Namun saya tidak bersetuju andai perkara itu menyebabkan kita terus patah semangat lantas berhenti menyeru. Di timeline mukabuku sebenar saya, saya terjumpa sebuah status yang saya kira menyentuh hati saya.

“I don’t care how many likes a status can get, but the benefits that others can get from it that counts.”

Maka saya dapat menyimpulkan..

No like? No problem.
No share? No problem.
No follower? No problem.

If your blogpost, tweet or status do not benefit others, at least they benefit you. That matters the most.

Namun dari sudut pandangan yang lain, saya menyeru diri saya sendiri dan seluruh pejuang alam maya yang dikenali mahupun tidak, usah terlalu taksub dengan dakwah alam maya sehingga kita melupakan kerja kita yang sebenar.

Dakwah yang sebenar adalah bila mana kita berkonfrontasi dengan orang yang diseru secara berhadapan, bukan bertiraikan huruf dan perkataan. Itulah medan kita yang sebenar. Itulah sunnah dakwah Rasulullah. Dunia realiti. Kerana itu saya beranggapan pekerjaan di alam maya ini tidak lebih dari sekadar pekerjaan sambilan.

Akhir kata..

Ikhlaslah..

Istiqamahlah..

Sunday, 8 September 2013

DIA AL-AKH YANG BENAR #1

Pada masa dan waktu seperti ini, laman mukabuku ku dibanjiri dengan gambar-gambar dan post-post mereka yang sudahpun terbang merentasi lautan meninggalkan negara Malaysia yang aman ini. Termasuk juga beberapa ikhwah-ikhwah kesayanganku. Sedih? Rindu? Ah. Persetankan. Aku tidak selembik itu untuk menangisi sebuah perpisahan. Apatah lagi perpisahan yang sementara. Bukankah kita akan bertemu kembali di syurga sana? Syurga. Layakkah aku?


Kisah dari timeline.

Hari ini aku menelaah timeline mukabuku ku. Satu demi satu status dan gambar ditatap. Semuanya bernada riang. Maklum sahaja bakal menggapai awan, merentas lautan dan mendarat di tanah orang. Memulakan sebuah perjalanan baharu. Melupakan kisah-kisah tragis yang pernah berlaku. Aku turut gembira. Terutamanya untuk mereka-mereka yang pernah menjadi sebahagian dari diriku. Pernah? Apakah kini tidak lagi? Entahlah. Aku tidak selincah dahulu. Persoalannya lincahkah aku dahulu?

Ditakdirkan aku terhenti dalam proses telaahanku. Sebuah status beserta gambar daripada ayah kepada seseorang yang aku sangat kagumi di atas jalan-Nya. Aku tatap dalam-dalam. Aku fikir diam-diam.

“Eveyone can fly..but this night, a special flight for him..”    

Begitulah bunyinya.

“A special flight for him..”

Indeed. Kerana bagiku tiada syak lagi dia adalah seorang yang sangat special. Dan aku pasti itu adalah anugerah untuknya. Peluang bagi dirinya untuk melebarkan sayap dakwah di sana. Di bumi Ireland. Seperti mana yang dia lakukan di kolej kami.

Mengimbau semula kenangan semasa kami masih menuntut di sana.

Tika itu aku dalam perjalanan untuk pulang semula ke kelas. Ditakdirkan aku bertemu dengannya dalam perjalanan. Betul-betul di hadapan tangga. Aku kira dia baru keluar dari perpustakaan. Seperti biasa dia menegur ikhwah dengan lafaz salamnya yang bersahaja. Dan kami berjalan beriringan mendaki anak tangga.

Di tengah-tengah pendakian, kami terserempak dengan seorang pelajar perempuan. Cantik di mataku. Ah pedulikan. Mataku terkadang perlu disebat, ditambat. Ceritanya bermula di sini. Ada sesuatu yang ku lihat yang menambahkan kekagumanku kepada akh tersebut. Ku lihat perempuan itu yang pada awalnya menyinsing lengan bajunya mula menurunkannya tatkala terserempak dengan kami.

Aku kagum. Qudwah setinggi apakah ini? Tundukan matanya seolah-olah memberi teguran secara senyap-senyap kepada pelajar perempuan itu. Dari situ aku mula mengagumi dirinya. Dari situ aku mula mencintainya. Cinta seorang akh.

Terlalu banyak jika mahu diceritakan semuanya. Pengorbanan, komitmen dan kesungguhannya dalam arena dakwah dan tarbiah. Tidak dapat aku bayangkan sekiranya aku berada ditempatnya. Mungkin aku akan berputus-asa, malah meninggalkan terus kerja-kerja dakwah dan tarbiah yang tergalas di pundak kami.

Suatu malam aku lihat dia terbaring keletihan dengan baju melayu dan kain pelikatnya masih tersarung di badan. Waktu itu kami baru habis meeting berkenaan agenda gerak kerja kami. Aku tahu kerjanya masih menimbun. Dan dia pula seorang yang tidak mampu berjaga terlalu lama lewat malam. Namun dakwah dan tarbiah tetap priorotinya. Tidak pernah dia menyusahkan kami untuk bermusyawarah lewat malam setelah semua kerjanya selesai. Musyawarah tetap dijalankan pada ketika semua ikhwah masih segar, tidak mengantuk. Kerana dakwah dan tarbiah tetap yang paling utama.

Aku bertambah kagum.

Bilik kami bersebelahan. Masih ku ingat pada setiap pagi dia yang mengejutkan aku dengan lembut untuk bangun menggagahkan diri ke surau. Dan ada ketika dia terlewat untuk subuh di surau, perkara itu memberi kesan yang besar kepada dia. Down. Dan itu menjadikan diriku bertambah kagum.

Kerana dia adalah seorang al-akh yang benar.   

Friday, 16 August 2013

ANTARA SEMALAM DAN HARI INI

Nak tulis ke tak? Hmm. Tulis jela.

Dilema. Entah. Kadang-kadang terfikir, berapa banyak perkataan yang dah diseru selama ini tidak dipraktikkan, hanya terpateri kaku di sebalik tulisan. Amal-amal yang dah dirancang bertebaran ditiup angin. Banyak plan-plan yang terbengkalai. Tapi saya cuba gagahi diri untuk sekurang-kurangnya menulis sesuatu. Setidak-tidaknya saya tidak statik di sini.

Antara semalam dan hari ini. Cereka dan ceritera yang berbeza. Mungkin sama di mata orang lain, tapi setidak-tidaknya berbeza di mata kita sendiri.


Sehingga ke hari ini, jujur saya akui saya masih lagi dalam proses transformasi diri sendiri. Masih lagi tercari-cari rentak untuk terus menapak di atas jalan ini. Kadang-kadang jatuh, kadang-kadang tumbang. Manusia. Cuma saya kira, saya pada hari ini lebih baik dari saya yang semalam. Tidak. Bukan untuk membangga diri apatah lagi untuk menunjuk-nunjuk. Malah saya sendiri tidak tahu atas asas apakah saya beranggapan seperti itu. Mungkin lebih kepada cara saya berfikir dan pandangan saya tentang kehidupan. Sekurang-kurangnya.

Mungkin ramai yang sudah merasainya, ada yang sedang merasainya, ada juga yang langsung tidak berpeluang untuk merasainya. Rasa apa ni? Rasa yang pandangan hidup kita dah berubah. Pandangan kita tentang hidup dah tak sama dengan orang lain. Rumit. Kompleks. Tak realistik. Katakan apa sahaja. Hanya yang memiliki pola pemikiran yang serupa bisa memahami apa yang kita cita-cita kan itu.

Antara semalam dan hari ini.

Aneh. Bahkan pelik. Kalau semalam kita lah yang terlebih concern  soal study. Siap ada jadual study harian yang ditampal di dinding bilik. Cita-cita kita tinggi melangit. Doktor, jurutera, akauntan, doktor falsafah, ahli uji kaji haiwan, sebutkan semuanya. Kita berimpian untuk mengaut kekayaan dunia sebanyak-banyaknya. Tetapi hari ini semua itu telah berubah. Study itu bukan lagi prioriti utama. Kontroversi bagi sesetengah orang. Tetapi tidak bagi kita. Study hanya alat untuk mencapai matlamat yang pada kita jauh lebih besar dari menjadi segala figura-figura di atas. Gagal exam, tak lepas cut-off point ke luar negara, tak capai minimum requirement nak sambung ke bidang perubatan, tak dapat jadi doktor, kita anggap itu semua ujian dan itu yang terbaik untuk dakwah. Eh dah gila ke apa?  

Lagi jika semalam ibu bapa kita yang menduduki ranking teratas dalam carta hati kita. Dekat asrama kalau boleh setiap hari nak call parents. Pesanan-pesanan ibu bapa kita tampal di meja study. Pencetus semangat. Pembangkit inspirasi. Tetapi hari ini, lain pula ceritanya. Allah dan Rasul menjadi cinta utama hati kita. Ibu bapa pula kita anggap sebagai ujian di jalan dakwah. Eh, nak jadi anak derhaka ke? Entah. Saya sendiri tak reti nak menjelaskan ini semua. Tetapi itu bukan bererti kita menolak ibu bapa ke tepi. Bahkan ada keinginan dalam hati untuk mengajak ibu bapa sekali ke jalan ini. Namun pertembungan prinsip-prinsip kehidupan yang berbeza seakan-akan menyukarkan impian ini. Buntu.

Jika semalam puasa dan raya sesuatu yang tidak bermakna apa-apa kepada kita. Jika ada sekalipun cuma sekadar bazar ramadhan, kuih raya, baju raya dan segala ketupat rendang.
Tak pernah terfikir pun bulan ramadhan bulan untuk menambah amalan. Tidak pernah terlintas di fikiran bahawa hari raya adalah hari untuk meraikan kemenangan. Tetapi hari ini skrip sudah berbeza. Aneh. Tiba-tiba je boleh keluar perkataan tarbiah ramadhan. Peh. Entah dari mana datang perkataan tarbiah itu. Tadabbur Al Quran. Jika dulu tadabbur kita lebih berkisar soal-soal yang remeh temeh, tetapi sekarang sudah berani menyentuh perihal ummah, perihal dakwah. Pelik.

Lagi semalam kita seorang yang tidak begitu mengambil tahu hal ehwal dunia luar. Selalu bersyukur Malaysia masih aman. Setakat tiga empat kes tembak apa lah sangat. Paling jauh kita ambil tahu pun sekadar isu Palestin. Itu pun sekadar isu kemanusiaan. Langsung tidak pernah terfikir tentang kebangkitan Islam. Aneh hari ini kita lantang membicarakan soal pembebasan ummah, soal kemenangan Islam, soal kehancuran taghut dan jahiliah. Kita bercita-cita mendirikan khilafah. Pelik. Bahkan tidak realistik di mata yang lain. Apakah kita sudah hilang akal?

Terlalu banyak jika mahu dibicarakan. Susunan Tuhan. Indah. Penuh rahsia. Tak tertaksir dek akal yang sempit.

“Dia mengeluarkan mereka (orang beriman) dari kegelapan dan kepada cahaya”
Al Baqarah : 257

Antara semalam dan hari ini.

Aku memilih hari ini, meski sebahagian dari diriku masih lagi yang semalam itu.

Wednesday, 14 August 2013

PENGALAMAN DI HARI RAYA

First impression. Tajuk dah macam karangan bebudak UPSR -__-

Dan saya baru teringat, raya tahun ini ialah raya yang pertama buat diri saya selaku penulis blog. Cewah. Poyo dan bajet retis. Sungguh.

Dan saya kira masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya kepada anda semua. Taqaballahuminna waminkum. Semoga Allah menerima amal-amal saya dan juga amal-amal anda semua.

Gambar lawa ofkos la bukan saya punya :)
Sejujurnya bagi saya, tiada apa yang istimewanya raya tahun ini nak dibandingkan dengan raya-raya yang lepas. Sebabnya sejak setahun yang lalu, saya secara rasminya telah diisytiharkan sebagai seorang cucu yatim piatu. Haha. Sedih kan? Namun begitulah. Tiada siapa yang akan kekal di dunia ini. Bukankah itu kepastian dari Tuhan?

“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu akan dikembalikan”
Al Ankabut : 57

Maka mahu tidak mahu, hidup tetap perlu diteruskan. Eh. Tetibe je cerita pasal mati. Bagus la kot. Ingat mati. Kan?

Dipendekkan cerita, raya tahun ni kami sekeluarga tetap pulang ke kampung yang terletak di salah sebuah daerah kelapa sawit di selatan tanah air. Alamat sebenar terpaksa dirahsiakan untuk mengelakkan publisiti yang terlampau. Oh terlupa pula nak bagitahu, kampung tersebut merupakan kampung halaman belah emak saya. Emak saya pula mempunyai adik beradik yang agak ramai, berapa ramai tu? Kalau lebih dari dua tu dah kira ramai la kan? Eheh.

Kalau diteruskan gaya penceritaan part by part macam ni, alamatnya sampai raya ke dua puluh satu la tak habis lagi post ni. So untuk memendekkan post ini, saya hanya akan menceritakan peristiwa yang signifikan dan pentin sahaja. Dan ofkos cerita-cerita yang telah ditapis oleh Lembaga Penapisan Industri Blog Negara. Haha.

Anda sudah bersedia? Cewah. Sekali lagi cuba berlagak retis.

Straigt to the point, pada raya kali ini, saya telah belajar sesuatu dari kanak-kanak kecil. Tidak, ini bukan sindrom sel-sel darah merah menderu laju ataupun bulu-bulu ditangan meremang setelah mendengar berita tentang begitu banyak Baitul Muslim didirikan di seluruh tanah air. In sha Allah, saya masih lagi belum termasuk dalam kategori wajib kahwin. Muehehe. Tetapi kanak-kanak kecil ini mengajar saya tentang erti sebuah kehidupan.

Peristiwa yang cukup bersejarah dan saya kira lebih bersejarah dari peristiwa Perdana Menteri mengumumkan tarikh Pilihanraya Umum ke 14 adalah ketika saya menyaksikan seorang kanak-kanak yang berusia kurang dari lima tahun membakar mercun bola dihadapan mata saya. Mungkin ada dalam kalangan anda yang sudahpun menganggap mercun bola itu sebaris dengan mercun pop pop. Maklumlah pembuat meriam paip professional. Tapi peristiwa ini ternyata membuatkan saya tersentak. Peh. Budak lima tahun tu bhaii.

Justeru, apa yang saya dapat? Ternyata dia mengajar saya untuk berani mendengar suara hati sendiri. Masakan tidak. Saya cukup pasti telinganya sudah acap kali dihidangkan dengan bebelan dan leteran dari ibunya tentang bahaya mercun yang boleh menghancurkan halkum dan beberapa anggota dalaman yang lain. Namun dengan penuh keyakinan, dia membakar mercun itu dengan selambanya menggunakan pelita yang tertancap di halaman rumah itu. Dan ofkos dia berseorangan waktu itu, jika dilihat dek ibunya, saya pasti, tidak cukup leteran, paling kurang satu cubitan pasti hinggap di atas badannya. Standard ibu-ibu la kan mencubit anak-anak. Herher. Namun saya kagumi keberaniannya. Sungguh, saya berharap keberaniannya akan digunakan di jalan dakwah satu hari nanti, pada ketika dia sudah bergelar ar-rijal, seorang pemuda. Oh ya. Perlu diketengahkan, sebagai seorang yang mencintai undang-undang negara, cinta la sangat, saya juga ada titipkan sepatah dua kata nasihat buat dia dengan penuh kasih sayang. Cewah. Dipersilakan untuk muntah sekarang.

Itulah sedikit sebanyak yang saya belajar dari seorang kanak-kanak kecil. Banyak lagi kalau nak diikutkan sebenarnya. Tetapi kalau mahu diceritakan semua, saya jamin sampai raya haji nanti pun belum tentu akan habis.

Kemudian, jujur saya akui, iman yang sedia ada senipis kulit bawang ni semakin menipis gamaknya di musim perayaan ini. Dengan ketupat, rendang, lemang, nasi impit campur kuah kacang, nasi tomato, nasi belimbing, nasi tembikai dan berbagai aneka juadah raya berlumba-lumba masuk ke dalam perut, harapan untuk puasa enam hanya tinggal harapan. Itu belum dikira lagi dengan movie hidangan anugerah syawal di telebisyen. Peh. Futur bak hang. Sobs.

Dan harus saya akui raya tahun ini agak mencabar keimanan juga. Dengan ikhtilatnya, pergaulan tanpa sebab-musabab yang munasabah, maklumlah, bertahun-tahun tidak ketemu sama teman-teman sesekolah dulu. Allahu. Isu aurat juga tidak kurang hebatnya.

Dipendekkan cerita pada hari isnin yang lalu, saya telah jatuh sakit. Entah mengapa, mungkin sebab terlebih makan, mungkin juga kerana salah makan. Apa pun, yang pasti ianya adalah kifarah untuk segala dosa yang telah saya lakukan sepanjang syawal ini. Astaghfirullah. Jika diimbas kembali agak teruk juga lah keadaan saya waktu itu. Terjaga pada jam 5 pagi dan muntah sebanyak dua pusingan di tandas ketika sedang melaksanakan operasi pelaburan saham secara besar-besaran. Hambek kau, dua dalam satu. Haha. Dan pada hari tersebut, saya hanya mampu terbaring lesu di atas katil.

Begitulah. Namun saya bersyukur, sekurang-kurangnya Allah masih memberi peringatan kepada saya. Tidak dicabutnya nyawa saya pada ketika saya sedang lalai. Allahu. What more can I say? Alhamdulillah. Dan sekali lagi Alhamdulillah, setelah diberinya kita sakit, Allah anugerahkan pula nikmat sihat, untuk kita hargai betapa bernilainya nikmat sihat itu. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang ingin kamu dustakan?

Inilah sedikit sebanyak ceritera raya yang sempat saya nukilkan. Semoga memberi manfaat kepada semua, kalau tidak banyak, sedikit pun jadilah, cewah. Ini cerita saya. Cerita anda bagaimana pula?

Friday, 2 August 2013

BILA HATI DAH SAYANG


Kereta Satria Neo warna hitam diparking ditepi jalan. Jai berjalan kaki menuju ke kedai Adame Seafood. Iftar bersama member-member lama, teman sepermainan dahulu kala.

“Tudiaa..taiko dah sampai” sapa Ijam, rakan-rakan yang lain bersorak.  

“Taiko puasa ke tak ni?” giliran Alan pula bersuara diiringi gelak tawa Saiful, Nami dan Lat. Yang lain hanya tersenyum. Lapar barangkali.

Jai senyum. Sudah masak dengan perangai mereka. Lebih setahun tak bersua muka, perangai masing-masing masih sama. Kerusi sebelah Nami ditarik keluar, Jai duduk di atas kerusi itu, betul-betul berhadapan dengan Alan.
                                                                                                                                                         
“So tentatif kita cemana ni? Makan dulu ke semayang dulu?” Jai bertanya sambil meletakkan henset, dompet dan kunci kereta di atas meja. Habit.

“Kena tanya mastermind, cemana Alan?” Nami membalas sambil bergendang dengan meja. Pun habit.

“Ikut majoriti la, makanan dah order, boleh je nak suruh dia hold dulu, korang nak cemana?”

“Makan dulu, orite?” Jai menunjukkan isyarat ibu jari

“Ok set” Alan menyambung. Yang lain mengangguk.

Henset Jai vibrate. One message received.

Jai ambil henset. Masukkan pin number. Phone unlocked.  

“Jai, lepas buka and solat nanti, nak jumpa jap, I need to talk to you”
Sender : Iman

……………………………………………..

“Mana yang lain?” Jai pandang Iman. Iman duduk di sebelah Jai.

“Ok tak kedai Adame tu? Sorry ah, aku tak pandai pilih tempat” suara Iman mendatar. Tak menjawab soalan.

“Eh..ok je..ala chill jela..asal ada rasa aku ok je” Jai senyum. Tenang.

“Yang lain lepas imam bagi salam terus lesap, macam biasa la, pesta asap dekat luar surau” Iman membalas. Baru menjawab soalan.

“Semua?”

“Tak la, mana yang biasa buat jela, ada yang still kat dalam surau”

“Kau tak join?” Jai sengaja menduga. Resah.

“Aku tengah cuba stop, tapi susah Jai, dari Form 2 aku buat benda tu” Iman bersuara rendah. Tiada senyuman.

Jai diam. Mata Iman ditatap. Dalam. Iman tertunduk. Suasana hening seketika.

“Aku kagum dengan kau Jai” Iman memecah hening suasana

“Sebab?” Jai kaget. Ingin tahu.

“Kau dah lain sekarang” Iman menjawab. Ringkas. Penuh tanda tanya.

Jai tergelak. Bahu iman dipeluk.

“Aku still Jai yang dulu Man, jom lepak luar”

Iman menurut. Mereka berjalan beriringan menuju ke kereta Jai lalu duduk di atas bangku bersebelahan kereta itu. Jai mengesat-ngesat skrin hensetnya. Takde idea nak cakap apa.

“Takde la Jai, dulu kau masuk air gak, sekali ngan kiteorang, tapi sekarang, you know better right” Iman tumbuk bahu Jai.

“Kau tak join pun waktu kiteorang sembang pasal gosip, pasal awek” Iman sambung lagi.

Jai senyum. Dah tahu nak cakap apa.

“Man..kau tahu kenapa aku stop smoke masa akhir tahun Form 4 dulu?” Jai bersuara tenang.

“Kenapa?” Iman memeluk diri sendiri. Sejuk.

“Sebab Elisa”

“Elisa? Bukan korang dah break ke waktu tu?” Iman cuba refresh balik momen-momen dahulu.

“Nope..waktu tu belum lagi..dia cakap nak break kalau aku still smoke..nangis juga dia masa tu..sebab tu aku stop..sebab dia” Jai ambil nafas. Iman diam.

“Aku sanggup stop sebab aku sayang dia..really..masa tu..”

“And sampai satu masa aku pilih untuk lupakan Elisa..sebab aku dah sayang yang lain”

“Siapa?” Iman bertanya.

“Dia..” Jai tunjuk ke langit.

Iman membongkokkan badan ke bawah..menutup muka dengan kedua tapak tangan.

“Hmm..entah bila aku boleh jadi macam kau Jai” Iman mengeluh.

“Sayang tu boleh jadi motivasi Man..kita sanggup buat apa je bila hati dah sayang..” Jai sambung lagi.

“Yang penting..kena sayang pada yang betul..” Jai pegang peha Iman. Kuat. Mencengkam.

Jai menaip sesuatu di hensetnya. Henset Iman berbunyi. Mesej dari Jai.

“29:69, 12:53, 16:97, 3:171”

“Man, janji tau tengok ayat-ayat tu balik nanti..”