Tajuk macam
serius. Macam je la. In sha Allah, saya akan mencuba dengan sedaya upaya untuk
memastikan apa yang bakal saya bebelkan di bawah ini tidak membosankan apatah
lagi menyebabkan anda yang membaca kekejangan otot. Saya cuba..
Let’s start!
Hari demi hari
kita dapat melihat dunia mengalami perubahan. Daripada sekecil-kecil perubahan
kepada sebesar-besar perubahan. Contohnya telefon. Jika dahulu, telefon yang
ada jika dibaling ke arah anjing, in sha Allah, anjing tu meninggal dunia.
Sekarang? Macam-macam fesyen telefon dah ada. See how world is evolutionizing?
![]() |
| Impressive! |
Straight to the
point…begitu juga dengan Islam.
Agama Islam yang
telah disebarkan dengan keringat Rasulullah dan para sahabat juga mengalami
perubahan. Perubahan yang saya maksudkan di sini bukanlah perubahan dari segi
ruh atau intipati Islam. Tetapi perubahan dari segi bagaimana umat Islam
memandang Islam itu sendiri. Perubahan yang macam mana tu?
Let us see.
Sekarang terdapat
macam-macam jenama Islam. Ada yang Islam separuh-separuh, Islam suku-suku dan
sebagainya. Tidak! Saya tidak bermaksud untuk melabel sesiapa. Namun ini adalah
hasil daripada pemerhatian saya. Boleh dikatakan hampir keseluruhan umat Islam
zaman ini tidak lagi memandang Islam sebagai Ad-Deen sebagaimana yang dipandang
oleh Rasulullah dan para sahabat.
Apa maksudnya?
Islam kini hanya
dianggap tidak lebih dari sekadar sebuah agama. Maknanya pengertian Islam kini
hanya difahami melalui ibadat-ibadat ritual seperti solat, puasa, mengaji dan
lain-lain. Dalam erti kata lain, Islam hanya berlegar sekadar di ruang lingkup
perkara-perkara ukhrawi (akhirat). Ruh Islam sudah tidak wujud lagi dalam aspek
keduniaan seperti jual-beli, pemerintahan, apatah lagi perkara kecil seperti buang
air kecil sekalipun.
Sedangkan pada
hakikatnya Islam itu merupakan sebuah Ad-Deen yang bererti cara hidup. Cara
hidup kita adalah cara hidup Islam. Cara kita makan melambangkan kita adalah
orang Islam. Cara kita berniaga melambangkan kita adalah seorang muslim. Hatta
cara kita buang air sekalipun menunjukkan kita adalah orang Islam.
Namun masalahnya
hari ini, mengapa agak sukar untuk menentukan status keislaman seseorang berdasarkan
kehidupan sehariannya? Bahkan orang yang bukan Islam pula yang tertonjol
ciri-ciri keislaman mereka. Lebih teruk lagi orang Islam sendiri memberikan
imej buruk kepada agama Islam. Bila sebut sahaja tentang Islam, mula terbayang
kemunduran, kemiskinan, keganasan dan sebagainya.
Ia perit untuk
diterima namun tetap perlu ditelan jua. Islam kini sudah terfitnah. Agama yang
disebarkan dengan jerih-perih Rasulullah dan sahabat kini terpalit dengan
persepsi buruk dek kurangnya kefahaman umat Islam zaman ini terhadap ruh Islam
yang sebenar.
Saya tidak bermaksud untuk mendabik dada seolah-olah saya seorang sahaja yang memahami agama ini. Bahkan saya juga seperti anda, masih lagi belajar dan akan terus belajar. Cuma di platform ini saya ingin berkongsi formula untuk mengembalikan semula Islam ke tempat yang tertinggi. Tempat yang sepatutnya bagi agama yang mulia ini. Sebuah kefahaman yang saya kira telah banyak mengubah diri dan kehidupan saya secara keseluruhannya.
Itulah kefahaman
yang diperoleh dari sebuah TARBIAH
Tarbiah? Apa tu?
Yang pasti ia bukan sejenih kuih.
Tarbiah ertinya
pendidikan. Melalui tarbiah, individu-individu muslim yang mempunyai kefahaman
yang benar terhadap Islam akan dibina dengan begitu pesat sekali. Umpama kilang
kasut Bata yang menghasilkan ribuan kasut setiap hari. Cool bukan?
Persoalannya di
sini, bagaimana untuk melibatkan diri dalam proses tarbiah ini?
Jika anda
bertanya kepada saya, ofkos saya akan mengesyorkan kepada anda untuk
mendapatkan tarbiah melalui sistem usrah. Eh tetapi sebelum itu sila jangan
salah faham. Usrah yang dimaksudkan di sini bukan seperti usrah yang anda
dipaksa untuk join sewaktu di sekolah berasrama penuh dahulu.
Akan tetapi usrah
yang saya ingin syorkan di sini merupakan usrah yang dibentuk hasil dari
kesatuan hati dan kekuatan ukhuwah. Usrah yang diikat dengan kesatuan akidah
dan iman. Cewah.
Perlu ke join
usrah?
Kalau tanya
saya..gerenti lah saya cakap perlu. Dah saya pun join usrah. Harhar.
Tetapi itulah..
Cubalah dahulu.
Anda tidak boleh merasai kelazatan aiskrim coklat bersalut vanilla yang dihiasi
dengan buah strawberry selagi ia tidak masuk ke dalam mulut anda. Begitu juga
dengan usrah. Percayalah..Anda tidak boleh merasai kenikmatan berusrah selagi
mana anda tidak join usrah terlebih dahulu. Hehe.
So what do you
think?
So macam mana nak join usrah?
Nak senang anda taip sahaja status..”Macam mana nak join usrah?” di group rasmi universiti atau mana-mana tempat anda belajar. Saya yakin, in sha Allah ada hamba Allah yang akan muncul di inbox facebook anda tidak beberapa lama kemudian. Hihi.
Gurau..gurau...
Kalau anda lelaki, boleh kontek abam Inche Gabbana kita, kalau anda perempuan, jangan segan-segan nak kontek akak Muharikah kita.
Eh, suka suki saya je nak suruh kontek mereka. Takpe. In sha Allah, saya yakin lagi percaya mereka akan berusaha sedaya upaya dan semampu mungkin untuk mengusrahkan anda. Haha.
Hmm..
Namun jika bukan keseronokan dan kebahagiaan yang anda temui dalam usrah, saya pohon tetaplah istiqamah. Kerana yang kita buru hanyalah redha Allah.
Senyum.

No comments:
Post a Comment