Apa cita-cita
kita? Bagaimana kita membayangkan perjalanan hidup kita?
Saya pasti jika
ditanya soalan ini kepada kita semua, rata-rata akan menjawab dengan jawapan
template yang sama. Jawapan yang telahpun dijawab oleh bapa, atuk, moyang,
puyuh dan seterusnya dari keturunan kita ke atas. Jawapan yang sama dari
genarasi berganti generasi kecuali bagi mereka yang faham dengan hati.
Mula-mula masuk
tadika, lepas tu sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya universiti.
Peluang bergelar pelajar universiti pula sudah tentu tidak dilepaskan untuk
mencari jodoh. Sambil menyelam minum air kata orang. Kemudian setelah graduate
, bermulalah pengembaraan kita di dunia pekerjaan, pengembaraan mengumpul harta
kekayaan. Bila ekonomi dah stabil, inilah momen yang paling perfect untuk
berkeluarga. Setelah itu, kehidupan diteruskan sehinggalah pencen, tua, sakit
dan akhirnya mati.
Mungkin berbeza
sedikit bagi sesetengah orang. Tapi rata-ratanya sama..
![]() |
| Hidup seperti robot. Sia-sia yang terlalu |
Dan percayakah
anda, template inilah yang akan digunakan oleh anak cucu cicit kita sekiranya
mereka tidak diberitahu tentang rahsia besar yang saya mahu sampaikan di post
ini. Rahsia apa tu? Aha..saspen seketika.
Pernah tak
terdetik di fikiran kalian persoalan mengapa Allah ciptakan kita di atas muka
bumi?
Pernah tak
sepanjang kalian hidup atas muka bumi ini, kalian persoalkan kepada diri
masing-masing, untuk apa kehidupan aku ini?
Jika pernah,
inilah detik yang terbaik untuk mendapatkan jawapan.
Jika tidak
pernah, inilah masa paling perfect untuk koreksi diri.
Kerana kita
tidak mahu termasuk dalam golongan yang diancam oleh Allah dalam ayat di bawah
ini..
“Dan sungguh,
akan kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka
memiliki HATI, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah)..”
(Al A’raf : 179)
Saya justeru mahu
mengkhabarkan kepada kalian satu rahsia besar. Tidak ramai yang tahu akan rahsia ini. Ada
yang tahu tapi dibuat-buat tidak tahu. Ada juga yang sudah diberitahu, tapi
dilupakan begitu sahaja. Sungguh sadis sekali.
Yang sebenarnya,
kehidupan ini ada tujuannya. Dan tujuan bagi kehidupan ini sudahpun diberitahu
dalam Al Quran semenjak sekian lama. Ya. Al Quran yang tersimpan kemas di
rak-rak buku kat rumah kita. Al Quran yang selalu dibuat barang hantaran. Al
Quran yang banyak digantung di dinding-dinding rumah dan masjid. Al Quran yang
itu.
Mari kita
kembali semula kepada Al Quran, biarkan Al Quran berinteraksi dengan hati kita,
lantas memberitahu apa sebenarnya tujuan kehidupan kita yang tidak selama mana
ini. Biar Al Quran memberi kita suatu pencerahan. In sha Allah.
![]() |
| Back to Quran :) |
“Aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”
(Az Zariyat :
56)
Kebanyakan orang
time susah baru nak beribadah, baru nak cari Tuhan. Kalau dalam konteks
student, time nak exam baru nak pulun beribadah, pulun berdoa. Ni saya cerita
dalam kerangka ibadah khusus. Biasa orang buat macam ni. Time ditimpa ujian,
baru nak kembali pada Tuhan. Sedangkan beribadah ataupun menjadi seorang abid
(hamba) itu adalah bidang pengkhususan kita. Tujuan hidup kita.
Kalau ibadah
khusus kita pun ibarat hidup segan mati tak mahu, saya rasa tak perlulah cerita
bab ibadah umum. Mungkin sudah tiada lagi ibadah umum buat kita. Yela, solat
kita pun entah ke mana, relevankah kita mendakwa main bola tu ibadah?
Sedangkan
beribadah yang kedengarannya seperti cliché itupun sering dilupakan oleh
manusia, apatah lagi tujuan hidup yang lagi satu ini. Percayalah, saya sendiri
ternganga mulut saat kali pertama diberitahu tentangnya. Justeru saya juga mahu
kalian yang baru kali pertama tahu pasal ni ternganga juga macam saya. Haha.
Soalnya, apa dia
tujuan hidup yang satu lagi tu?
“Dan (ingatlah)
ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Aku ingin menjadikan khalifah
di muka bumi’…”
(Al Baqarah :
30)
Eh, kita ni
khalifah rupanya. Ni bukan saya suka suki cakap ye. Allah yang mention dalam
ayat di atas. So nak tak nak, suka tak suka, benci tak benci, kita kena terima
hakikat bahawasanya kita ni seorang KHALIFAH. Bunyi khalifah tu pun dah gempak,
semestinya tugasnya pun kena gempak jugak.
Justeru apa
tugas seorang khalifah bumi?
Sebelum itu sila
jangan salah faham. Khalifah di sini bukan bermaksud seorang raja yang
memerintah dari atas singgahsana, memakai tengkolok sambil keris tersisip di
sisi. Bukan dan tidak sama sekali. Lantas, apakah maksudnya?
Khalifah ni
maksudnya pentadbir. Dalam konteks ini, khalifah bertanggungjawab mentadbir dan
memakmurkan muka bumi. Secara umumnya. Dan di sini ingin saya mengingatkan
kalian, bumi ini tidak akan makmur dengan hanya terbinanya bangunan-bangunan
pencakar langit, lahirnya cendekiawan-cendekiawan ulung, terciptanya
gajet-gajet canggih. Tidak sekadar itu.
Bumi ini hanya
akan makmur tatkala Islam sudahpun berada di tempat yang sepatutnya iaitu yang
tertinggi dan termulia. Hingga keindahan Islam itu dapat dirasai hatta oleh
mereka yang tinggal di ceruk gua. Hanya ketika itu kita boleh katakan bumi ini
sudah makmur.
Itulah tugas
khalifah. Itulah tugas kita.
Sekarang
bagaimana? Terasa seperti sudah mendapat pencerahan?
Tapi itu baru
anda seorang…
Sedangkan ibu
kita yang sedang menggaul kari di dapur masih lagi belum didedahkan dengan
rahsia besar ini. Begitu juga dengan sang ayah yang sedang membaca surat khabar
metro di ruang tamu, dia juga masih belum mengerti akan rahsia besar ini.
Maka dengan ini,
saya ingin berfatwa. Cewah.
Wajib bagi anda
untuk mendedahkan rahsia besar ini kepada sesiapa sahaja yang anda temui
kecuali mereka yang telah berada di dalam kubur. Rakan di office, mak cik cleaner
di toilet, baby comel di buaian, atuk di kampung dan…(the list goes on)…
Kerna ini memang sepatutnya bukan satu rahsia. Hah.
Kerna ini memang sepatutnya bukan satu rahsia. Hah.







